Kita makan macan-macam makanan setiap hari. Selalunya kita banyak makan makanan yang tidak seimbang dan ini tentunya akan memberikan risiko peningkatan berat badan selain pelbagai jenis penyakit. Supaya badan tak lesu, perut tak buncit dan tiada lagi lemak sana-sini, buatlah detoks!
Oleh itu, kita disarankan untuk detoks. Tujuannya ialah untuk menghilangkan toksin daripada tubuh. Tahukah anda bahawa lemak terbentuk adalah salah satu contoh toksin dalam badan.
Jika kita tidak melakukan detoks, ia akan serang perut dahulu. Memboroi. Diikuti dengan bahagian belakang. Hunchback. Selepas itu bahagian lengan dengan dagu.
Maka, bergelimpanganlah kawah berbentuk busut pada muka. Ada sesetengah pada belakang badan. Atau pada bahagian kulit kepala. Bintil merah. Bila kupas jerawat rupanya. Menunggu masa meletup. Kemudian tinggalkan parut. Kulit tidak anjal. Kendur dan kering. Masalah bertapak dalam usus. Toksin berlegar-legar.
Tak perlu suplemen
Perut kerap rasa tak selesa. Kembung. Sekali ‘melepas’. Paling padu yang tak berbunyi. Itu bahaya. Memang ‘aniaya’ orang sekeliling. Melepas pula bukan sekali dua.
Dalaman tak sihat akan refleksi luaran tak sihat. Toksin adalah bom jangka dalam tubuh. Jadi kita perlu buang toksin. Tak perlu suplemen yang overclaimed itu. Apa yang diletaknya dalam itu. Guna sahaja sumber semula jadi. ‘Founder’ Sang Pencipta. Tak perlu was-was.
Pegaga ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan. Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
Selain dijadikan ulam sebagai pembuka selera, pegaga juga boleh dijadikan jus. Amalan meminum jus pegaga dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda. Ini kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. I
Amalan memakan pegaga membantu menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi. Bagi mereka yang tidak gemar makan pegaga, ada cara lain yang membolehkan anda menikmati pegaga.
Berikut perkongsian Cik Puan Angelina Joyah via Masak Apa Hari Ini
Resepi kerepek pegaga. Sesuai untuk kudapan sambil menonton televisyen di hujung minggu. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak dan penyediaannya juga amat mudah.
1. Pilih pegaga yang segar bugar …molek je…ni iols beli dah siap ikat begini…dah boleh buat bunga tangan engko…letak kat bilik pantri, agak-agak kebulur tengah malam boleh la kunyah-kunyah. Balik kang ko basuh bersih.. Pastu ko nak gunting ke…cincang ke ..ikut sukati nak buat rupa mana….
.
2.Ha….ni tepung bestari pedas yang dah campur tepung gandum…aku buat skali banyak…1kg tepung bestari campur ngan 1.3kg tepung gandum…sukatan ni tuk 1kg+ pegaga…engko kalo nak buat sikit jangan ikut sukatan ni…pepandai korang ler…ikut sukatan cawan pon boleh…takkan la rumah engko takde cawan kan…??1cawan tepung bestari +1⅓ cawan tepung gandum…kalo nak pedas takyah campur tepung gandum.
.
3. Ha…..tepung bestari yang dah campur tepung gandum tu engko campur ngan air…buat la bancuhan tu macam bancuhan tepung goreng pisang tu…kemudian ko masukkan pegaga yg dah cuci tadi dalam ni…ko gaul la…
AWAS…!!!!
Tepung ni pedas…
Jangan ko rendam tangan ko lama² dalam tu..nanti tangan ko pijo…panas…aku dah kena..tobat engko….pakai la sarung tangan plastik yg nipis tu…jangan ambik sarung tangan bapak ko gi kebun tu…naya oiii…
.
4. Dalam bekas lain tu kau letak tepung yg kering kat dasar besen ke…periuk ke ape…sukati ko…kalo ko pakai baldi,letak la tepung tu dalam baldi…haaa….pastu ko letak la pegaga yg dah celup tepung tu atas tepung kering ni..
.
5. Ok…..lepas tu engko tabur lagi tepung atas pegaga tadi tu…..kalo ko tak tabur camni nanti pegaga tu melekat..dah satu hal ko nak ceraikan dia….aku tak rajin nak ceraikan satu²…makanya aku tabur tepung begini atasnye…jangan tanye kenapa aku tak rajin…
.
