Wanita dan alat mekap sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun, perasaan hampa itu mesti wujud apabila melihat mekap di wajah tidak tahan lama dan jadi bercapuk setelah seharian berada di luar. Situasi ini boleh menyebabkan kita hilang mood! Tetapi sekarang anda tak perlu risau. Seorang pengguna laman sosial facebook Atikah Kamaruzaman telah berkongsi teknik bagi membuat mekap anda tahan lebih lama.
Istimewanya perkongsian gadis ini telah mendapat lebih 22 ribu butang share dan ramai teruja untuk mengetahui cara yang dilakukannya. Wow, sampai begitu sekali sambutan posting ini.
Ayuh kita lihat apa yang telah dilakukannya.
Yang paling penting sebelum mulakan mekap ialah….
Untuk kulit lembap mestilah perlukan moisturizer!
Ads
Primer untuk lock mekap biar terkunci mati
Seterusnya, pilih foundation jenis cecair mahupun krim juga boleh
Ads
Bagi menutup parut hitam di wajah, kita perlukan concealer sebagai penyelamat
Kenapa perlu pilih loose powder dan bukan compact powder?
Ads
Akhir sekali, kita perlukan mekap spray yang akan membuat wajah lebih glowing dan lock mekap anda seharian.
Semburan ini akan bertindak umpama magis di wajah anda. Jadi tidak ada masalah untuk anda pergi ke mana sahaja lokasi atau majlis.
Selepas melihat semua langkah ini, rupanya senang je nak bagi mekap tahan lama pada wajah! Anda semua yang mahu tampil berseri bolehlah ikuti langkahnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kalau sebelum ini namanya hanya di kenali dalam kalangan pengikutnya di media sosial sebagai seorang model Muslimah. Malah wajah ayunya sering ditagih pemilik butik Muslimah untuk memperaga busana mereka. Beri apa sahaja baju atau hijab padanya, pasti hasil yang diberikan tidak mengecewakan.
Kini nama Sharifah Husna Syed Mustafa bukan sahaja popular dan dikenali di media sosial, tetapi juga dalam dunia seni. Biarpun berstatus ibu kepada dua cahayamata, namun tidak membataskan minatnya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Pembabitannya sebagai pelakon mula disedari ramai sejak berlakon dalam drama pertamanya Cinta Tiada Ganti. Malah bakatnya terus dicungkil apabila berlakon dari satu drama ke satu drama lain.
Ditambah pula dengan anugerah seraut wajah manisnya yang cantik berhijab menjadi faktor utama menjadikan selebriti kecil molek ini kian popular.
Jika diintai di laman Instagramnya juga, gaya Husna dalam setiap foto di muat turun memang sangat cantik dan bijak bergaya. Selain itu, dia juga rajin membuat tutorial hijab untuk berkongsi dengan followernya.
Ayuh kita lihat 10 gaya pelakon berhijab yang popular dental drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Husna Mustafa yang sangat anggun dan sedap mata memandang.
Umun sedia maklum, bahawa trend kecantikan sering berubah seiring peredaran zaman. Kini alat rawatan kecantikan juga telah mengalami evolusi seiring teknologi.
‘Beauty Gadget’ adalah alatan kecantikan elektronik yang berfungsi dengan menggunakan elektrik ataupun bateri. Meski praktikal dalam membantu menambahbaik proses mencantikan wajah. Namun, sejauh manakah keberkesanan alatan ini dalam merawat kecantikan?
Justeru, ini enam ‘Beauty Gadget’ pilihan Hijabista yang mampu membantu kulit wajah anda dari bebas cela dan glowing jika diamalkan secara konsisten!
Alat yang dilengkapi dengan batu-batuan kecil dari Jade, amethyst dan Rose ini digunakan khusus untuk mengurut wajah, leher, lengan, dada juga kaki. Roller ini juga dikatakan mampu meningkatkan energi, serta menghidupkan kembali epidermis dan sel-sel dalam kulit yang sudah mulai kendur sekaligus dan menegangkan kulit wajah anda.
