Khabar baik di kongsi oleh Datin Rebecca tentang dia yang sedang hamil anak ke-6. Berita baik ini turut di kongsi olehnya melalui ruangan Instagram miliknya untuk ahli keluarganya serta orang ramai.
Gemar di sapa sebagai Becca, telah memuat naik beberapa keping gambar di sosial media. Ramai yang puji dia kelihatan anggun dan ayu di samping memegang ‘baby bump‘.
Hamil anak ke-6 tetapi ada cerita sebaliknya
Datin Rebecca Nur Al-Islam binti Ahmad atau Becca membuat satu perkongsian baru-baru ini menyatakan dia sedang hamil anak ke-6 dan hampir dua bulan kandungannya itu. Posting Becca di Instagram yang ayu sambil memegan ‘baby bump‘ itu telah menjadi perhatian orang ramai.
View this post on Instagram
A post shared by ❤️AllahSwt❤️Still Study👩🏻🎓+ BusinessWoman (@rebeccanuralislamahmad)
Namun, kegembiraannya terhenti apabila suatu berita yang tidak menyenangkan diterima olehnya berkenaan kandungan yang dia miliki. Sukar untuk dia gambarkan keadaan itu tambahan pula kandungan itu hanya 2 bulan.
Temubual Datin Rebecca bersama Harian Metro menyatakan cabaran yang dia perlu tempuhi sewaktu hamil anak keenam. Becca, 36, turut berkata bahawa kelima-lima anaknya sebelum ini di lahirkan melalui proses pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tunggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.
“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean. Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.
Artikel berkaitan: Disahkan Hamil Anak Kedua Ketika Positif Covid-19, Jihan Dijangka Bersalin September Depan!
Situasi yang di hadapinya sekarang membuatkan Becca bergelumang dalam dilema. Tidak juga Becca, namun, ramai juga yang boleh rasakan kegusaran sebagai seorang ibu yang sedang hamil terpaksa tempuhi perkara ini.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,
“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira.
“Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” ujarnya lagi.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Norazam Sulaiman. Selepas mendirikan rumah tangga bersama, mereka di kurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana. Kami dari Hijabista ingin mendoakan supaya Datin Rebecca dan keluarga di permudahkan segala urusan.
Sumber info: Harian Metro
Artikel berkaitan: “Bayinya Nanti ‘Strong’ Macam Maknya”- Tetap Aktif Walaupun Hamil, Netizen Terpegun Tonton Video Senaman Uyaina!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Si Cilik ‘Berhati Besar’ Bangga & Tak Malu Peragakan Uniform MPTI Ayah, Buat Netizen Tersentuh
Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia. Hari kanak-kanak bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping memberi kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.
Bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak ini, kebanyakan sekolah di Malaysia akan melakukan pelbagai acara termasuklah memberi fokus terhadap tema kerjaya. Pada hari tersebut, pelajar akan berpakaian bersesuaian mengikut kerjaya dan cita-cita masing-masing seperti polis, doktor, cikgu, peguam, chef dan lain-lain. Namun, berbeza kisahnya buat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun ini.
Bangga dengan pekerjaan ayah
Auni, meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Walaupun disuruh oleh bapanya untuk memilih pakaian seragam atau uniform lain, anaknya itu tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan. Kisahnya mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.
@md_anuar Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia
Memetik laporan dari Harian Metro, ibu Auni, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anaknya memilih pakaian itu kerana menghargai pekerjaan suaminya walaupun cita-cita si cilik itu mahu menjadi seorang chef.
“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya.
“Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.
“Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta ‘pengepit’ dan plastik sampah untuk dia gayakan di atas pentas,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan pernah mengikut bapanya, Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam sebelum ini. Pada awalnya menurut Nor Fadilah, dia serta suaminya meminta anak bongsu itu memilih kerjaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.
“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah’.
Dalam pada itu, wanita berusia 39 tahun mengatakan anaknya sangat teruja untuk bersiap ke sekolah dan gembira walaupun cuma mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan berkenaan.
“Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tak sedih langsung, malah berasa gembira,” katanya.
