Antara masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita selain jeragat adalah jerawat. Masalah ini memang sangat biasa hinggap pada kulit wajah, lebih-lebih lagi jika kita kurang beri penekanan pada soal penjagaannya. Masalah jerawat ini jika dibiarkan akan terus membesar dan jika tidak diatasi akan menyebabkan seseorang itu boleh mengalami breakout teruk.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook, Esyima Zamri yang juga merupakan seorang Pensyarah ini cara untuk matikan jerawat. Dia turut memberitahu punca bagaimana jerawat ini terjadi dan matikannya hanya guna petua tradisional.
Dia juga turut berkongsi video cara-cara untuk membuatnya menggunakan buah strawberi yang dicampur dengan madu dan bekukan dalam peti sejuk seketika. Video ini telah ditonton lebih 19 ribu netizen di laman sosial facebook miliknya.
Kemudian barulah kiub strawberi ini disapu secara rata di seluruh wajah. Petua ini bukan sahaja mudah dibuat tetapi ia juga selamat untuk kulit wajah.
Nak hilangkan jerawat memang mudah sahaja. Apa yang penting kau orang kena tahu kenapa ia terjadi?
Punca jerawat:
1) Masalah hormon tidak stabil 2) Gemar makan makananan pedas dan berminyak. 3) Stress akan menyebabkan radang jerawat. 4) Penggunaan alat solek yang berlebihan dan tidak dicuci bersih. 5) Dan lain lain lagi penyebab.
Ads
Jerawat boleh dimatikan dengan mengamalkan bahan antioksidan yang terdapat di dalam strawberry dan campuran madu.
Jom sama sama kita cuba petua ni. Yang paling penting ianya mudah dan selamat.
Bahan :
3 biji strawberry 1 sudu madu
Strawberry adalah buah yang berkhasiat untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, menjaga kelembapan kuit, mencerahkan kulit dan juga menghilangkan bekas jerawat serta membantu meredakan radang jerawat.
Madu pula dapat melembapkan kulit, mencegah penuaan, membunuh jerawat kerana madu memiliki kandungan anti-bakteria sehingga jerawat dan parutnya dapat dihilangkan
Tidak semua hijabi yang ingin mengenakan warna-warna yang cerah dan selalu memilih warna rona tanah dan ‘pastel’. Mungkin kurang keberanian itu kerana takut di kritik.
Tapi sudah tentu ada yang ingin menonjol dan tampak berlainan bukan? Apa kata anda cuba warna hijau! Ya, warna hijau ala-ala sayur-sayuran itu.
Mungkin ada yang sangka warna-warna terang ini tidak sesuai di pakai ketika waktu siang dan bagi pakaian harian. Namun, kalau anda tahu cara padanan dan gaya yang betul, sudah pasti akan nampak cantik dan menarik.
Team Hijabista ingin rungkai salah satu gaya yang cukup menarik oleh seorang pempengaruh, Zainab Ashraf (@zzainabashraf). Gaya padanan stail dengan warna seperti hijau boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi di luar sana!
Gaya monokrom senang sahaja untuk di padankan kerana memerlukan anda untuk memakai padanan satu warna sahaja. Mengikut Zainab juga, dia memilih kombinasi warna hijau terang dan sedikit gelap. Apa yang menambah kepada ‘look‘ ini adalah aksesori seperti ‘sling-bag‘ dan tali pinggang berwarna hitam yang menjadi sedikit penegasan.
Padanan ‘color block‘ sering menjadi permainan utama bagi dunia fesyen. Namun, ia bukanlah semudah yang anda sangka. Tetapi bagi mereka yang berani seperti Zainab, padanan warna hijau dan biru adalah suatu stail yang cukup bold!
Seluar ‘wide-leg‘ berwarna biru menonjolkan lagi kesopanan selain mengenakan hijab. Blazer yang di pakai juga boleh di tukar kepada jaket puffer atau oversize sweatshirt. Anda juga boleh padankan gaya ini dengan kasut platform atau sneaker yang tampak lebih santai.