Roller ini merupakan alat urutan wajah yang berbentuk kecil dan fleksibel. Malah, ia memberi tekanan ringan pada bahagian tubuh yang diurut. Penggunaan secara konsisten beauty roller ini mampu meningkatkan kemapuan aliran limfa (lymphatic drainage) dan membuat wajah kurang mengembang, terutama di bahagian yang cenderung mengumpulkan cairan seperti di bahagian bawah mata dan bahagian atas pipi.
Sesuai dengan namanya, beauty gadget ini direka bertujuan membantu menegangkan kulit wajah yang sudah mulai kendur akibat faktor usia.
Alat ini akan berfungsi dengan amat baik mengikut keadaan kekenduran kulit anda. Terutamanya jika anda mengalami kukit kendur pada peringkat awal. Jika anda pernah melakukan sebarang pembedahan kecantikan seperti suntikan filler atau v- shape. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan alat Skin Toning Device ini kerana terdapatnya arus mikro yang mungkin mengganggu kedudukan filler anda.
Alatan kecantikan seterusnya inj dicipta untuk membuat lubang atau saluran kecil pada lapisan atas epidermis. Lubang-lubang yang terbentuk adalah luka yang sengaja dibuat untuk merangsang kulit pertumbuhan kulit.
Ini demikian kerana, tubuh manusia akan memberi respon yang cepat terhadap luka dengan merembeskan lapisan kolagen baru untuk merawat kecederaan pada kulit dan akan menebal sekaligus memperkuat lapisan dermis, serta memberikan penampilan yang lebih muda.
Microneedle roller ini terbukti dapat memperbaiki jaringan kolagen yang semakin menurun di dalam kulit tetapi pada tahap awal sahaja.
Gadget kecantikan yang juga dikenali sebagai terapi cahaya (Lighy Theraphy) ini akan memancarkan sinaran cahaya bebas UV bertujuan membuatkan kulit anda satu tona lebih cerah, bersinar dan sihat. Dengan penggunaan secara terus ke dalam kulit, Multi Wave juga mampu mengurangkan garis halus serta membantu meningkatkan kadar pengaliran darah dan mengatasi masalah jerawat ringan.
Bagaimanapun, jika Multi Wave digunakan dengan cara yang salah atau secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kesan hiperpigmentasi.
Alat ini membantu merangsang sel-sel kulit baharu agar tumbuh lebih cepat. Selain itu, bahagian hujung Microderma yang dilapisi dengan kristal alumunium bertujuan menghapuska sel kulit mati, serta menstimulasi sel-sel kulit baharu.
Microderma juga dapat meningkatkan aliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit secara semulajadi sekaligus meningkatkan kadar kolagen dan keanjalan kulit.
Alatan ini biasanya dijumpai sekiranya hijabi berkunjung ke klinik-klinik kecantikan dan rawatan kulit wajah. Biasanya, doktor atau pakar kecantikan menggunakan LED Mask ini untuk meredakan masalah jerawat dan meminima masalah radang kulit.
LED Mask yang ada di klinik kecantikan hanya dilakukan oleh mereka yang profesional. Bagaimanapun, LED mask (home use) tidak memerlukan kepakaran tertentu kerana kesan yang diberikan dalam perawatan kukit wajah bersifat sementara dan tidak kekal.
Tahun ini ramai juga di kalangan selebriti yang pertama kali merayakan Syawal sebagai pasangan suami isteri. Selain Shila Amzah, Mawar Rashid, Izara Aishah, Yuna juga antara selebriti yang pertama kali beraya bersama suami. Namun cerita raya Yuna agak berbeza kerana dia dan suami menyambutnya di Lapangan Terbang Narita Jepun tanpa lemang, ketupat dan rendang sebaliknya hanya menghirup kopi Starbucks.
Menurut Yuna, dia dan suaminya Adam Shinclair terpaksa menyambut raya di lapangan terbang berkenaan kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk menyambut Syawal kerana suami tersayang ada di sisi. Ketika mereka berdua sampai di lapangan terbang itu, Malaysia sudahpun menyambut hari raya.
