‘Macam Pelukis Pro!’- Zulin Aziz Tunjuk Bakat Lukis Potret Siti Nurhaliza & Dato Seri Vida

Share

Tak disangka, rupa-rupanya pelakon popular, Zulin Aziz mempunyai bakat melukis yang hebat seperti seorang pelukis professional. 

Berkongsi di laman instagramnya, Zulin telah mempamerkan bakatnya dengan melukis potret penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza dan juga usahawan terkenal, Dato Seri Vida.

Kita lukis @ctdk sambil karaoke lagu dia🤣.

1 jam lebih nak siapkan. Tapi sampai sekarang belum kemaskan. Lenguh tgn. Satgi sambung 😁

Hasil seni kreatif Zulin itu telah mendapat pujian ramai termasuklah daripada rakan-rakan artis seperti Mawar Rashid, Mimi Ernida dan juga Sherry Alhadad.

Melukis menggunakan tablet pintar, Zulin juga telah melukis potret rakan artis lain seperti  Sheila Rusly dan juga pelakon Bollywood ternama, Preity Zinta.

IKLAN