Jika dilihat di laman instagram selebriti ini, dia memang rajin muat turun foto sama ada selfie atau dalam keadaan pose. Lebih-lebih lagi jika bercuti di luar negara bersama suami tersayang. Walaupun sedang bercuti, pelakon tinggi lampai, Bella Dally ini tidak pernah mengabaikan rutin penjagaan wajahnya. Pelakon dan isteri kesayangan Nazim Osman ini memang diakui mempunyai kulit yang halus, putih dan berseri. Bukan itu sahaja, Bella Dally juga antara selebriti yang dikurniakan wajah jelita mirip keanak-anakan. Nak jadi cantik macam Bella Dally, jom kita tengok rutin penjagaannya.
1. Tidak Pernah Skip Rutin Penjagaan Harian Sebaik Bangun Tidur
Bella mengamalkan tiga langkah sebaik sahaja sedar daripada tidur. Cuci muka, aplikasi ‘toner’ dan sapuan rata sedikit krim pelembap. Sekiranya melangkah keluar rumah, Bella akan pakai pelindung tabir suria. Langkah diulangi pula pada malam hari.
Meneguk dua gelas air suam pada waktu dinihari. Satu dicampurkan dengan elemen sitrus lemon. Selain itu, Bella juga mengamalkan pengambilan minyak ikan dan ‘primerose oil’.
Petua tradisional Bella cukup ringkas. Cuma minum banyak air dan tidur yang cukup. Kadangkala Bella juga turut minum air campuran timun, epal hijau dan daun saderi untuk kesihatan kulit.
Bella juga jarang memakai bedak kerana jika tiada fotografi adalah masa ideal untuk kulit berehat. Dia sekadar menitikberatkan kening, sapuan maskara dan mengalit gincu. Saya gemar sisi natural.
Viral minggu ini apabila dikatakan baby istimewa adik Ainul Mardhiah akan pulang ke Malaysia setelah hampir sebulan berada di London kerana menjalani rawatan membuang ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumor’di sana.
Mereka sekeluarga yang dikatakan akan tiba di Malaysia pada Selasa lalu dikhabarkan tidak jadi pulang. Ini kerana adik Ainul Mardhiah mengalami masalah demam yang memaksa dia ditahan semula di hospital.
Menyedari kekeliruan yang timbul (tangguh kepulangan) dan bagi menjelaskan apa yang berlaku, ibu Ainul Mardhiah tampil memberitahu hal sebenar dalam status terbaru di laman Instagramnya.
Menurut Nurul Erwani Zaidi, Ainul memang sepatutnya pulang pada hari Selasa dan segala persiapan juga sudah dilakukan, Tetapi siapa sangka perancangan Allah itu Maha Hebat. Keadaan kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk dia berada dalam kapal terbang.
Ainul diserang demam dan batuk pada pagi Isnin sepatutnya hari mereka sekeluarga pulang ke Malaysia. Justeru ibu muda memohon semuanya sabar dan tenang serta selitkan doa yang baik-baik untuk adik Ainul.
Dia juga mengharapkan segala kebaikan yang diberikan akan mendapat balasan baik dari Allah SWT.
Siapa yang tak rasa sedih bila anak yang kita kandungkan dalam perut, kita lahirkan sendiri dengan sakit yang kita tanggung sendiri akan menghadapi pelbagai ujian. Tapi kesedihan itu semua tidak akan patahkan semangat bila kita dapat tengok anak kita setiap masa, dapat spend time masa bersama dengan anak kita setiap hari. .
Hampir dua bulan berada di London, membawa Ainul untuk menerima rawatan di London adalah satu keputusan yang paling terbaik untuk memastikan Ainul sihat dan dapat diberikan rawatan yang sewajarnya. Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7(Isnin) pada 9:30 malam waktu London dan dijangka akan sampai ke Malaysia pada 9/7(Selasa) pada 5:30 petang waktu Malaysia. Segala persiapan sudah dilakukan. Dr di sini sudah benarkan Ainul pulang dan Dr juga sudah check keadaan Ainul pada hari jumaat dan Ainul sangat sangat baik. .
Siapa sangka, perancangan ALLAH Maha Hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk Ainul berada di dalam kapal terbang. Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti. .
Saya harap dan mohon semua sabar, bertenang dan sentiasa selitkan doa yang baik baik untuk kami kerana apa yang kita doa pada orang akan berbalik pada kita sendiri. Saya pun sentiasa mengharap dan meminta pada ALLAH supaya apa yang berlaku pada waktu ini akan memberi sinar bahagia pada saya dan keluarga pada waktu yang mendatang.
Dan Terima Kasih pada semua kerana selama ini sentiasa memberi semangat pada kami, doakan yang baik untuk kami, beri pertolongan pada kami. Saya amat hargai. Saya harap Tuhan akan membalas semua kebaikan ini dan memudahkan srgala urusan di dunia dan juga di Akhirat nanti. .
