Semestinya kuku kita semua berwarna merah jambu dan mempunyai tona yang berbeza setiap seorang. Pernah atau tidak anda terfikir tentang kuku yang terlebih gelap atau hitam. Semestinya anda tertanya apa petanda di sebaliknya kan? 

Kuku boleh menunjukkan seseorang itu mempunyai masalah kesihatan

Gambar Google

Tujuan utama kuku manusia adalah untuk menutupi serta melindungi lapisan di bawah kulitnya yang sangat lembut dan mudah tercedera. Semestinya, lapisan di bawah kuku anda mempunyai sistem atau fungsi deria yang sama terhadap sentuhan, kesakitan, tekanan, suhu. Malah ia turut penuh dengansalur darah dan hujung saraf kelenjar. Untuk menjawab soalan di atas, ya! Kuku hitam merupakan tanda anda mempunyai masalah kesihatan. Jadi anda perlu berhati-hati. Jangan risau kerana anda boleh mengetahui jenis kuku hitam anda itu berkait dengan penyakit apa.

Artikel Berkaitan: Jangan Di Potong! Ini Cara-cara Untuk Menjaga ‘Kulit’ Sekitar Kuku Dengan Betul

Dalam pada itu, ramai yang tidak mengambil berat lalu membiarkan sekiranya kuku mereka bertukar warna. Warna asal pada kuku kita adalah merah jambu tetapi ia boleh berubah sedikit kepada warna putih, kuning, biru dan lain-lain. Rupanya, perubahan warna kuku dan tekstur kuku memainkan peranan penting dalam kesihatan anda. Sebagai contoh kuku berwarna kuning akan jadi apabila anda mempunyai masalah infeksi kulat kuku.

Ini 5 Rutin Untuk Hasilkan Kuku Sihat Dan Cantik Berkilat!

IKLAN

Menurut doktor juga, kuku juga boleh menggambarkan tahap kebersihan seseorang itu, manakala ia mencerminkan tahap kesihatan seseorang melalui infeksi kulat yang biasa sehingga lah kondisi kesihatan bahaya seperti kanser kulit. Jadi, apa penyebab kuku hitam atau berubah jadi gelap. Adakah ia mempunyai maksud apa-apa disebaliknya.

Kuku hitam penyebab sakit apa?

Gambar Google

Seperti gambar di atas ini adalah kondisi kuku hitam. Selalunya jika kuku anda hitam pada hujung kuku bermaksud anda seorang yang pengotor. Hitam di hujung kuku itu adalah melalui kotoran daripada debu, daki, sel kulit mata dan lain-lain. Ia terjadi kerana anda tidak memotong kuku dan suka memegang kawasan yang kotor dan tidak cuci tangan. Jadi ini adalah sebab mengapa kuku menjadi hitam:

1. Infeksi kulat kuku

Gambar Google

Infeksi kulat menyebabkan kuku anda berwarna kekuningan. Akan tetapi ramai yang mengambil remah dengan membiarkan tanpa sebarang rawatan. Selain itu, ia akan membuatkan kuku anda menjadi gelap, kusam dan hitam. Dalam pada masa yang merawat kondisi ini adalah dari segi mengambil ubat antikulat dan jaga kebersihan.

2. Trauma

Gambar Google

Trauma bukan sahaj terjadi pada otak tetapi ia juga terjadi apabila kuku anda terhentak atau tertimpa di atas objek yang lebih berat. Ia juga menyebabkan pembulur darah di jari pecah. Pembulur darah yang pecah di dalam kuku menyebabkan ia mengalir dan merebak di sekitar jari dan membuatkan permukaan kuku jadi hitam. Rawatan yang anda perlu buat adalah terpaksa dibuang kuku yang rosak untuk elak darah beku tersebut.

IKLAN

3. Melanoma

Melanoma merupakan sejenis kanser kulit yang mengakibatkan tompok h

Gambar Google

itam di kuku kaki anda atau tangan. Ianya merupakan kes yang jarang berlaku tetapi ada kes. Melanoma pula boleh terjdi tanpa sebarang gejalan. Jadi anda di minta untuk memberi perhatian. Berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat.

4. Kesan ubat yang tertentu.

Gambar Google

Pengambilan ubat dalam dos yang tinggi merupakan punca utama kuku anda menjadi hitam. Apabila anda mengambil dos yang tinggi ia akan menyebabkan kuku nampak lebam dan hitam. Ia memang nampak ringan tetapi akan kekal lama jika tidak dapatkan rawatan.

5. Pigmen kulit yang terkesan.

5 Penyebab Munculnya Garis Hitam di Kuku

IKLAN

Pigmentasi bukan hanya terjadi pada kulit muka akan tetapi pada kawasan kuku pun sama. Pigmen ini menunjukkan beberapa kondisi kesihatan seperti diabetes, anemia dan penyakit yang berkaitan dengan oragan dan jantung anda. Ia boleh menjadi normal tapi amat sukar kerana mengambil masa yang lama.

Artikel Berkaitan: Hati-Hati Memotong Kuku Terlampau Pendek Takut Kena Infeksi Bakteria!

Sebagai penutup, punca kuku hitam banyak yang melambangkan kesihatan seseorang itu. Jadi, jagalah kesihatan anda dan kerap menemui doktor. Sekiranya anda mempunyai kekeliruan anda boleh mendapat jawapan doktor dengan lebih tepat.

Sumber: Hello doktor!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=pf4KKqSQqrQ&t=86s

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI