Menabung memang satu amalan yang mulia. Walaupun sedikit, banyak manfaat yang boleh diperoleh daripadanya yang semestinya dapat membantu kita di kemudian hari. Bak kata pepatah, ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’.
Di Facebook, Nurul Shahida telah berkongsikan caranya menabung selama lapan bulan. Hasilnya sangat Wow!
Wajib RM1 sehari .. Kalau ade lebih sy masukkan lebih
584keping – RM584
Tabung RM5 (parti pas ?)
Ads
Ade je wrna hijau dalam wallet trus masuk tabung , anggap je xbernilai .. Bukan 1 keping shari , simpan time ade je ..
102 keping – RM510
Tabung suka hati
Kalau ade 5,6 keping , wajib la simpan satu atau dua keping .. Klau ade lebih sy masukkan lebih ikop kmampuan masing-ii , jngan ko snggup ikat peruk lak gara2 nk simpan lebih..hihi
Ads
Merah 54 keping – RM540
Oren 46 keping – RM920
Total semua – RM1460
Tabung duit syiling
Yang ni jenuh nak kira ?? .. Tiap kli nak penuh ada je ko p tukar kedai ikan la , kdai runcit la bila nak penuh ..huhu total rm200 lebih dah p tukar .. Tinggal hak ni je dapat la RM51.70 ?
Apabila bercakap tentang berpuasa pada bulan Ramadan, adalah penting untuk menyediakan makanan yang cepat dan mudah. Tak ada idea menu masakan? Jangan risau, kami akan berkongsi dengan anda satu resepi yang mudah untuk di cuba di rumah.
Hidangan terung goreng berlada sesuai untuk anda kerana ia mempunyai banyak rasa pedas lada, yang sangat sesuai dimakan dengan nasi putih yang panas.
Anda memerlukan bahan-bahan yang mudah untuk membuatnya, jadi ia adalah pilihan yang bagus apabila anda kekurangan masa. Jom mari kita lihat resepi nya.
Kalau nak lebih sedap, korang boleh cuba beberapa tips ini lebihkan gula pada sambal yang anda tumis, terung yang anda belah tadi perlu digoreng dalam minyak panas yang banyak, dan elakkan masak terung dengan banyak dalam satu satu masa untuk mengelakkan terung yang dimasak tidak sekata dan warna yang tidak cantik.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon yang cantik manis iaitu Daiyan Trisha. Baru-baru ini, Daiyan telah menghadiri acara konvokesyennya dan lebih menarik, dia berjaya mendapat anugerah dekan bagi pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik. Hebat sungguh Daiyan!
Gadis yang baru muncul dengan lagu Langit ini juga sempat menuis coretan kisahnya mengenai bagaimana dia mampu meraih anugerah dekan untuk setiap semester dan pada masa yang sama sibuk dengan jadualnya sebagai anak seni. Ternyata ianya tidaklah semudah yang disangka.
Graduan BBA secara rasmi! Sebenarnya saya telah habis belajar setahun yang lalu tapi tidak mengapa saya mahu kongsikan kisah perjalanan saya bersama anda. Jika anda mengikuti perkembangan saya sejak dahulu, pasti anda tahu serba sedikit mengenai cerita yang telah saya kongsikan.
Terpaksa skip kelas sebulan (dengan keizinan pensyarah) kerana terlibat dengan penggambaran filem Busker. Pada waktu itu, saya menyiapkan segala assignment pada waktu malam selepas tamatnya shooting. Pada waktu yang sama, menjalani latihan industri di Levi’s dan menjadi duta bagi jenama tersebut.
Saya mengambil 6-7 subjek dalam satu semester kerana mahu habiskan pengajian dengan cepat. Sememangnya waktu malam saya digunakan untuk belajar selepas habisnya shooting pada hari sebelumnya. Selain itu saya juga menguruskan bisnes kosmetik saya.
Tertidur dalam kelas kerana jet-lag selepas pulang daripada tuntutan kerja dan sebagainya. Banyak kali juga saya rasa lemah semangat. Ini sememangnya gila! Walau bagaimanapun, saya tetap bersemangat untuk mengutip seberapa banyak A’s dan mahu cemerlang dalam setiap subjek yang saya ambil.
Datang lambat ke kelas pun dengan muka tak malunya duduk di barisan hadapan supaya saya dapat fokus. Alhamdulillah saya berjaya mendapat anugerah dekan untuk setiap semester.
Ada beberapa fakta menarik: Sepanjang 4 tahun pertama karier saya, saya sebenarnya merupakan pelajar sepenuh masa diploma dan juga ijazah sarjana muda. Saya rasa jika anda betul-betul komited bagi mencapai matlamat anda, tiada apa yang boleh menghalang anda daripada melakukannya. Dan jika anda bertanya mengapa saya melakukannya, saya juga keliru untuk menjawab sebenarnya. Tetapi, jika kita boleh berpatah balik ke masa lalu, saya tetap akan melakukan perkara yang sama.
Buat mana-mana gadis yang rasa hendak mengalah kerana stress dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar, usah bersedih lagi. Jadikan kisah Daiyan ini sebagai perangsang untuk maju ke hadapan. U can do it girl!
Apabila keperluan bahan basah sudah ada di dapur sudah tentulah kerja-kerja memasak menjadi mudah. Walau bagaimanapun mungkin ada di kalangan kita mengalami masalah untuk menyimpan stok bahan-bahan basah.
Antara masalah yang sering dialami ialah bahan basah berbau hanyir dan tidak fresh. Keadaan ini sudah tentu membantutkan mood untuk memasak.
Berikut perkongsian Dynie Khainudin tentang cara-cara untuk menyimpan stok bahan basah agar kekal fresh dan tidak berbau hanyir.
Hari merestock barang basah ditemani abam bo. Hehee, cukuplah stok untuk seminggu ni.
Rahsia nak kekal segar lauk basah misss taruk lemon dan perah limau skett. Sebab nak elak lauk bauu hanyir bila di masak.
Ni je bahan yang diperlukan oleh mak suri supaya lauk basah kita sentiasa #FRESH dan wangi bak baru beli di pasar.
Korang kalau banyak gini tahan bape lamaa agak-agak😁
Note: Selain dari seorang suri bisnes yang sedang membangun ekonomi mak suri, miss juga Leader Team Bungaa, juga seorang chef multi-tasking di rumah untuk keluarga tersayang.
Moga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Apa yang penting ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cuba beli stok bahan basah untuk keperluan seminggu. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kekerapan keluar membeli barang-barang basah untuk dimasak. #stayathome #jomdudukrumah
Selendang atas kepala di majlis kahwin jadi perbincangan hangat apabila gaya tetamu dikatakan boleh menenggelamkan seri pengantin. Ini adab yang wajar dijaga.