6. Haa….tadi tu aku guna periuk…
Lepas ko dah tabur tepung tadi tu ko tutup la bekas tu kemudian ko goncang-goncang sambil menari ke ape kan….periuk ni berat,tak larat aku nak menari bagai..kang mak aku kata tebiat pulak..
.
7. Bila kau dah penat goncang….ia akan jadi begini…tadaaaaaa…..
Cantik uols…tak melekat..magic kan..?? Bahagia dowh bila dia macam ni….engko tak payah fikir nak ceraikan mereka…
Tak rasa bersalah ke buat mereka bercerai.
.
8. Dah bercerai tu engko goreng la mereka..
Nampak…??
Elok je kan tak melekat…??
Minyak kena panas . …takyah la aku ajo minyak panas tu cemana…engko celup la jari tu nak tau panas ke idok…
Harap jangan pembaris sangat…
Pesan aku kalo nak up gambo pastikan kuali kilat…ada makcik anti kuali hitam.
.
9. Bila dah nak garing camni cepat² kecikkan api…jangan tinggal pulak…nak gayut ngan bf ke ape tunggu settle semua ni…jangan gelabah sangat..orang lain pon bercinta jugak…anak nak susu ke ape,suruh laki engko buat kejap…
Ko kena rajin balik² kan pegaga ni jangan sampai hangit…bila dah yakin kering tu ko dah boleh angkat….nak tau cemana dah kering tu bila buih² dah kurang.
.
10. Yeahhhhhhh….jeng..jeng…jeng…
Dah siap ko…!!!
Boleh la ko bagi kat jiran²….
Ko bagi kat kawan ofis…bagi anak ko…bagi kat mertua..soh laki ko bawak gi kerja.. Kot la orang puji ko melambung ke kan….
Bangga….??
Tipu la kalo tak bangga.
.
Boleh cuba buat di rumah. Mudah dan cepat untuk disediakan. Yang penting sudah tentu kudapan ini tiada bahan pengawet.
Sumber kredit: Cik Puan Angelina Joyah via Masak Apa Hari Ini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi lelaki, senaman malam menawarkan lebih banyak manfaat. Bagi wanita, jawapannya berbeza-beza, bergantung kepada sama ada matlamatnya adalah untuk membakar lemak atau membina otot.
Tidak ada masa yang salah untuk bersenam, tetapi mungkin ada masa yang lebih tepat daripada yang lain. Masa terbaik dalam sehari untuk bersenam boleh bergantung pada jantina anda dan juga sama ada ngin membakar lemak atau menjadi lebih kuat.
Menurut kajian, ia mendapati bahawa, bagi wanita, senaman pagi mengurangkan lemak perut dan meningkatkan tekanan darah lebih baik daripada latihan lewat hari. Bagi lelaki, senaman petang membawa kepada pembakaran lemak yang lebih besar dan kawalan tekanan darah yang lebih baik. Senaman malam juga menguatkan faedah latihan kekuatan, tetapi lebih-lebih lagi untuk wanita.
Kajian tentang masa senaman adalah sebahagian daripada sains kronobiologi yang sedang berkembang, yang memfokuskan pada cara jam dalaman mempengaruhi hampir setiap aspek fisiologi kita.
Kajian manusia tentang masa senaman lebih bercanggah. Sesetengah individu menunjukkan membakar lemak tambahan dan menurunkan lebih banyak berat badan dengan bersenam lebih awal, terutamanya sebelum sarapan pagi, sementara yang lain mencadangkan kita mendapat manfaat kesihatan yang lebih besar daripada senaman petang atau malam.
Para penyelidik menguji kesihatan, kekuatan dan kecergasan sukarelawan, secara rawak membahagikan mereka kepada dua kumpulan, dengan bilangan lelaki dan wanita yang sama. Satu kumpulan diminta bersenam empat kali seminggu pada waktu pagi, antara 6 pagi dan 8 pagi.
Kumpulan yang lain diarahkan bersenam pada waktu malam, antara 6:30 dan 8:30 malam. Setiap kumpulan mengambil bahagian dalam senaman yang sama. Sekali seminggu, mereka mengangkat beban. Keesokan harinya, mereka melakukan kira-kira 35 minit latihan seperti berlari, berenang atau berbasikal selama kira-kira seminit, berehat dan mengulanginya. Pada hari lain, mereka melakukan yoga atau Pilates. Mereka mengakhiri minggu dengan kira-kira sejam berlari, berbasikal atau senaman aerobik lain.