Warna pilihan ramai hijabi kerana ia lebih menonjolkan sifat feminin dan ayu kepada si pemakai. Zainab memadan warna lilac dan hijau muda untuk kelihatan lebih tenang tetapi sofistikated.
Namun, aksesori bag yang bercorak ala kulit memberi kelainan dari padanan warna yang lembut. Ia akan berikan sedikit perbezaan dan tidak terlalu bosan pilihan warna yang begitu ayu.
Jika wajah anda dipenuhi dengan jerawat, bekas parut dan pelbagai lagi cela, reaksi pertama kita adalah untuk menutup cela tersebut dengan produk kosmetik.
Tetapi sebelum anda mengambil langkah ini, apa kata cuba dulu beberapa langkah tanpa-produk ini untuk approach yang lebih selamat dan wallet-friendly. Boleh jimatkan belanja dan paling penting wajah tetap tampil menawan dengan hanya mengamalkan petua secara alami ini.
Langkah ini sudah ramai yang sedia maklum dan sangat-sangat commontetapi tidak semua mampu untuk melakukannya. Apabila badan anda tidak cukup air, ia boleh menghadapi dehidrasi dan menjadi punca kedutan. Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membuang toksin yang ada dalam badan.
Bulan puasa ini mungkin agak sukar untuk melakukannya (dengan kehadiran bazaar Ramadan) namun jangan sesekali mengalah! Cuba untuk mendapatkan makanan yang kaya vitamin seperti buahan, sayuran, ikan, telur dan whole grainsyang menyalurkan anti-oksidan kepada tubuh.
Kesibukan kerb bukanlah alasan untuk skip dari bersenam. Anda hanya perlu sesuaikan gerak senam anda dengan kemampuan semasa berpuasa. Berpeluh mampu membersihkan liang dari kotoran serta mengeluarkan toksin dari badan yang memudahkan kulit anda untuk clear.
Hidayah Allah itu hadir tanpa diduga dan tidak mengira siapa insan yang akan dipilih menerima-Nya. Bersyukurlah siapa yang menerima Nur dari-Nya kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Bagi selebriti Sharifah Sofia Syed Hussein, bersyukur kerana dirinya terpilih untuk menerima hidayah Allah walaupun sudah enam tahun berlalu. Hijabista mengatur sesi fotografi dengan pelakon sitkom popular Spanar Jaya ini yang nyata masih cantik dan peramah seperti dulu ketika masih bergelar seorang pelakon.
Dia yang wajahnya sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, kini memilih untuk bekerja sebagai seorang Program Koordinator untuk satu Conservation Group Company atau dikenali dengan nama Syarikat Pencinta Alam.
Mula berhijab pada tahun 2013, tetapi Sharifah Sofia begitu teruja apabila ditanya pengalamannya dalam penghijrahan yang dilakukan.
“Ketika saya mula berhijrah tujuh tahun dulu, anak saya baru berusia setahun lebih. Penghijrahan ini bukanlah benda yang saya sudah fikirkan lama-lama. Atau benda yang tiba-tiba berlaku disebabkan saya nampak cahaya di mana-mana. Saya juga tidak mengalami apa-apa mimpi sebagai petanda seperti sesetengah orang.
“Tapi hidayah itu datang bila saya tiba-tiba bangun pagi dan terus rasa nak pakai tudung. Dan bermula pada hari itu saya sudah mula berhijab. Sepanjang tempoh itu saya tak nafikan ada masanya agak down disebabkan tiada sokongan dari pihak lain,” ungkapnya memulakan perbualan.
Menurut Sofia juga jika tiada dorongan memang boleh menyebabkan semangat menjadi drop. Tetapi cepat-cepat akan diisi dengan pergi ke kelas atau majlis ilmu untuk meningkatkan lagi iman dan hubungan dengan Allah.