Artikel Berkaitan: Hijabi Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah, Buat Netizen Sebak
Bapa luah rasa terharu
Sementara itu, Anuar meluahkan rasa terharu dengan reaksi anaknya serta sangat bersyukur apabila Auni dan dua lagi anaknya memahami kehidupan sederhana mereka.
“Saya seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya.
“Itu antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.
“Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.” ujarnya.
“Semoga kaya berjaya dunia akhirat adik!”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat kanak-kanak tersebut serta memuji didikan orang tuanya. Video tersebut kini meraih lebih 601.6K tontonan serta 72.2K kesukaan.
“Ya allah. Apa nikmat telah aku dustakan dalam hidup sebelum dan sekarang ini. Terima kasih abg. Untuk video ini. Abg terbaik dalam mendidik anak”
“Terus rasa sebak tgk video ni..semoga satu masa menjadi kebanggaan mak ngn ayah ye dik..”
“Semoga awak membesar dengan penuh rasa bangga terhadap kedua org tua awak ye dik. semoga menjadi anak solehah baik akhlak dan berbakti pd org tua.”
“Alhamdulillah…terbaik…seorg ank yg mnghrgai pkerjaan ayahnye.. InshaAllah moga terus membesar mnjadi ank yg solehah yg bnyk berjasa pada org tuanye”
Artikel Berkaitan: Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
MasyaAllah, walaupun si cilik ini masih kecil, tapi dia mempunyai hati yang sangat besar. Hijabista turut mendoakan semoga terus menjadi anak solehah, serta menjadi penyejuk mata penawar hati buat kedua orang tua.
Sumber: Harian Metro dan Tiktok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cadangan Sleeping Mask Terbaik 2020 Untuk Newbies. Ini Cara Pilih Yang Betul!
Masker wajah merupakan salah satu dari rangkaian skin care yang sudah sejak lama dipercayai dapat memberikan banyak manfaat. Selain efektif meningkatkan performa kulit wajah, masker wajah juga dapat menjadi solusi untuk mengatasi pelbagai masalah kulit wajah.
Ketika tidur di malam hari, kulit wajah akan meregenerasi sel kulit yang rosak akibat sinar UV, polusi, kepenatan, dan lain-lain. Untuk itu, kulit wajah memerlukan nutrisi ekstra. Salah satu cara mendapatkannya adalah dengan menggunakan sleeping mask. Belakangan ini penggunaan sleeping mask semakin popular, kerana penggunaan mask ini boleh dibawa sehingga terlena.
Sejumlah sleeping mask hadir di pasaran dengan menawarkan pelbagai solusi untuk masalah kulit anda. Senarai sleeping mask yang dikongsi oleh beauty box hijabista, adalah cadangan terbaik untuk hijabi mencubanya, Jom baca artikel ini sampai habis, ya!
Apa itu sleeping mask?
Sesuai dengan namanya, sleeping mask termasuk ke dalam jenis masker wajah yang khusus digunakan ketika tidur di malam hari. Fungsi utama dari sleeping mask antara lain untuk menutrisi dan membantu proses regenerasi kulit ketika tidur. Lambakan sleeping mask yang menawarkan pelbagai solusi untuk permasalahan kulit wajah seperti mengatasi jerawat atau menyahkan penuaan.
Berbeza dengan krim malam, biasanya sleeping mask tidak diaplikasikan setiap hari. Penggunaan sleeping mask juga boleh digabungkan dengan jenis skin care lainnya seperti krim malam atau serum wajah. Ciri khas dari sleeping mask yang mudah meresap di kulit dapat mengunci dan memaksimakan manfaat skin care yang anda aplikasikan sebelumnya. Jadi, dalam rangkaian perawatan wajah di malam hari, sleeping mask berada di urutan terakhir.
Cara memilih sleeping mask
Pelbagai jenama sleeping mask yang dijual di pasaran. Masing-masing produk tentunya memiliki keunggulannya tersendiri. Meskipun demikian, ada poin-poin yang perlu Anda perhatikan saat memilihnya. Jom teliti baik-baik!