Bercakap lah perkara yang baik baik. Kerana percakapan kita adalah satu doa Salam sayang daripada saya dan Ainul Mardhiah
azmah_hafidz @_nrlerwani❤️ insyaAllah..mg ainul cepat sihat Dan dpermdhkn urusan ainul Dan keluarga.
syainna Ainul kesayangan rakyat malaysia,in sya Allah,ainul akan sihat.pasti ada hikmah ada yg berlaku.
imhjhnorsiah Kami mohon kepada Allah yang Maha Agung. Tuhan yang mempunyai arasy yang besar, semoga Allah menyembuhkan sayang ainul
Setiap kali melihat foto atau video dimuat turut personaliti ini, bagaikan dapat meneka kesibukannya menguruskan tugasan harian. Lebih-lebih lagi terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata kembar. Walaupun begitu, penyampai TV AlHijrah ini tetap kelihatan ceria, aktif dan bertenaga biarpun seharian menguruskan rutin yang sama. Menurutnya, dia tidak mengambil apa-apa suplemen untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan, sebaliknya hanya petua minum air masak sahaja.
Menurut Farahanim Razak lagi, selain itu katanya dia juga turut memastikan fikiran sentiasa berfikiran positif dan hanya fikirkan perkara yang membahagiakan. Tidak peduli apa orang kata dan paling penting sentiasa berada dalam situasi menggembirakan.
“Itulah rahsia utama Anim untuk kekal sihat, aktif dan bertenaga. Kalau kita dalam kedaaan sedih ataus sering berfikiran negatif sedikit sebanyak akan mempengaruhi gaya hidup kita. Jadi Anim memang sentiasa akan bersikap gembira dan pastikan keluarga kecil Hanim juga begitu.
“Selain itu Anim juga akan sentiasa menjaga penampilan. Maklumlah tuntutan kerjaya sebagai penyampai TV AlHijrah dan juga sebagai pemilik produk kecantikan, pastinya kita perlu sentiasa tampil cantik, kemas dan meyakinkan,” ujar Farahanim yang lebih mesra dipanggil Anim.
Menurutnya lagi sejak sebelum kahwin lagi dia memang seorang yang suka kepada soal kecantikan dan kesihatan.
“Tak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak ambil pusing bab kecantikan diri sendiri dan hanya memikirkan soal anak semata-mata. Sebelum kahwin lagi Anim memang suka pada kecantikan, kesihatan dan sentiasa tampil kemas jika mahu ke mana-mana.
“Jadi selepas dah ada anak ini, Anim maintain perkara yang sama. Tiada alasan sudah ada anak, tidak boleh berdandan rapi dan kelihatan cantik,” kata Farahanim yang juga pernah mengalami pertambahan berat badan ketika hamil tempohari.
“Berat Anim semasa hamil kembar tempohari mencecah 79 kg dan selepas bersalin Anim cuba dapatkan kembali berat asal. Tiada petua tertentu yang diamalkan, cuma Anim memang sangat teliti dalam bab berpantang tempohari.
“Anim memang jaga bab makan dan paling penting banyak minum air masak. Itu adalah senjata paling utama untuk maintain berat badan seperti yang kita idamkan.
“Lagi satu Anim sangat menjaga kecantikan wajah. Anim akan pastikan walau penat mana sekalipun kena cuci muka sebelum masuk tidur,” jelasnya lagi yang seronok melalui fasa sebagai ibu muda, lagi-lagi mempunyai sepasang kembar yang sedang membesar kini.
“Anim memamg seorang yang gemar bergaya. Anim masih lagi gemar mix and match baju, shopping baru baru dan beli barangan mekap. Jadinya lepas dapat anak kembar ini, Anim buat perkara yang sama pada Ameena dan Ameera.
“Misalnya kalau Anim pakai baju kuning, kembar pun akan pakai baju kuning juga. Malah perkembangan bisnes online sekarang juga menyebabkan banyak barangan bayi boleh kita beli.
“Contohnya Anim suka sangat beli headband pada diorang dan ada macam-macam design yang dibeli secara online. Kata orang ini pun macam terapi diri,” tambahnya lagi yang ditemui ketika majlis sambutan Hari jadi Founder Sugarscarf, Eyka Sulaiman yang diadakan di Ampang Glass House baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, Founder Sugarscarf, Eyka Sulaiman yang baru sahaja pulang mengerjakan umrah telah diraikan dalam satu majlis sambutan hari jadi yang dibuat secara kejutan oleh kaki tangan Sugarscarf serta rakan-rakannya.
Ternyata Eyka Sulaiman kelihatan sebak diraikan dalam majlis yang turut memperkenalkan koleksi shawl terbaru sempena sambutan hari jadinya.
Penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis’. Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi.
“Apa perasaan penulis jika orang akan membuat riak muka terkejut, jelik dan geli apabila bersalaman dengan anda, dan selepas itu mereka mengelap tapak tangan mereka di seluar, dan melakukannya di hadapan anda? Sudah tentu malu dan terasa dihina!”