“Tapi yelah iman kita ibarat roller coaster ada masanya memang up and down. Tetapi kita yang harus bijak menanganinya untuk memastikan diri kekal istiqomah. Ketika mula-mula saya berhijab dulu, bukan keluarga yang mendorong. Malah ada antara family yang tak nak cakap dengan kita pun bila tahu diri sudah berhijab.
“Ada yang menjauhkan diri sebab dia tidak tahu apa sebabnya orang nak pakai tudung. Jadi memang banyak dugaan semasa kita baru mula-mula bertudung. Malu juga ketika itu nak keluar rumah. Bukan itu sahaja, malah ada kawan-kawan yang menghilangkan diri dan ada juga yang mendiamkan diri.
“Memang banyak benda berlaku pada kita. Tapi rasa lega bila faham kenapa semua benda ini berlaku pada kita. Dia yang mengambil dan memberi apa yang Dia mahukan supaya boleh memberi kita pengajaran,” ujar Sofia menceritakan dugaan selepas berhijab.
Namun begitu ada juga yang menaikkan semangat dan ada juga melunturkannya sehingga terasa malas untuk bangun dari katil menyempurnakan solat.
Tambah Sofia lagi, sepanjang berhijab ini juga dia mengakui pernah rasa untuk membuka tudungnya.
“Memang selalu juga kita rasa macam nak buka tudung. Sebab kita juga rindu pada benda-benda lama yang sering dibuat dulu. Termasuk kawan-kawan lama. Tetapi sebab-sebab tertentu yang tak boleh menentukan sebab apa kita nak bukak hijab. Jadi terus berteguhlah untuk memakainya.
“Bangun pagi pakai juga. Nak keluar rumah pun pakai jugak hijab. Walaupun terdetik dalam fikiran untuk buka hijab tetapi sampai sekarang alhamdulillah masih kekal bertudung. Biarpun sudah bertudung, tetapi fesyen kegemaran Sofia masih yang sama, sportshoes, jeans, t-shirt dan itu memang ‘fesyen’ Sofia dari dulu lagi.
“Dari dulu lagi kalau ada yang kenal Sofia, Sofia bukan jenis suka mengikut perkembangan fesyen atau macam trendy la. Mereka panggil Sofia, sporty Sofia sebab gemar pakai yang simple sahaja. Sofia memang bukan jenis stailista,” ceritanya lagi yang mengakui turut rindu untuk kembali berlakon.
“Lebih lima tahun Sofia tak berlakon. Rindu dari segi pekerjaa itu, tetapi bab lain memang tidak. Terus terang Sofia memang jenis tak mengejar populariti walupun bagi sesetengah orang bagus sebab bila orang jumpa kita tanya bila nak kembali berlakon. ‘You pelakon yang bagus’.
“Namun insya-Allah kalau jumpa story dan skrip yang bagus memang Sofia akan fikirkan untuk kembali ke dunia lakonan. Tetapi niat itu mestilah kerana Allah. Buat masa ini Sofia bahagia dengan apa yang Sofia lakukan, kehidupan ditemani dua anak perempuan yang comel dan bijak,” ujar Sofia yang selesa kini bergelar ibu tunggal. Namun dia juga turut berdoa pada Tuhan agar satu hari nanti diketemukan dengan Imam yang baik bukan sahaja untuk dirinya tetapi demi anak-anak.
Biarpun masih baru dalam penghijrahan ini, tetapi Sofia turut menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana bagaimana untuk kekal istiqomah dalam berhijab.
“Pesanan untuk mereka yang baru berhijab, bersabar dan bertabah. Pada mulanya nampak senang. Ada masa memang up and down. Banyak yang akan difikirkan bila kita sudah berhijrah. Banyak dugaan yang tidak akan kita jangka.
“Jadi bila berlaku perkara tidak sepatutnya, duduk sekejap dan fikirkan betul-betul kenapa kita bertudung. Ingatlah bila kita buat penghijrahan itu kerana untuk satu sahaja, iaitu Allah SWT. Perlu ingat berhijrah hanya untuk yang satu dan only Allah Taala,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
KREDIT FOTO: YANTI SHARUDDIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.