Pilih produk dengan kandungan yang dapat menutrisi kulit
Ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses regenerasi dengan cara membentuk sel baru dan memperbaiki sel yang rosak. Waktu terjadinya regenerasi sel ini berada di antara pukul sepuluh malam hingga pukul dua pagi. Agar proses regenerasi kulit tersebut lebih optima, diperlukan nutrisi untuk menyokong proses ini. Oleh kerana itu, penting untuk memilih sleeping mask yang dapat menutrisi kulit anda secara maksima.
Untuk dapat menutrisi kulit wajah di malam hari, pilih sleeping mask yang mengandung vitamin atau ekstrak tanaman. Bermacam-macam kandungan, seperti vitamin C, Aloe vera, ekstrak green tea, serta collagen merupakan contoh kandungan aktif pada sleeping mask yang efektif menutrisi kulit wajah.
Pilih berdasarkan masalah kulit wajah
Setiap orang tentunya memiliki masalah kulit wajah yang berbeza-beza. Anda disarankan memilih sleeping mask yang dapat memberikan solusi bagi permasalahan kulit wajah yang anda hadapi.
Untuk kulit kering dan sering mengelupas, pilih yang mengandungi bahan pelembap
Jenis kulit yang kering biasanya disebabkan kurangnya produksi sebum. Tekstur yang kering, membuat jenis kulit ini cenderung sensitif dan rentan mengsemulajadi iritasi. Akibatnya, kulit menjadi mudah kemerahan, bahkan hingga mengelupas. Apabila anda memiliki jenis kulit seperti ini, sebaiknya pilih sleeping mask dengan kandungan pelembap.
Produk sleeping mask yang memiliki fungsi melembapkan biasanya mengandung glycerin, hyaluronic acid, atau sodium hyaluronic. Selain itu, produk dengan kandungan Aloe vera juga baik untuk melembapkan kulit sekaligus meredakan iritasi dan kemerahan di kulit.
Untuk kulit berminyak dan berjerawat, pilih yang mengandung anti-acne
Kulit berminyak umumnya memiliki produksi sebum yang berlebih. Masalah yang sering muncul pada jenis kulit ini adalah jerawat dan blackhead. Anda sangat disarankan untuk memilih sleeping mask yang mengandung bahan anti-acne. Selain itu, penting juga untuk memilih produk yang dapat mengawal produksi minyak di wajah.
Jenis kandungan yang efektif untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat antara lain adalah green tea extract atau tea tree oil. Kandungan tersebut sudah sangat terkenal dapat membantumengawal produksi minyak di wajah. Selain itu, kedua kandungan tersebut juga bermanfaat mengurangi jerawat dan meredakan jerawat yang meradang.
Untuk kulit kusam dan warna kulit tidak sekata, pilih yang mengandungi bahan pemutih
Cahaya matahari mengandung sinar UV yang dapat menimbulkan pigmentasi di kulit wajah. Akibatnya, kulit wajah akan menjadi gelap dan terlihat kusam. Efek negatif dari sinar UV ini juga dapat membuat warna kulit wajah tidak sekata. Sebaiknya pilihlah sleeping mask yang dapat mencegah pembentukan pigmentasi di kulit.
Jenis sleeping mask yang dapat mencegah pigmentasi kulit biasanya mengandung bahan whitening. Bahan ini dapat bekerja aktif untuk mencegah pigmentasi kulit sekaligus mencerahkan wajah. Bahan whitening yang popular dan terkenal kuat antaranya adalah vitamin C dan ekstrak yam bean (bengkoang).
Pilih yang mengandung anti-aging untuk mencegah tanda-tanda penuaan awal
Apabila di wajah mulai muncul garis-garis halus, flek, atau bintik-bintik hitam, boleh jadi itu adalah tanda-tanda penuaan awal. Untuk itu, anda disarankan memilih sleeping mask yang memiliki kandungan anti-aging. Bahan anti-aging seperti collagen dan ekstrak spirulina dapat membantu memperbaiki jaringan kulit dan pembentukan sel baru. Kandungan anti-aging tersebut juga baik untuk melindungi dan meningkatkan daya tahan kulit dari munculnya tanda-tanda penuaan dini.