Meskipun perit untuk diterima, namun jauh di sudut hati, wujud rasa redha dengan ketentuan Illahi. Taufiq Al Rahman, 29, seorang pereka fesyen dari Melaka, membuka lembaran bicara dengan menyingkap kembali saat pertama kali dia mengetahui tentang penyakit yang dihidapnya, Hiperhidrosis. Apa salahnya jika berpeluh? Tidak normalkah jika berpeluh? Pasti itu persoalan yang timbul saat anda membaca tajuk ini, namun, adakah ia perkara biasa jika kadar peluh lebih banyak dan deras melampau dari normalnya? Ya! Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.
“Saya masih ingat lagi, ketika saya masih di sekolah rendah, jari saya kerap tergelincir dari pensel ketika sedang menulis dan buku tulis ataupun kertas peperiksaan menjadi lembap dan basah menyebabkannya hancur dan lunyai kerana peluh yang banyak di seluruh tapak tangan. Namun, saya anggap itu normal sehinggalah saat saya di diploma, perasaan ingin tahu itu membuak-buak dan akhirnya saya membuat sedikit kajian dan bacaan sendiri daripada blog, forum, tabloid dan bertanya kepada pihak-pihak yang boleh dipercayai. Dari situ saya betul-betul mengenali penyakit Hiperhidrosis ini”.
Bertanyakan mengenai momen yang tidak boleh dilupakan sepanjang menghidap penyakit ini, Taufiq jujur mengatakan bahawa keyakinan dan motivasi dirinya turun mendadak apabila melihat orang yang berjabat tangan dengannya membuat riak muka geli dan jelik, dan mengelap tapak tangan mereka di seluar, ketika masih dihadapannya. Bagi dirinya, perlakuan itu seolah-olah menjadikan dia manusia yang hina dan jijik.
“Tahap Hiperhidrosis saya adalah berskala 7 dari 10. Peluh saya terutamanya di tangan, boleh mengalir hingga ke pergelangan tangan. Peluh di tapak kaki saya pula boleh meninggalkan kesan tapak kaki jika berjalan tanpa kasut di atas simen. Teruk bukan? Situasi ini secara tidak langsung membantutkan beberapa aktiviti harian saya. Contohnya jika bersukan, saya hanya boleh melakukan aktiviti berenang kerana saya berasa lebih selesa dan yakin. Bukan itu sahaja, malah ia turut membahayakan keselamatan diri ketika saya memandu apabila tangan saya tergelincir dari ‘steering kereta’ kerana keadaan tapak tangan saya yang semakin basah terutamanya ketika cuaca panas. Oleh kerana keadaan peluh di tapak tangan tidak boleh dikawal, saya juga mengalami kesukaran untuk mengendalikan telefon bimbit kerana ia jenis ‘touchscreen’. Mengenai peluh di tapak kaki pula, saya sering kali tergelincir di tengah jalan. Bayangkan kaki saya terkeluar daripada sandal? Sangat memalukan! Saya juga sentiasa menukar stokin kerana jika tidak, kaki saya akan menghasilkan bau yang busuk dan meningkatkan kadar kelembapan pada kaki. Akhirnya, kuku kaki saya dijangkiti kulat”.
Tidak bernokhtah disitu sahaja, malah menurut Taufiq, sebagai seorang pereka fesyen, apa yang membimbangkan dirinya adalah apabila dia harus sentiasa berhati-hati dalam melakukan hal kerja rekaan bajunya kerana risau akan menjejaskan fabrik pelanggan yang disebabkan peluh di tapak tangannya.
“Untuk memastikan keadaan fabrik pelanggan dijaga rapi, saya melapik tangan dengan kertas dan sebagainya supaya peluh tidak akan menjejaskan fabrik pelanggan yang akan menyebabkan kekuningan. Selain itu juga, saya harus menukar segala peralatan jahitan (jenis besi) seperti jarum, jarum peniti, gunting, dan termasuklah beberapa komponen mesin jahit kerana ia menjadi berkarat selepas saya menggunakannya walaupun sementara”.
Mengenai rawatan pula, Taufiq lebih selesa tidak melakukan apa-apa rawatan kerana dia tahu, Hiperhidrosis ini tidak mengancam nyawa. Tambahan pula proses rawatan memakan belanja yang besar. Apa yang penting, dia harus sentiasa positif dan cekal menjalani hari-hari seterusnya kerana meskipun penyakit ini tidaklah merbahaya, namun jika tidak kuat dari segi mental, ia bisa membunuh keyakinan diri. Maka, diri terus hanyut ditenggelami rasa sedih dan gelora emosi.
“Sebagai seorang muslim, saya sentiasa percaya kepada kententuan Illahi. Redha. Pasti ada hikmah pada hari-hari mendatang. Syukur saya ucapkan kerana memiliki keluarga dan kenalan yang benar-benar memahami. Saya cuma berharap agar rakyat Malaysia lebih sedar dan faham tentang penyakit ini. Mereka harus sedar Hiperhidrosis bukanlah virus yang berjangkit, dan ia bukanlah merbahaya. Rakyat Malaysia juga harus peka dengan perasaan dan emosi kami supaya dapat membantu menguatkan lagi mental kami. Kepada penghidap Hiperhidrosis, ini bukanlah noktah dalam kehidupan kita. Harus kekal positif dan ceria setiap masa”.
FAKTA MENGENAI HIPERHIDROSIS:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.