“Rasa cemburu pula pula lihat foto-foto di instagram yang kebanayakan sudah muat turut foto Syawal bersama keluarga,” ujar penyanyi bersuara unik ini ketika ditemui selepas pelancaran filem pendek Wanita Besi di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
“Walau bagaimanapun saya tidaklah rasa sunyi kerana suami ada di sisi. Biarpun tiba lewat di tanah air, tetapi saya dan suami masih sempat meraikan lebaran kali ini bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya kedua. Malah sempat mengambil gambar bersama-sama seperti orang lain
“Kami beraya dulu bersama keluarga mentua di Shah Alam sebelum pulang ke kampung saya di Batu Gajah dan Sayong Perak selama dua hari. Adam juga sangat excited beraya di kampung saya kerana ini adalah pertama kali balik ke sana.
“Biarpun percutian singkat, namun kami masih sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarga Adam pula di Pulau Langkawi,” ujarnya sambil memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna dan tidak lagi bersendirian di rantau orang.
“Saya tidak lagi bersendirian kerana Adam sentiasa ada di sisi menemani tatkala berjauhan dengan keluarga tercinta.
“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan berdua bersama Adam. Bagaimanapun saya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata. Ini kerana kesibukan dalam menguruskan kerjaya membuatkan saya inigin fokus kepada karier muzik terlebih dahulu. Jika diberikan rezeki untuk hamil dalam masa terdekat pasti saya menerimanya dengan gembira,” ulasnya ketika ditanya mengenai kehadiran anak setelah berkahwin awal Januari lalu.
Menurut Yuna dia juga seperti wanita lain yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai impian bergelar ibu.
Buat masa ini Yuna mengakui dia kini sibuk dengan pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminatnya akhir tahun ini. Selain turut memenuhi undangan persembahan di sana.
Beliau yang juga turut dipilih menjadi Duta Jenama syampu Pantene itu turut dilabel sebagai #wanitabesi dalam drama pendek berkenaan yang turut memperlihatkan sisi kehidupan Yuna sejak kecil sebelum berjaya seperti hari ini.
Menurut Yuna lagi, ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, ada juga di kalangan korporat yang mahu menukar imej dirinya jika mahu bergelar ‘international artist’ perlu menanggalkan hijab. Dan inilah menurutnya yang mahu dipaparkan dalam filem pendek Wanita Besi berkenaan
“Kekuatan dalam itu penting dalam menentukan apa yang kita mahu. Saya mahu jadi diri sendiri dalam versi tersendiri yang lebih bagus dan bukan menjadi seperti yang orang lain mahukan. Saya gembira menjadi sebahagian dari watak melalui filem pendek ini.
“Bagi saya pendekatan yang digunakan oleh Pantene ini sangat bagus kerana bercerita mengenai keyakinan diri dalam kalangan wanita di Malaysia yang kita tahu ramai berusaha ke arah itu.
“Ada sahaja benda yang tidak kena seperti merasakan diri tidak cantik, kurang keyakinan diri, tetapi melalui Wanita Besi menunjukkan kita juga boleh berjaya dan jadi apa sahaja yang kita mahukan, jadi cantik luar dan dalam,” tambahnya bercerita mengenai kempen Wanita Besi yang dibawakan oleh Pantene ini.
Yuna juga turut memberitahu ikon fesyen Vivy Yusof turut dianggap sebagai Wanita Besi dalam industri ini kerana beliau dilihat seorang yang sangat bijak, business minded, seorang yang kerja kuat dan kini sedang mengandung anak ketiganya.
Selain itu Yuna turut memberitahu buat masa ini belum ada niat untuk membuka semula perniagaan yang telah ditutup sebelum ini kerana mahu memberi fokus kepada bidang muzik.
Namun menurutnya jika ada rezeki, mungkin dia akan mencuba semula dalam bidang bisnes tetapi perlu lebih fokus sepenuhnya.
Hanis Zalikha berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan langsing dengan pemakanan sederhana, senaman dan fokus terhadap kekuatan otot serta kecergasan.