Siapa sahaja tidak tahu penggunaan tawas yang bagus untuk menghilangkan bau badan terutama sekali di bahagian ketiak. Ia juga tidak asing menjadi sebagai bahan utama dalam pembuatan barang-barang kosmetik.
Namun, tawas bukan sahaja digunakan untuk mengurangkan bau-bau busuk keluar dari badan, ia juga membantu memberikan kebaikan seperti tujuan mencukur dan menghilangkan jerawat!
Bahan Serba Boleh Untuk Atasi Masalah Anda
Sumber dari Canva
Tidak semua yang ketahui bahan tawas ini yang sering digunakan untuk menyingkirkan bau badan yang kurang ‘enak’ itu. Ia juga tidak asing dalam dunia kosmetik yang sering menjadikannya sebagai bahan utama.
Tawas merupakan sebatian aluminium yang sering menjadi tumpuan pengeluar kosmetik oleh kerana sifat astringen dan antibakteria. Di laporkan oleh Medical News Today, astringen dapat membantu dalam mengurangkan penampakkan pori-pori pada kulit.
Ads
Jadi apakah manfaat tawas yang menjadi keutamaan dalam dunia kosmetik?
1. Deodoran antipeluh
Sumber gambar dari Canva
Sudah menjadi kelaziman tawas digunakan untuk mengyingkirkan bau badan dari ketiak. Ia berfungsi dalam mengecilkan kelenjar peluh. Cara penggunaan sangat mudah dan mengurangkan pembiakan bakteria.
Ads
2. Atasi masalah ruam selepas mencukur
Sumber gambar dari Canva
Bukan sahaja menjadi pengurangan bau busuk yang datang dari badan, ia juga bagus digunakan selepas mencukur. Ini kerana tawas dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan mengurangkan keradangan yang boleh membuat ruam naik pada kulit.
3. Mengelakkan jerawat
Sumber gambar dari Canva
Oleh kerana memiliki sifat astringen dan pembasmi bakteria, ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan kulit yang berminyak dan berjerawat. Tawas juga menjadi bahan produk mencerah kulit, namun tiada bukti yang dapat membuktikan keberkesanan bahan ini.
Kebanyakkan dari kita apabila mendengar puji-pujian pastinya merasa gembira dan bahagia, namun lain pula yang dialami oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani yang mengakui sukar baginya menerima puji-pujian melibatkan penghijrahannya.
Sejak memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, Lisa menjadi sangat takut dengan perkara puji memuji ini. Tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima komen positif peminat dan warganet.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Pernah dihimpit dengan kemiskinan dan bergelar anak yatim piatu sejak zaman persekolahan lagi hingga terpaksa menempuh liku kehidupan tanpa figura penting, ibu dan ayah. Pengasas empayar perniagaan Loveliee Beauty dan Asyalliee Group terus cekal mengorak langkah menggapai kejayaan.
Pemilik nama penuh, Siti Syasya Rosaelmi Baba atau lebih dikenali sebagai Asyalliee akui, merasa sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan berkongsi kejayaan yang diraih hari ini bersama kedua orang tua.
Kini diusia 27 tahun, Asyalliee dilihat semakin aktif menguruskan perniagaan , sekaligus menjadi wanita, isteri, ibu dan majikan yang berkeperibadian tinggi.
Dalam temu bual bersama Hijabista, Asyalliee turut mendedahkan impiannya selama ini.
“Dalam masa 10 tahun akan datang, perniagaan saya dah jadi auto run supaya saya boleh fokus 100 peratus kepada impian selama ini, iaitu nak ada rumah anak yatim dan orang tua.
“InshaAllah, itu salah satunya tujuan sebab sebagai seorang anak yatim, saya kurang dapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa, tak sempat jaga arwah ibu dan ayah, nak balas jasa mereka walau saya tahu mereka tak dapat dibayar langsung.
“Saya mahu beri kasih sayang yang sangat banyak daripada saya sendiri dan mereka (Penghuni rumah anak yatim dan orang tua) yang ada di situ nanti. Jika diizinkan, saya juga nak buat madrasah atau perkara yang lebih ke arah keagamaan,” ujarnya.
Kehidupan Asyalliee hari ini menjadi inspirasi ramai kerana dia mampu memiliki semua yang diidamkan individu seusianya. Ada suami penyayang, anak-anak comel, bisnes maju, rumah besar, kereta mewah dan populariti.
Namun bagi empunya diri, perjalanan hidupnya tidak seindah yang disangka. Sejak kecil dia sering dilemparkan dengan kata-kata sindiran dan hinaan daripada orang sekeliling kerana taraf keluarganya yang miskin.
“Dari kecil sejak arwah ayah meninggal, saya lalui kehidupan susah dengan arwah mak sebab arwah mak kerja sebagai tukang masak di kedai. Kami hanya mampu tinggal di suatu tempat sempat yang saya sifatkan bukan sebuah rumah pun. Waktu tu ramai hina arwah mak.
Mak orang Thailand, dengan kerja sebagai tukang masak ramai yang hina dan tak suka dia. Tapi arwah mak sangat kuat dan kalis kecaman. Disebabkan kehidupan kami yang sangat susah waktu itu, arwah mak meninggal dalam keadaan koma.
Doktor sahkan arwah ada barah otak. Bila arwah meninggal, kami terfikir arwah meninggal sama ada kerana keadaan terlalu miskin sampai dia tak tahu ada barah otak sebab hanya makan ubat dan tak buat pemeriksaan kesihatan. Atau arwah mak tahu tapi tak beritahu anak-anak.”
Sejak pemergian arwah, Asyalliee yang merupakan anak keempat daripada lima beradik tinggal bersama kakaknya. Namun masalah lain pula timbul apabila dia didera mental dan fizikal.
Mujur, kakak sulung sempat selamatkan Asyalliee. Dek kerana mahu berdikari, dia sanggup ambil tawaran menjadi model dan review produk di media sosial ketika masih di bangku sekolah lagi. Rezeki tersebut diraih selepas video Asyalliee menjadi tular di media sosial.
“Ada hikmah dan rezeki lepas video saya viral di media sosial. Orang panggil buat review dan ambil job jadi model. Dalam masa sama saya masih sekolah. Dari situ saya dah start berdikari sendiri sampai sekarang. Habis je belajar saya terus berhijrah ke Kuala Lumpur untuk cari kerja.”
Untuk rekod, Asyalliee berkahwin dengan Eboy Arbaain pada 25 Februari 2017. Hasil perkongsian hidup, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haider Mikael, Helena Adrianna dan Hayyan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Bila hujung minggu pastinya anda mahukan suasana yang santai dan relaks. Maklumlah, otak dah penat bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat.
Selain berehat di rumah, anda boleh luangkan masa dengan ‘melepak’ di sekitar kafe-kafe hispter yang turut memberikan anda ketenangan. Kopi dan kek, memang satu kombinasi yang paling sempurna untuk hujung minggu anda.
Hijabista paparkan 10 yang boleh anda kunjungi hari ini.
Wondermilk sememangnya mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan santai. Malah, persekitarannya juga mesra dan mempunyai tempat duduk yang luas. Wondermilk memang terkenal dengan kek cawannya yang cukup lazat.
Sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama rakan-rakan, Artisan Roast Coffee merupakan kafe yang digemari ramai. Admin kalau pergi sini, tak sah kalau tak order mocha. Terbaik mocha di sini.
Buat pencinta kopi, anda boleh dapatkan pelbagai jenis kopi di sini seperti Cappucino, Mocha, Cafe Latte dan Mocha Caramel. Buat penggemar desserts, anda boleh cuba Almond Salted Caramel Cake dan Cheese Cake Brownies. Power habis!
Kafe yang cukup unik! Dekorasi kafe ini membayangkan anda seperti berada di dalam makmal kimia dan merupakan kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Menariknya, kafe ini turut menggunakan peralatan makmal seperti tabung uji, bikar, kelalang kon dan lain-lain lagi.
A post shared by Wood & Steel Cafe / Gallery (@woodandsteel) on
Wood & Steel sentiasa menyambut para pelanggan dengan keharuman aroma kopi yang cukup memukau. Susu berbuih di atas cawan yang seimbang dengan rasa kopi yang lazat menjadikan setiap sisipan begitu berbaloi.
A post shared by Cake Jalan Tiung (@cakejalantiung) on
Buat penggemar kek, kafe ini merupakan antara kafe yang wajib dikunjungi. Mempunyai hiasan dalaman yang ringkas namun menarik, kek yang dijual di sini memang enak dengan harga yang berpatutan.
Terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara, Rimba & Rusa mempunyai rekaan yang cukup menarik. Sesuai buat para hijabi yang gemar berselfie. Makanan yang dijual juga menarik dan lazat-lazat semuanya.
Kafe ini popular dengan sarapan pagi dimana kebanyakan hidangan adalah berasaskan telur, roti serta kopi yang sihat. Antara kafe yang popular di Sri Hartamas.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.