Umun sedia maklum, bahawa trend kecantikan sering berubah seiring peredaran zaman. Kini alat rawatan kecantikan juga telah mengalami evolusi seiring teknologi.

‘Beauty Gadget’ adalah alatan kecantikan elektronik yang berfungsi dengan menggunakan elektrik ataupun bateri. Meski praktikal dalam membantu menambahbaik proses mencantikan wajah. Namun, sejauh manakah keberkesanan alatan ini dalam merawat kecantikan?

Justeru, ini enam ‘Beauty Gadget’ pilihan Hijabista yang mampu membantu kulit wajah anda dari bebas cela dan glowing jika diamalkan secara konsisten!

6 ‘Beauty Gadget’ WAJIB Ada Dan In-Trend Masa Kini!

1. Beauty Roller 

Alat yang dilengkapi dengan batu-batuan kecil dari Jade, amethyst dan Rose ini digunakan khusus untuk mengurut wajah, leher, lengan, dada juga kaki. Roller ini juga dikatakan mampu meningkatkan energi, serta menghidupkan kembali epidermis dan sel-sel dalam kulit yang sudah mulai kendur sekaligus dan menegangkan kulit wajah anda.

Roller ini merupakan alat urutan wajah yang berbentuk kecil dan fleksibel. Malah, ia memberi tekanan ringan pada bahagian tubuh yang diurut. Penggunaan secara konsisten beauty roller ini mampu meningkatkan kemapuan aliran limfa (lymphatic drainage) dan membuat wajah kurang mengembang, terutama di bahagian yang cenderung mengumpulkan cairan seperti di bahagian bawah mata  dan bahagian atas pipi.

2. Skin Toning Device

Sesuai dengan namanya, beauty gadget ini direka bertujuan membantu menegangkan kulit wajah yang sudah mulai kendur akibat faktor usia.

Alat ini akan berfungsi dengan amat baik mengikut keadaan kekenduran kulit anda. Terutamanya jika anda mengalami kukit kendur pada peringkat awal. Jika anda pernah melakukan sebarang pembedahan kecantikan seperti suntikan filler atau v- shape. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan alat Skin Toning Device ini kerana terdapatnya arus mikro yang mungkin mengganggu kedudukan filler anda.

IKLAN
3. Microneedling (Derma Roller)

Alatan kecantikan seterusnya inj dicipta untuk membuat lubang atau saluran kecil pada lapisan atas epidermis. Lubang-lubang yang terbentuk adalah luka yang sengaja dibuat untuk merangsang kulit pertumbuhan kulit.

Ini demikian kerana, tubuh manusia akan memberi respon yang cepat terhadap luka dengan merembeskan lapisan kolagen baru untuk merawat kecederaan pada kulit dan akan menebal sekaligus memperkuat lapisan dermis, serta memberikan penampilan yang lebih muda.

Microneedle roller ini terbukti dapat memperbaiki jaringan kolagen yang semakin menurun di dalam kulit tetapi pada tahap awal sahaja.

Artikel berkaitan: Alat Penjagaan Kulit Wajah Di Rumah Seperti Rawatan SPA, Berbaloi Dimiliki Dengan Tawaran Hebat  

IKLAN
4. Multi Wave

Gadget kecantikan yang juga dikenali sebagai terapi cahaya (Lighy Theraphy) ini akan memancarkan sinaran cahaya bebas UV bertujuan membuatkan kulit anda satu tona lebih cerah, bersinar dan sihat. Dengan penggunaan secara terus ke dalam kulit, Multi Wave juga mampu mengurangkan garis halus serta membantu meningkatkan kadar pengaliran darah dan mengatasi masalah jerawat ringan.

Bagaimanapun, jika Multi Wave digunakan dengan cara yang salah atau secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kesan hiperpigmentasi.

5. Microderma (Home Use)

Alat ini membantu merangsang sel-sel kulit baharu agar tumbuh lebih cepat. Selain itu, bahagian hujung Microderma yang dilapisi dengan kristal alumunium bertujuan menghapuska sel kulit mati, serta menstimulasi sel-sel kulit baharu.

IKLAN

Microderma juga dapat meningkatkan aliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit secara semulajadi sekaligus meningkatkan kadar kolagen dan keanjalan kulit.


6. LED Mask (Home Use)

Alatan ini biasanya dijumpai sekiranya hijabi berkunjung ke klinik-klinik kecantikan dan rawatan kulit wajah. Biasanya, doktor atau pakar kecantikan menggunakan LED Mask ini untuk meredakan masalah jerawat dan meminima masalah radang kulit.

LED Mask yang ada di klinik kecantikan hanya dilakukan oleh mereka yang profesional. Bagaimanapun, LED mask (home use) tidak memerlukan kepakaran tertentu kerana kesan yang diberikan dalam perawatan kukit wajah bersifat sementara dan tidak kekal.

Artikel berkaitan: Teknik Urutan Untuk Cantik Tapi Boleh Beri Kesan, Pakar Dermatologi Beri Amaran Penggunaan Gua Sha 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI