Wanita dan barang kemas memang tidak boleh dipisahkan bukan? Tak semua wanita tapi kebanyakannya pasti menyukainya. Bukan hanya cantik dipakai malah emas juga boleh menjadi pelaburan yang sangat berbaloi kerana nilainya yang tidak pernah susut.
Memang untung kalau beli emas ini apatah lagi kalau dihadiahkan oleh insan tercinta kepada kita.
Di laman facebook, seorang lelaki yang telah bergelar suami iaitu Akhtar Syamir berkongsi ‘kod rahsia’ mengenai jenis-jenis emas yang terdapat di pasaran. Kalau isteri nak emas tapi segan nak cakap, bolehlah bagi hint guna ‘kod rahsia’ ni. Hiks!
Jenis-jenis dan nama emas yang korang patut tahu.
Perhatian kepada para suami. Hari ini saya telah berjaya memecahkan kod rahsia yang digunakan para isteri selama ini.
Telah sekian lamanya kita terpedaya dengan mainan mereka. Rupanya dalam diam minda kita dimanipulasi dengan teknik menanam idea sambil berkias.
Jika tiba-tiba si isteri asyik bercerita pasal kenangan makan biskut tawar, ketahuilah yang dia sedang menyuntik bayangan biskut tawar di dalam minda kita. Apabila tiba saat dan ketika yang sesuai, cincin atau gelang biskut tawar yang akan ditunjukkan.
Pada ketika itu, kita akan menjadi lemah dan terpedaya. Kita akan berkata “ye lah sayang, sama dengan biskut tawar”. Pada waktu itu, sebenarnya kita sudah pun tewas dan gelang emas biskut tawar sudah di pergelangan tangan mereka.
Ads
Jika si isteri asyik meminta air boba, berhati-hatilah. Informasi mengenai bayangan biji boba sedang diserap dalam minda kita. Tak lama lagi kita akan nampak biji boba yang berkilauan pula.
Kalau bab petai ni memang kita bila-bila masa sahaja boleh dikejutkan. Sebab isteri saya sendiri selalu makan petai. Kalau suatu hari dia minat kat emas biji petai tu, mungkin saya tak mampu nak menahannya.
Roti bun? Licik kan? Siapa la yang cipta bendealah design ni. Dalam kepala kita terbayang roti Sweety tu. Dalam kepala isteri rupanya bun yang lain. Siapa sangka?
Ads
Pulut Dakap. Tak perlu saya cakap lagi. Merata-rata keluar nama ni. Padahal kuih tu saya tak pernah rasa pun. Hari ni baru tau kuih tu macam mana rupanya.
Kena perhatikan, kalau si isteri jenis yang jarang sangat makan Coco Crunch, tapi sejak sebulan yang lepas asyik minta belikan Coco Crunch je, bersedialah. Adalah tu.
Jagung, biji sawi, biji ketumbar, anggur dan latok pun sama. Tak cukup dengan itu, kalau isteri berborak dengan kawan-kawan dia pasal gajah la, kucing la, lipan la, lintah la, diorang tu bukan tengah cerita pasal serangga atau binatang, tetapi pasal emas. Percayalah.
Ads
Akhir sekali, kalau isteri tebiat ajak pergi main takraw kat KLCC, sebenarnya diorang nak 2 jenis gelang. Hahaha..
Jadi, sekarang dah tahu kod rahsia diorang kan? Berhati-hatilah dan bersedialah. Buatlah simpanan emas sama ada RM3 atau RM5 sehari. Jadi bila isteri minta, duit pun dah sedia ada. Betul tak? Takdelah pening-pening.
Kalau korang nak ikut saya, saya ada buat cabaran simpan sendiri RM3 sehari untuk beli emas. Setiap hari saya akan ingatkan. Jom join.
Semalam berlangsungnya majlis resepsi pasangan paling hot tahun lalu, Fattah Amin dan Fazura yang dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka ibu kota. Majlis bertemakan ‘fairytale’ ini cukup indah dengan pelamin yang tersergam mewah rekaan Reeka Temoor. Dan pastinya yang menjadi tumpuan malam itu adalah penampilan Fazura yang cukup jelita dalam dua persalinan menarik rekaan pereka duo, Rizman Ruzaini yang juga merupakan sahabat baik aktres ini. Jika diperhatikan persalinan kedua Fazura kelihatan lebih menonjol berbanding busana pertama. Rupa-rupanya Rizman Ruzaini telah mencipta kelainan dengan mereka sendiri perincian rama-rama menggunakan diamond pada busana ini.
Dan yang menjadikan busana ini cukup istimewa dan lain daripada yang lain adalah mereka berdua telah menghasilkan sendiri perincian bentuk rama-rama menggunakan diamond untuk menyerlahkan lagi tema dan konsep fairytale itu sendiri.
Dan untuk busana pertama digayakan Fazura pula bersifat lebih Inggeris, timeless dan princess dengan menggunakan fabric sekuin, lace dan Italian tulle.
Namun menurut duo ini, mereka mengadakan perbincangan bersama Fattah dan Fazura termasuk pemilihan rona, potongan dan sebagainya. Kemudian barulah membuat lakaran sebelum ia tersarung indah di tubuh Fazura.
Menjadikan Fazura sendiri sebagai inspirasi yang mahu menterjemahkan dirinya sebagai seorang princess dalam dunia fairytale. Dan malam itu memang menyerlahkan sisi anggun seorang puteri jelita dari kayangngan dengan busana cukup indah serta sentuhan mekap dari Kf Bong.
Malah keduanya juga mengakui busana pengantin inilah paling istimewa sepanjang bekerjasama dengan Fazura. Apatah lagi hubungan mereka berdua juga cukup rapat sebagai sahabat baik.
Pasangan duo ini juga turut berbesar hati dan berterima kasih kepada Fazura yang merupakan sahabat baik mereka kerana memilih Rizman Ruzaini untuk menghasilkan busana perkahwinan yang cukup menarik ini. Dan sebagai sahabat keduanya cuba memberikan yang terbaik.
Siapa tak kenal dengan isteri kepada aktor kacak, Zain Saidin yang juga usahawan yang terkenal dengan jolokan ‘diva inai’, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ni.
Terbaharu, namanya kembali menjadi fenomena dan sebutan ramai apabila perniagaanya di bawah jenama by RCW mengeluarkan tudung bawal eksklusif bertatahkan ‘permata laut’ iaitu mutiara.
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Che Ta telah memperkenalkan tudung bawal mutiaran keluaran terbaharu by RCW berkenaan.
Di dalam video tersebut dapat dilihat Che Ta yang kelihatan anggun malah tampak lebih muda berbanding usianya disaat menggayakan bawal mutiara yang didatangkan dengan beberapa rona warna pastel yang sememangnya bakal menawan hati Hijabis!
Malah, apa yang lebih menarik perhatian lagi adalah harga yang ditawarkan bagi sehelai tudung berkualiti tinggi by RCW adalah harga mampu milik dan bukanya berharga ‘kayangan’ sepertimana tudung jenama lain di pasaran.
Meninjau keruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya khususnya kaum hawa memuji tindakan Che Ta yang tidak mengaut keuntungan yang berlebihan serta menawarkan harga yang mampu milik, cantik serta berkualiti kepada pembeli. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“pandai cari duit bijak….letak mutiara kat tudung dengan harga murah. terbaik che ta…awak bakal jutawan tahniah 🥰
“tudung cik ta like bawal aidijuma laa😁 mampu milik👍
WAlaupun baru beberapa hari kita berpuasa. Debaran untuk menyambut Syawal memang terasa, baik buat persiapan lebih awal. Kalau sudah pilih warna baju pasti pening kepala untuk memadankannya dengan hijab warna apa yang bersesuaian. Perkongsian dari Puan Mary yang juga merupakan guru imej ini boleh dijadikan panduan untuk tampil menarik dan yang penting bersesuaian.
Puan Mary juga turut kongsikan warna-warna popular pilihan ramai ketika Syawal nanti. Menurutnya dengan panduan yang betul ini akan menjadikan penampilan seseorang itu lebih menarik, berkeyakinan dan elegan di pagi raya.
Ayuh kita lihat padanan color yang dihasilkan melalui ilustrasi ini. Memang cukup menarik. Malah panduan ini juga telah dikongsi lebih 20 ribu netizen melalu laman sosial facebook.
1. Padanan Warna Biru
2. Padanan Warna Pink
3. Padanan Warna Emerald Green
4. Padanan Red Maroon
5. Padanan Royal Purple
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...