Kumpulan mengekalkan rutin ini selama 12 minggu, kemudian kembali ke makmal untuk ujian semula. Semua orang dalam kajian itu lebih kurus, lebih pantas, lebih cergas, lebih kuat, lebih sihat dan lebih fleksibel, sama ada mereka bersenam awal atau lewat.
PEREMPUAN
Bagi wanita, lemak dibakar lebih baik pada waktu pagi. Wanita yang bersenam awal menurunkan, secara purata, kira-kira 3 peratus lebih jumlah lemak badan daripada yang bersenam malam, dengan banyak kehilangan datang dari pinggang mereka. Mereka yang bersenam pagi membuang kira-kira 7 peratus lebih banyak lemak perut daripada wanita yang bersenam pada waktu petang. Tiada satu pun daripada jumlah berat badan yang turun, kerana otot terbina dengan kehilangan lemak.
Senaman pagi juga menurunkan tekanan darah pada wanita yang bersenam jauh lebih baik daripada senaman yang sama pada waktu petang. Manakala senaman petang oleh wanita, meningkatkan kekuatan otot. Secara keseluruhannya, mereka yang bersenam malam meningkatkan kekuatan bahagian atas badan mereka sebanyak 7 peratus lebih daripada kumpulan pagi dan mereka juga melakukan lebih banyak sit-up dan tekan tubi.
LELAKI
Senaman malam adalah pemenang yang jelas dari segi kesihatan. Mereka yang bersenam pada waktu petang menurunkan paras kolesterol dengan ketara, manakala yang bersenam pagi, secara mengejutkan, menaikkan sedikit paras kolesterol mereka. Senaman pada waktu petang juga membakar lemak lelaki. Menjelang akhir kajian, badan lelaki yang bersenam malam telah membakar kira-kira 28 peratus lebih banyak lemak semasa latihan berbanding pada mulanya, perubahan yang boleh mendorong kehilangan lemak badan. Pembakaran lemak kumpulan pagi hanya meningkat sedikit.
Walau bagaimanapun, bila-bila adalah masa yang sesuai untuk lelaki meningkatkan kekuatan dan kecergasan mereka. Di kalangan lelaki, senaman pagi dan petang seperti senaman bench press, leg press, sit-up, push-up dan kekuatan terbaik yang lain pada tahap yang sama, sama ada mereka bersenam awal atau lewat.
Maksud kajian ini dari segi praktikal ialah wanita yang mempunyai matlamat kesihatan atau kecergasan tertentu mungkin ingin memperkemaskan masa latihan mereka. Jika anda seorang wanita yang berharap untuk kehilangan beberapa inci di bahagian tengah, pertimbangkan senaman pagi. Jika matlamat anda adalah kekuatan, senaman malam mungkin lebih berkesan.
Bagi lelaki, bersenam awal atau lewat nampaknya setanding dengan kekuatan dan kecergasan, tetapi senaman malam boleh memberi kelebihan istimewa untuk kesihatan. Namun, ia adalah hari awal lagi berkenaan dengan menyediakan preskripsi individu untuk masa yang optimum dalam sehari untuk bersenam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gelang merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberikan penampilan warna lebih menawan. Terdapat banyak jenis atau model unik yang boleh anda jadikan pilihan.
Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan sama ada ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personalitinya.
Berikut Hijabista tergerak untuk berkongsikan beberapa tip untuk Hijabi memilih gelang yang tepat dan sempurna, barulah gaya dan stail vass hingga menjadi sorotan ketika Syawal nanti!
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah dengan melihat ukuran tangan anda terlebih dahulu.
Anda perlu mencuba dahulu gelang tersebut agar ia tampak sepadan dengan bentuk tangan dan personaliti anda. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat.
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup anda. Contohnya, jika aktiviti harian anda lebih santai dan menenangkan, pilihlah gelang yang mempunyai sentuhan feminin seperti gelang bermanik ataupun mutiara.
Jika aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal ataupun kulit nyata cukup sempurna buat anda.
Gelang boleh didapati dalam pelbagai bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut cita rasa tersendiri sama ada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan sebagainya.
Jika anda sukakan gaya mewah, pilihlah gelang emas atau perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk memilih gelang yang berkualiti tinggi agar ia mampu mendapat kepuasan saat anda memakainya. Selain itu, pilihlah harga gelang mengikut kemampuan anda.
Jangan membeli gelang disebabkan trend semata-mata. Apa yang lebih utama agar ia tampak sesuai dan sempurna pada pergelangan tangan anda.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.