Pilih yang teksturnya selesa di kulit agar tidak mengganggu tidur
Penting juga untuk memikirkan segi keselesaan saat dipakai. Jangan sampai sleeping mask yang anda gunakan mengganggu tidur. Oleh kerana itu, sebaiknya pilih sleeping mask yang teksturnya ringan dan tidak leket. Anda juga boleh memilih produk dengan kandungan yang menenangkan dan memberikan efek relaksasi sehingga dapat meningkatkan kualiti tidur anda.
10 Cadangan sleeping mask terbaik
Berikut ini kami akan membahas sepuluh cadangan sleeping mask terbaik yang telah kami pilih berdasarkan jenama dan harga yang berseuaian dengan semua jenis kulit.
1. Pixy White Aqua Brightening Sleeping Mask
Mencegah munculnya noda dan bintik hitam di wajah
Kandungan peony extract pada produk ini efektif mencegah pembentukan melanin penyebab noda dan bintik hitam di wajah. Selain itu, perpaduan yam beam extract dan vitamin C di dalamnya juga mampu menyamarkan noda dan bintik hitam di wajah. Kulit anda akan kelihatan cerah, efek dari kandungan Vitamin C di dalamnya.
Ditambah lagi, kandungannya berkhasiat mengembalikan kelembapan semulajadi kulit sehingga wajah akan tampak lebih segar. Dengan produk ini, anda akan bebas dari pelbagai masalah yang dapat mengganggu penampilan wajah!
2. Dr. Jart+ Night Repair Sleeping Mask
Face mask untuk kulit sensitif – kurangkan iritasi pada kulit
Produk ini memberi pembaikan dan penjanaan semula dengan kesan penyembuhan yang luar biasa melalui ujian klinikal. Terbukti bahawa produk ini berkesan untuk meningkatkan lembapan, keanjalan, menyerikan dan sekatakan tona kulit. Tingkatkan pembaikan sel-sel yang rosak dalam kulit dan mengembalikan kulit kasar menjadi sihat dan lembut.
Face mask ini mampu menghidrat kulit kering sebaik sahaja diaplikasi pada kulit. Sesuai digunakan oleh kulit yang sensistif kerana ia mengurangkan kesan iritasi pada kulit.
3. Complete Night Yoghurt Sleeping Mask
Kulit wajah lebih cerah dan bebas kusam
Pigmentasi di kulit wajah dapat terjadi akibat pengaruh sinar UV. Akibatnya kulit wajah akan terlihat gelap dan kusam. Apabila anda sedang mengsemulajadi masalah tersebut, produk ini dapat menjadi solusi terbaik untuk anda. Mengandung vitamin C dari ekstrak lemon, produk ini mampu mencerahkan kulit wajah dengan baik.
Selain itu, produk ini juga diperkaya dengan kandungan yoghurt yang akan menutrisi kulit wajah saat anda tidur. Teksturnya juga sangat ringan dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Ditambah dengan kemampuannya mengangkat sel kulit mati, produk ini makin efektif membuat kulit wajah tampak lebih cerah.
4. Bio aqua Kiwi fruit Snail Tender Skin
Efektif mengawal produksi minyak di wajah
Produksi minyak di wajah yang tidak seimbang dapat membuat kulit wajah menjadi kering atau bahkan terlalu berminyak. Untuk itu, produk ini hadir dengan kandungan kiwi extract yang dapat mengawal sekaligus menyeimbangkan kadar minyak di wajah anda.
Bagi anda yang menginginkan kulit yang halus, produk ini juga layak untuk dicuba. Kandungan snail secretion filtrate dan glycerin di dalamnya bermanfaat untuk memperbaiki tekstur serta melembapkan wajah. Kulit wajah akan terasa lebih halus dan tegang.
5. InnisfreeJeju Orchid Sleeping Mask
Tampil lebih awet muda dan sihat dari anggerik Jeju!
