Kadang kala memang sukar untuk kita mengawal kemarahan apatah lagi bila seseorang itu benar-benar menguji tahap kesabaran kita. Segala kata-kata makian hendak saja dilepaskan hingga tidak mampu lagi bersabar.
Kebiasaannya orang pasti menyuruh kita untuk segera mengambil wudhu ketika sedang marah. Namun, bagaimana pula untuk mengawal baran jika kita berada dalam situasi seperti di dalam kereta? Ikuti penerangan daripada @dairijoker ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut.
Menurutnya, ada beberapa cara yang boleh kita amalkan mengikut sudut sains dan medikal.
Pertama sekali adalah dengan menggunakan air. Sifat air yang boleh menyejukkan boleh membantu meredakan kemarahan anda.
Selain itu, carilah minum sejuk yang mampu memberikan kelegaan pada tubuh anda. Habiskan sebotol terus pun takpa!
Makan coklat pun okay kerana ia mampu mengembalikan mood anda kerana ia membantu mengeluarkan hormon serotonin dalam tubuh.
Bagi mengawal stress juga, anda digalakkan untuk mengambil multivitamin setiap hari kerana ia membantu memberikan tenaga pada tubuh badan anda.
Cuba juga teknik terapi pernafasan dalam yoga ini. InsyaAllah ia mampu meredakan stress dan mengelakkan kita daripada melepaskan kemarahan pada tempat yang tidak sepatutnya.
Didiklah diri untuk mengawal kemarahan dengan sebaiknya. Memang sangat susah apabila rasa itu sudah membuak-buak dalam diri namun latihlah diri itu untuk lebih bertenang.
Amalkan juga zikir-zikir yang boleh menjadi terapi dalam diri. Tidak susah pun, ringkas sahaja!
kredit: twitter @dairijoker
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI