Terdapat pelbagai cara untuk memastikan kulit wajah menjadi mulus dan anjal. Hanya dengan menggunakan bahan dapur seperti cuka epal juga mampu memberikan hasil cukup menawan. Selain cuka epal, ada juga yang boleh menggunakan tepung pulut bagi tujuan kecantikan. Seperti perkongsian gadis ini yang menggunakan tepung pulut dibuat mask untuk mendapatkan hasil lebih anjal dan mulus.
Berkongsi rahsia keanjalan kulitnya di laman twitter dengan menggunakan nama akaun @jijib0nk. Mendapat ribuan tweet dan retweet dari netizen yang berminat berkongsi petua yang sama.
Gunakan mask dari tepung pulut untuk jadikan kulit lebih anjal dan mulus.
Cara paling mudah dan murah. Hampir 7 bulan pakai disebabkan wajah breakout teruk.
Beli beberapa produk di farmasi pun tak menjadi.
Akhirnya guna mask dari tepung pulut. Buat likat sehingga melekat pada muka.
Kemudian sapu di muka, biarkan kering sebelum bilas.
Insya-Allah akan hilangkan wajah kusam, bintik-bintik merah dan paling penting muka seperti kulit bayi.
Buat sekerap yang boleh.
Boleh juga buat setiap hari.
Dah buat menjadi sebab itu share.
Buat setiap malam.
Perbezaan boleh nampak dalam satu atau dua minggu. Kalau nak hilang jerawat terus dalam masa 7 bulan.
Dr. Amalina Bakri nama yang cukup dikagumi dan menjadi idola buat hijabi muda. Kebijaksanaannya dalam bidang akademik memang tidak dipertikai sejak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahún 2004. Kini beliau menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Baru-baru ini Dr. Amalina turut berkongsi empat cara mudah buat mereka yang mahu lancar dalam berbahasa Inggeris.
Pencapaian beliau cukup dikagumi.
Menurut doktor muda ini, ada 4 cara dilakukan olehnya bagi membolehkan beliau fasih berbahasa Inggeris. Dan perkongsiannya di laman twitter miliknya DrAmalinaBakri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu memahirkan diri dalam bahasa kedua ini.
#1. Kena yakin bercakap walaupun hanya broken English. Jangan hirau sesiapa jika ada yang cakap berlagak jika sedang bercakap English.
#2. Boleh juga gunakan plarform online. Kalau dulu sangat popular MSN dan Yahoo yang boleh kita gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari luar negara. Menurutnya beliau dulu menulis surat kepada mereka sewaktu usianya 12 tahun.
#3. Belajar melalui drama, filem dan lagu. Sangat membantu. Ini cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris. Banyakkan melihat drama, filem atau lagu dan daripada situ akan mempelajari sesuatu perkataan atau ayat baru.
#4.Teruskan berlatih dengan orang sekeliling terutama mereka yang sangat fluent bercakap English. Melalui cara ini dapat mengetahui kesilapan memperbetulkan struktur tatabahasa mereka.
Sejajar dengan musim perayaan yang bakal tiba, LILIT meraikan kerjasama pertamanya dengan pereka fesyen tempatan terkenal, Nurita Harith. Koleksi yang bertujuan untuk membawa ketenangan dan memberi inspirasi kepada wanita untuk mencari kegembiraan.
Persi menikmati bayu laut di di Cape Town sambil menyaksikan matahari terbenam, Nuritha menamakan koleksi ini “Slightly Sentimental”. Koleksi yang bertindak sebagai penggoda Pra-Aidiladha merangkumi pakaian bahagian atas, seluar, tudung, gaun dan beg tangan, dipenuhi dengan warna, cetakan dan tekstur, menggambarkan ketenangan laut sambil merasakan kebebasan dan kebahagiaan. Menariknya lagi koleksi ini mempunyai pelbagai saiz dari kecil hingga plus saiz dengan harga mesra bajet.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Norma baharu satu keistimewaan
Keterujaan LILIT untuk bekerjasama dengan Nurita Harith dan berkongsi visi yang sama, menggalakkan hijabi mempunyai pandangan hidup yang bertenaga dan kami ingin menyatakan semangat itu, bersama-sama.
Kita semua sudah lama mengidamkan untuk melancong bertemu orang tersayang atau sekadar mengisi semula tenaga apabila perlu, terutamanya semasa musim perayaan. Norma yang dahulu diketahui ini kini telah menjadi satu keistimewaan dan dengan koleksi ini, kami ingin mengingatkan pelanggan kami untuk mengenang hari-hari lama mereka dan menantikan yang lebih baik. Selain itu, dengan bekerjasama dengan Nurita Harith, LILIT. adalah satu langkah lebih dekat dalam menjadikan pakaian sederhana boleh diakses oleh semua,” kata Shasha Sekharan, Pengurus Pemasaran LILIT.
Perasaan sentimental pereka
“Apabila saya memikirkan masa saya paling lapang dan paling gembira, saya terfikir masa saya menyaksikan matahari terbenam yang indah di luar dunia di Cape Town. Diilhamkan oleh perasaan sentimental untuk ingatan itu, saya ingin mencipta koleksi yang boleh mencetuskan kegembiraan, menggalakkan cinta pada diri sendiri dan menyemarakkan semangat dalam diri untuk semua wanita.
Bersama LILIT. kami dapat menghidupkan impian ini dengan menggunakan warna-warna pastel, lembut dan tenang. Kami berharap koleksi itu akan membolehkan mereka yang memakai pakaian kami untuk hadir pada musim perayaan tetapi masih sentimental untuk hari-hari yang memberi kami kegembiraan,” kata Nurita Harith.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Betapa agung dan sucinya kasih seorang ayah. Itulah yang mampu digambarkan apabila seorang ayah sanggup membantu anaknya yang rebah di padang kawad untuk berdiri tegak sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang, Selangor, semalam.
Tindakan seorang ayah yang telah tua berlari sehingga tertanggal selipar untuk membantu anaknya yang pengsan ketika berdiri di atas padang kawad di bawah matahari yang tegak di kepala mengundang tangisan menteri, hadirin dan warga maya.
Peristiwa berkenaan dikongsi oleh Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nata Linggi yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.
Ustazah Asma’ Harun turut terpanggil berkongsi rasa tentang kisah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.
Kisah tular ini pasti menitiskan air mata kita semua, sama ada yang masih ada ayah, yang telah kehilangan dengan kematian atau perpisahan, juga bagi yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.
Begitulah tindakan spontan lelaki yang berjiwa ayah, walau kepada anak saudara yang dibesarkan seperti anak sedari kecil.
Ayah adalah pelindung, pendorong dan penguat buat anak-anak. Karakter seorang ayah adalah hero dalam keluarga, disegani dan dihormati.
Ayah ini telah berikan kita satu inspirasi luar biasa, biar apa orang fikir, bahkan mungkin tak sempat menimbang hal itu, terus sahaja pergi kepada anak saat perlu, bukan untuk diheret keluar barisan, tapi terus memaku supaya bertahan.
Si anak pula, jika bukan kerana terlalu berat menanggung sakit takkan sanggup berbaring di tengah kepanasan atas dan bawah. Namun dek semangat si Ayah yang tua, terus bertahan tegak berdiri kembali. Walau demam yang melarat, tetap daripada awal masuk ke perbarisan. Keduanya memberi tauladan yang hebat buat kita semua.
Terus teringat arwah ayah.. Allahu Akbar, tergambar senyuman dan gurau sendanya, perkataan dan nasihatnya, ketegasan dan kelembutannya.. semoga arwah ayah dan semua yang telah pergi dalam rahmat kasih sayang pengampunan Allah SWT dan berada di Taman Syurga Alam Barzakh.
Selamat Menyambut Hari Penguat Kuasa Ke-50 Tahun 2022 kepada semua anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara. Anda perwira, hulubalang Malaysia.
Terima kasih kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, atas perkongsian kisah benar yang membangkitkan rasa ini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...