Kulit tegang dan sihat tentunya menjadi dambaan setiap wanita. Salah satu cara mendapatkannya adalah dengan menggunakan produk dari Innisfree ini. Komposisi anggrek Jeju dan campuran lainnya yang sudah diteliti bertahun-tahun boleh membuat anda awet muda dengan kulit sihat dan kencang. Produk ini dapat menghambat proses penuaan kulit Anda.
Selain anggrek Jeju, di dalam produk ini terdapat juga campuran kacang hijau, lavender oil, dan hyaluronic acid yang khasiatnya baik untuk kulit wajah. Tidak hanya sekadar awet muda, kelembapan kulit dan keanjalan kulit anda akan terjaga dengan baik. Gunakan sleeping mask ini saat tidur dan rasakan manfaatnya saat anda membuka mata keesokan paginya!
6. Laneige Water Sleeping Mask
Kemampuan detoksifikasinya menghasilkan sel-sel baru
Tidak hanya sekadar menutrisi, produk ini juga mampu mendetoksifikasi kulit. Bekerja dengan cara memurnikan dan menormalkan kulit wajah, formula Sleep-tox™ produk ini dapat mengembalikan vitalitas kulit. Dengan kemampuan detoksifikasi produk ini, anda tidak perlu khuwatir lagi akan efek buruk dari percemaran dan bahan kimia dari sisa makeup.
Disokong juga dengan kandungan Sleepscent™, produk ini mampu memberikan efek relaksasi yang membuat kulit dapat beristirahat dengan baik dan meningkatkan kualiti tidur anda. Kesan pelbagai kandungan aktifnya, kulit wajah anda akan terlihat lebih muda. Formulanya juga sangat ringan sehingga nyaman digunakan sepanjang malam.
7. Innisfree Green Tea Sleeping Mask
Ekstrak green tea menjamin kesimbangan pH kulit
Agar terhindar dari masalah kulit wajah, penting untuk menjaga kadar pH di kulit wajah anda. Dengan kandungan enzim dari ekstrak green tea, produk ini berperanan aktif menyeimbangkan kadar pH kulit wajah. Hasilnya, kulit wajah akan menjadi lebih sihat, elastis, dan bercahaya.
Bagi anda yang memiliki masalah jerawat, produk ini juga dapat menjadi pilihan yang tepat. Ekstrak green tea pada produk ini kuat melawan jerawat dan membantu memudarkan bekasnya. Diperkaya juga dengan enam belas jenis amino acid, produk ini dapat menjaga kelembapan kulit dan membuat wajah terlihat lebih cerah.
8. Drunk Elephant F-Balm Electrolyte Water facial Mask
Kebaikan Vitamin F bekerja di malam hari
Seperti halnya elektrolit dalam minuman membantu memulihkan tubuh Anda, elektrolit dalam formula ini membawa kulit Anda kembali ke keadaan yang lebih terhidrasi dan anjal. Bantuan bahan penghalang ceramides, asam lemak omega, dan antioksidan yang kuat menrenjinasi kulit.
Kesan penyejukan pada permukaan muka, anda akan terasa kulit nyaman dan lembut ketika bangun di pagi hari. Memperbaiki permukaan kulit yang terhidrasi dan kulit tidak sekata.
9. Belif Aqua Bomb Sleeping Mask
Kulit glowing usai bangun pagi
Masker tidur inovatif dari puding jelly ini mengisi dan menghidupkan kembali kulit kering yang kusam dengan hidrasi eksplosif untuk muka bercahaya.
Formula ‘memori’ yang unik ini dan membungkus kontur kulit dengan lapisan hidrasi yang menyegarkan. Terlahir dari DNA pelembab, sleeeping mask ini meremajakan dan mengisi kembali kulit yang kusam, kering, dan lelah dengan hidrasi eksplosif untuk kulit yang lebih halus, lebih anjal, dan cahaya sihat. Dipenuhi dengan ramuan ultra-menghidrasi seperti kulit heather Skotlandia yang menenangkan dan mantel wanita, formulanya ringan dan menyerap dengan cepat untuk hidrasi bebas kedutan. Produk ini telah teruji oleh pakar kulit dan bebas minyak mineral, petrolatum, pengawet sintetis, pewarna, pewangi, dan bahan-bahan asal haiwan.
10. FreshBlack Tea Firming Overnight Mask
Khasiat ekstrak teh Kombucha menghalang radikal bebas
Rawatan kelembutan yang sangat melembapkan yang kelihatannya firma dan mengubah warna kulit supaya dapat mencapai penampilan yang lebih teguh pada waktu pagi. Fresh black tea firming overnight mask adalah rawatan pelembab yang sangat mengagumkan yang mengangkat malam anda ke tahap yang lebih tinggi.
Kombucha (ekstrak teh hitam), ekstrak daun blackberry, dan ekstrak biji lychee terbukti menghalang merosakkan radikal bebas dan membantu meningkatkan keanjalan kulit. Sleeping mask juga mempunyai ekstrak belle de nuit untuk melegakan dan mengimbangi kulit, peptida untuk membantu menguatkan kulit dan menampakkan tanda-tanda graviti, dan asid hyaluronik untuk menarik dan mengekalkan kelembapan untuk meningkatkan kelembutan.
Penggunaan sleeping mask di malam hari memang dapat membawa banyak manfaat untuk kulit wajah. Namun, agar kulit wajah selalu sihat, penting juga untuk menggunakan tabir suria di pagi hari untuk mengurangi kesan buruk sinar UV. Jangan lupa juga untuk selalu rajin membersihkan wajah anda setiap hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Niat Asal Mahu Tutup Rambut Rosak, Mila Jirin Syukur Allah Beri ‘Hidayah’ Kini Dah 9 Tahun Istiqamah Berhijab!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengenang kembali saat pertama kali hatinya terdetik untuk mengenakan hijab lebih kurang sembilan tahun yang lalu.
Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, pada peringkat awal, niatnya untuk berhijab hanyalah sekadar untuk menutup rambutnya yang rosak.
Mila Tak Sangka, Niat Tutup Rambut Rosak Bertukar Jadi ‘Hidayah’
Namun, dia sendiri tidak menyangka alasan tersebut juga yang menjadi asbab dia ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.
“Pada 2014, saya ingat lagi waktu itu yang rambut saya rosak teruk kerana kerakusan saya sendiri. Nak buat macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagilah. Padan muka.
“Selepas itu, terdetik di hati saya untuk bertudung. Walaupun pada mulanya bertudung itu hanya kerana nak menutup rambut yang rosak tapi saya bersyukur kerana itu menjadi asbab saya bertudung.
Artikel berkaitan: Hidayah Dari Allah Untuk Berubah Lebih Baik, Mila Jirin Bertudung Labuh Menutup Dada
“Alhamdulillah, Allah tidak membolakbalikkan hati saya. Walaupun pada awalnya niat itu tidak betul, alhamdulillah Allah betulkan juga niat tu dan saya dapat bertudung serta menutup aurat.
“Nak cakap fasal tak tahu, sebenarnya memang dah tahu dah pun. Cuma buat-buat tak tahu pada waktu itu,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu menerusi sebuah hataran video di laman Instagram miliknya.
Kita Semua Tak Sempurna, Moga Mereka Kembali Istiqamah
Video tersebut dikongsikan sebagai respon ekoran ramai rakan selebriti yang kini sedang diuji hingga memutuskan untuk tidak lagi mengenakan hijab. Mila turut menitipkan doa agar hati rakan-rakanya dijentik Allah untuk kembali istiqomah.
“Moga Allah tidak membolakbalikkan hatinya, memberikan hidayah dan bimbingnya ke arah kebaikkan. Kita semua ini tidak sempurna dan banyak dosa.
“Cuma tanggungjawab kita untuk menegur, kita sudah laksanakan. Tinggal doakan yang baik-baik je InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mila Jirin
Artikel Berkaitan: ‘Non, Please Kuat! Lawan Anasir-Anasir Yang Tak Baik’- Mila Jirin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI