Pentas Anugerah Juara Lagu baru sahaja melabuhka tirainya sambil menyaksikan lagu Haram dendanga Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah merangkul juara untuk edisi ke 33. Malam itu juga menyaksikan ramai selebriti hadir memberikan sokongan dan inilah masanya untuk menggayakan busana ciptaan pereka fesyen masing-masing.
Ada yang mendapat pujian dan ada juga yang turut dikritiik. Antaranya penyanyi baru Sarah Suhairi yang dikritik kerana menggayakan busana diibarat “penyangkut baju yang lupa nak dicabut”.
Namun jika dilihat pakaian yang digayakan juara Big Stage ini sebenarnya sangat menutup aurat. Malah bagi Sarah juga enggan melatah dengan kritikan netizen sebaik selesai membuat persembahan di pentas AJL.
Dalam satu tembual bersama Berita Harian, Sarah memberitahu dia tiada masalah walaupun menerima pelbagai reaksi terhadap baju digayakan. Paling penting katanya busana itu selesa dan menutup aurat.
Namun dia tidak menafikan mungkin masyarakat belum bersedia dengan fesyen sedemikian.
Penyanyi kecil molek ini juga tidak menyangka busana yang dipakai rekaan Seth & Luna ini mendapat perhatian meluas memandangkan dia baru pulan dari misi kemanusiaan di Syria.
Ads
Dalam pada itu, Sarah juga enggan menyalahkan sesiapa dan rela menerima kecaman berkenaan dengan hati terbuka.
Namun sebenarnya masih ramai lagi netizen yang turut memuji kecantikan busana digayakan Sarah. Masing-masing bersetuju baju digayakan memang menutup aurat.
Sementara pereka baju ini Seth & Luna juga turut tidak melatah dengan kritikan netizen pada baju rekaannya. Malah mengucapkan alhamdulillah dengan rakyat Malaysia yang dianggap kreatif dan luas imaginasinya.
A post shared by SETH&LUNA (@sethandluna_artisan) on
“Baju roti tisu, Baju lupa nak buang hanger, plastik sampah, gunung kinabalu dan pelbagai lagi. sesungguhnya kami terhibur dengan setiap daripada ideologi rakyat malaysia. Alhamdulillah rakyat malaysia ternyata kreatif dan luas imaginasinya”.
Apa pun bagi Hijabista busana digayakan Sarah sangat cantik dan memang menutup aurat. Mungkin saiznya agak besar sedikit berbanding Sarah yang bertubuh kecil molek ini.
Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia,pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.
Pasti ada hari yang mana kita malas mahu mengenakan sebarang solekan pada wajah. Tetapi oleh sebab kondisi kulit wajah yang tidak mengizinkan menyebabkan kita jadi lebih ‘down’.
Terdapat beberapa cara yang mudah untuk mendapatkan wajah yang ‘presentable’ tanpa sebarang solekan. Hijabista temuinya dalam video ini. Ayuh, kita tonton:
Sumber: youtube.com (Sona Gasparian)
Tampak mudah bukan? Anda hanya perlu memastikan wajah anda di ‘prep’ sempurna sebelum keluar rumah. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak semua barangan murah seperti ‘bundle’ kelihatan buruk apabila dipakai, dan tidak semua barangan mahal nampak mewah apabila disarungkan! Semuanya tentang penggayaan stail yang bijak serta padanan stail yang sempurna!
Apa yang anda perlu perbetulkan ialah jika anda bijak mengenakan padangan aksesori, baju, kasut, seluar dan juga aspek yang lain, pastinya keseluruhan penampilan akan nampak mahal. Biar bijak berbelanja dan bergaya. Usah jadi hamba jenama dan status semata-mata.
Hijabista akan kongsikan kepada anda trik untuk menjadikan keseluruhan gaya anda tampak mewah biarpun hanya dari barangan ‘bundle’!
1. Permainan rona hitam!
Simbol sofistikasi, ‘bold’ dan elegan. Semuanya hanya dengan persalinan warna hitam. Jadi, usah buntu untuk menghasilkan stail yang menarik.
Beli sahaja rekaan pakaian dari atas sehingga bawah dalam rona hitam contohnya kemeja, t-shirt, celana mahupun aksesori, pastikan rona hitam menyerlahkan sisi mewah anda!
2. Kuasa sehelai jaket!
Tidak kira rekaan potongan yang sedikit ‘oversized’ mahupun ‘slim fit’, jaket boleh menjadikan stail anda lebih mewah dan ‘on-point’! Apa yang penting, pastikan jaket tidak terlalu sarat dengan perincian butiran dan juga tidak keterlaluan dari segi coraknya.
Lebih molek jika mengenakan jaket denim atau formal jaket yang memberikan gaya kasual formal yang berkualiti. Mainkan dengan permainan warna yang kelam hingga warna-warni. Contohnya, jika anda menyarungkn sehelai t-shirt kosong berwarna putih dan dipadankan dengan jeans biru, gayakan dengan rekaan jaket denim yang mempunyai corak atau motif yang sedikit. ‘Less is more’!
3. Aksesori keemasan!
Untuk tidak nampak bosan dalam stail anda, padankan aksesori yang keemasan!
Daripada anting-anting, rantai, subang mahupun jam tangan, ia mampu menjadikan helaian yang dibeli dari ‘bundle’ tampak mewah dan glamor!
4. Saiz mengikut tubuh badan
Saiz yang salah boleh menyebabkan keseluruhan stail tampak ‘murah’ dan tidak ‘bold’. Jika mahu hasilkan gaya ‘oversized’, pastikan kemeja yang dibeli itu kemas dan sesuai untuk digayakan sebagai helaian ‘overzied’.
Tetapi, bagi yang bersaiz besar usah beli yang terlalu kecil dari tubuh anda. Pastikan anda memilih rekaan yang menggunakan rona gelap atau paten menegak untuk tampak kurus dan mewah!
5. Gosok dahulu sebelum pakai
Baju yang kemas digosok dengan rapi secara tidak langsung menjadikan keseluruhan gaya anda mewah.
Bukan itu sahaja, ia juga seperti simbol personaliti anda yang sukakan kepada kekemasan dan kebersihan dalam setiap aspek. Malulah kalau kaum Hawa tidak rajin menggosok baju!
6. Kurangkan penggunaan logo
Cuba elakkan membeli rekaan yang mempunyai banyak logo. Konsep ‘pasar malam’ amat terserlah apabila sesebuah rekaan itu memiliki banyak logo.
Nampak murah dan tidak eksklusif. Lebih baik sarungkan saja rekaan yang kosong dalam stail anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.