Pelakon terkenal Indonesia, Marshanda membuktikan dengan keazaman dan kaedah yang betul bukanlah sesuatu yang mustahil.
Marshanda wajar menjadi inspirasi apabila baru-baru ini dia meraih perhatian dengan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa satu tahun sahaja.
Menerusi gabungan senaman yang kerap dan amalan diet intermittent fasting, Marshanda akhirnya berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram seterusnya mencapai angka idaman 56 kilogram, wow!
Ads
Sejak kelihatan langsing, Marshanda kini kerap memuat naik foto OOTD termasuk untuk iklan fesyen di media sosial.
Nadhir Nasar, pelakon muda yang sedang meningkat naik, sering muncul dalam rancangan TV sejak beberapa tahun lalu. Untuk dia membintangi rancangan Geng Ngaji, Nadhir perlu membaca beberapa ayat al-Quran.
Program Geng Ngaji menawarkan tetamu peluang membaca al-Quran. Pada dua tahun lalu satu peristiwa membuatkan ramai terhibur dengan gelagat Nadhir yang tersalah faham akan permintaan pengacara program itu.
Namun, baru-baru ini pelakon terkenal Nadhir Nasar kembali bersiaran bersama Geng Ngaji. Ramai orang terkejut apabila mendengar dia bercakap lebih matang daripada dua tahun lalu.
Sungguh menakjubkan Nadhir Nasar apabila membaca ayat suci tersebut. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka “melting” mendengarnya. Berikut adalah rakaman dia membaca ayat tersebut bersama Geng Ngaji.
Ramai yang suka dan memuji Nadhir Nasar kerana kepulangannya dalam rancangan itu, dan melihat ruangan komen, memang ramai yang kagum dengan kemahiran membacanya.
Keterujaan peminat Nadhir diharap menjadikan apa yang Nadhir lakukan dapat dicontohi. Sekadar info, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar lahir 17 Disember 1996 merupakan seorang pelakon yang kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2020.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat kelincahan wanita ini bagai tidak menduga dia pernah diduga dengan ujian maha hebat. Siapalah dia mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Walaupun jauh di sudut hati mahu menimang cahayamata sendiri, namun Tuhan masih belum mengurniakan rezeki padanya. Personaliti Farrah Adeeba yang sebelum ini gagal dalam ujian In Vitro Fertilization (IVF) tetap reda dengan apa yang berlaku. Dia kini tidak lagi menoleh ke belakang, kerana apa yang penting dirinya juga merupakan ibu kepada dua cahayamata angkat.
Ketika bertemu dirinya di majlis pelancaran Malaysia International Sport & Fitness Fair (MISFIT) 2018, lalu, wanita ini cukup aktif dalam mengendalikan program CSR kempen #stopperogoldarirumah yang dibawakan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Menurut Farrah Adeeba, dia sebenarnya reda dengan apa yang berlaku sebelum ini. Percubaan untuk menggunakan kaedah IVF dilakukan kerana tidak mahu rasa menyesal jika tak melakukannya. Tetapi hakikat sebenarnya dia memang seorang ibu kepada dua anak lelaki.
“Saya memang seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat baik. Cuma dalam masa saya berharap jika dapat dikurniakan anak perempuan. Tetapi setelah percubaan pertama itu, saya bagi tau anak lelaki saya, terutama Muhammad yang ibu akan tunggu menantu dan cucu sahaja,” cerita Farah ketika ditanya mengenai percubaannya melakukan rawatan IVF hujung tahun lalu.
Bercerita mengenai pengalamannya menjalani rawatan berkenaan, anak sulungnya Muhammad yang merupakan penyokong terkuatnya. Dia mengambil bahagian dalam setiap proses yang dilalui olehnya. Muhammad yang teman berjumpa doktor, ketika membuat suntikan, teman makan ubat dan dia juga yang mengingatkan Farah untuk berjalan perlahan sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.
Menulis di laman instagramnya itu Farrah memberitahu Muhammad juga yang merasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu keputusan ujian berkenaan negatif.
“Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure.
“Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia.
Farah juga memberitahu insya-Allah dia tidak akan melakukannya (rawatan berkenaan) sebaliknya hanya akan fokus dan beri tumpuan kepada mereka berdua sahaja. Apatah lagi dia juga kini sibuk dengan kempen #stopperogoldarirumah yang dijayakan bersama MISFIT 2018.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang mahu terus mencuba dapatkan anak melalui kaedah ini Farah memberitahu kita sebagai ibu diberi hati dan perasaan oleh Tuhan dan berapa banyak kanak-kanak lain di luar sana yang memerlukan kasih sayang kita sebagai ibu. Jadi tidak salah pergi dapatkan mereka dan curahkan kasih sayang yang sepatutnya.
Dia juga sebenarnya cukup beruntung kerana mempunyai anak-anak yang begitu menyayagi dirinya sepenuh hati. Anak-anaknya memberitahu mereka sayang dirinya, mencium dan memeluknya setiap hari.
Farah merasakan dirinya cukup beruntung kerana dikurniakan dua anak yang tahu menghargai kasih sayang yang diberikan. Ini kerana tidak semua ibu bapa diraikan oleh anak mereka dengan cara begini.
“Anak-anak saya cium dan peluk saya setiap hari. Saya sendiri tidak berkata begitu pada mereka. Dan inilah sebenarnya anugerah tidak ternilai dan berharga yang Allah berikan pada saya.
“Jadi saya tidak rasa kempunan untuk bergelar ibu kerana saya memang sudahpun menjadi ibu kepada anak-anak saya,” cerita Farah yang melakukan rawatan IVF kerana mahu merasai pengalaman mengandung.
Dan percubaan pertama itu sudah membuat dia puas hati dan Farah juga tidak sedih walaupun usahanya kali pertama itu tidak berjaya.
“Saya memang jadi sedikit emosi pada hari berkenaan. Biasalah macam bila kita ambik exam. dah berusaha pasti kita nak capai kejayaan. Tapi dalam erti kata sebenarnya saya sangat gembira kerana sepanjang tempoh dua minggu (dalam rawatan) saya tak boleh langsung angkat benda berat, lagi-lagi anak saya.
“Jadi apabila rawatan berkenaan gagal, saya gembira dapat peluk dan angkat baby saya semula. Rasulullah juga ada berpesan untuk kita berkata alhamdulillah dalam apa jua situasi. Jadi itulah yang saya ucapkan dengan ujian yang diberi oleh Allah ini,” tambahnya yang berkata, insya-Allah percubaan rawatan berkenaan adalah yang pertama dan terakhir kerana selepas ini mahu beri tumpuan pada anak-anaknya.
Bercerita kempen #stopperogoldarirumah ini Farah menekankan kepada semua golongan masyarakat harus peka dengan persekitaran. Perlu ada sikap ambil peduli untuk terus melaporkan jika melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku sama ada adik perempuan, anak murid atau anak mereka sendiri.
Mangsa dalam hal ini perlu tahu jalan keluar dan ibu-ibu juga harus bersuara kerana apa yang kita tahu kes sudah mengandung. malah bapa juga perlu bercakap dalam soal ini yang sudah menjadi satu masalah serius dalam masyarakat kita.
Kempen ini juga sebenarnya akan mengajar di mana semua masyarakat perlu jadi berani pada tempatnya. Dan kita juga mahu kongsi bahawa ada platform yang menyediakan kemudahan ‘on stop centre’ bagi yang berhadapan masalah ini.
Inilah informasi yang kita mahu beritahu pada masyarakat kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan akhir sekali paling penting adalah pencegahan kerana ia lebih penting dari merawatnya. Kita juga akan masukkan Al-Quran dan sunnah dalam kempen berkenaan.
Misfit 2018 akan melibatkan pemain industri sukan tempatan dan antarabangsa seperti profesional, pengilang, pengimport, pengeksport dan peruncit. Mereka adalah yang terlibat dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapan dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertandingan sukan, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sport.
Akan diadakan buat julung kalinya di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.
Wanita dan beli belah secara atas talian (online shopping) sememangya amat sinonim dan tidak dapat dipisahkan di era digital yang serba canggih ini. Namun, tidak semua bernasib baik mendapat sesi jual beli yang tulus.
Sama seperti apa yang dialami oleh wanita ini, apabila barangan yang dibelinya tidak seperti apa yang telah diorder. Lebih buruk lagi, apabila cuba berbincang dengan penjual, dirinya dilayan acuh tak acuh dan sambil lewa sahaja.
Tidak berdiam diri, wanita ini akhirnya mengambil tindakan tegas untuk memberikan pengajaran kepada peniaga atas talian ataupun secara fizikal di luar sana, agar tidak mengambil kesempatan terhadap sesi jual beli bersama pelanggan. Di sini Hijabista kongsikan semula cara yang dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Aini Noraini ini.
Perkongsian berkenaan menjadi tular di laman Facebook milinya, dalam hantaran berkenaan Noraini telah berkongsikan pengalaman yang dialaminya dan bagaimana dia mengambil tindakan kepada penjual yang mempunyai sikap sambil lewa setelah barang jualan terjual.
“Ceritanya…
Beli tudung bawal batu 5 helai, di TikTok Live..Bila sampai, tudung bawal tiada batu. Bukan seperti apa yang di pesan. Harga pula berbeza.
Chat dengan seller di TikTok Chat.. Seller maklumkan nak pos semula tudung bawal batu. Seminggu tunggu, barang tak sampai juga. Minta seller tracking number, pelbagai alasan diberi,” ujarnya.
Kesal dan penat kerana sering diacuhkan peniaga dengan pelbagai alasan untuk tidak memberikan tracking number barang baharu yang dijanjikan untuk menebus kesilapan. Noraini akhirnya mengambil tindakan dengan membuka laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) agar kes ini dapat ditangani dengan sewajarnya!
“Bila dah penat, terus buat aduan kat KPDN. Pantas tindakan KPDN. Bila maklumat lengkap, esoknya KPDN terus call tanya maklumat, saya cerita semuanya. KPDN buka kertas siasatan dan call seller untuk selesaikan masalah segera sebelum teruskan proses saman.
“Seller dah gelabah kena call dgn pegawai KPDN, terus dia pos semula semua tudung batu tu. Siap dengan nombor tracking seller bagi.
“Pegawai KPDN ajar, kalau seller tak pos semula tudung tu, bagitau je KPDN akan proceed dengan saman..Terus seller call minta maaf, dia kata parcel hilang dan macam-macam la alasan dia.. Bila tanya, tudung yang tiada batu ni nak pos semula atau macam mana? Seller kata ambil sahaja.. Sekarang ni ada 10 helai tudung, rezeki Allah. Lain kali jangan main-main dengan buyer,” jelasnya.
Sehubungan itu, Noraini sempat berpesan kepada pembeli diluar sana yang pernah mengalami situasi serupa agar terus membuat laporan kepada KPDN menerusi pautan https://eaduan.kpdn.gov.my/
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.