Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling saya rindu sekali nak buat semenjak dah bergelar ibu ni sebenarnya adalah solat dengan khusyuk. Meskipun ramai yang kata solat je, biar je anak main sendiri atau menangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Ads
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Netizen Turut ‘Luah Perasaan’ Kongsi Pengalaman Sama Seperti Elfira
HIJABISTA sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan… Solat jemaah lepastu anak panjat basikal, nak panjat belakang daddy dia… Allah khusyuk tu memang mahal.
“Sama la El, sama macam anak saya abang nya lagi pintar, nak solat yang khusyuk mungkin susah tapi cubalah walaupun susah.
Ads
“Try guna slow approach.. Transitional bed dulu.. Meaning si abang ada bed sendiri tapi dalam bilik yang sama dengan ibu bapa.. Bila dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri, baru pean-pelan ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Menyingkirkan solekan pasti bukan bahagian yang paling menggembirakan dari rutin kecantikan anda, terutamanya ketika sudah lewat dan penat. Jika tidak melakukannya kulit wajah anda akan kelihatan matang dari usia.
Cara yang tidak betul akan memberi kesan sampingan pada wajah seperti mengalami penuaan awal usia, jerawat dan kesihatan kulit secara keseluruhan. Untuk lebih memahami bagaimana anda harus menanggalkan solekan dengan betul, lebih baik mengetahui perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan terlebih dahulu.
5 kesalahan ini paling mengerikan yang tidak sepatutnya anda lakukan ketika menyingkirkan solekan di wajah.
Pembersih solekan mata bukan sekadar tipu daya pemasaran, formula ini biasanya lebih berat daripada penghilang solek wajah biasa anda. Walaupun ini adalah perkara yang baik jika anda ingin membuang maskara kalis air yang degil, ia dapat menyumbat liang dan mencetuskan pengelupasan ketika digunakan pada kulit anda di sekitar wajah.
Produk tidak tenggelam dengan baik jika kulitnya dicemari kekotoran dan itu termasuk solekan. Pembersih biasa anda mungkin tidak cukup kuat untuk menghilangkan semua solek di wajah dan anda tidak akan mendapat semua kebaikan kulit yang menghidratkan dalam formula yang anda maksudkan selain mencuci seperti asid hyaluronik, ceramides dan lain-lain. Hasilnya, wajah kering dan rengsa dengan sisa solekan.
Kenapa tidak? Bukankah lagi mudah dan cepat? Tisu pembersih menyebabkan kulit menjadi gatal, ia juga tidak melakukan yang terbaik untuk menghilangkan semua solek anda dengan berkesan. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat berminyak atau rawan jerawat, menggunakan tisu boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan jerawat. Tambahan pula mereka yang mempunyai kulit sensitif atau rentan rosacea, beberapa tisu boleh meninggalkan sisa bahan kimia yang menjengkelkan.
Itu tidak bermaksud kulit anda akan memberi kesan sampingan jika memakainya sesekali, anda hanya perlu gunakan dengan berhati-hati atau ikuti pembersihan dua kali.
Ringkasnya, kulit wajah jauh lebih halus daripada kulit badan anda. Ini bermakna semasa menggosok badan dengan loofah pengelupasan, jangan menggunakan tekanan yang sama pada wajah anda. Mengusap wajah dengan pelapik kapas dan tisu pembersih solekan, atau menggosok dengan kuat dengan tangan anda merosakkan dan sama sekali tidak perlu. Luangkan beberapa minit tambahan untuk menghilangkan solekan dengan lembut dalam gerakan bulat dan keringkan dengan tuala kapas lembut. Untuk solekan mata, jangan gosok berulang-ulang kerana boleh mengganggu mata, sebaliknya gunakan gerakan menyapu, angkat sebelum anda mengelap lagi.
Melangkau garis rahang dan jerawat garis rambut? Kesalahan menanggalkan alat solek ini mungkin disalahkan. Sebenarnya, ini adalah salah satu kejadian paling biasa yang berlaku. Walaupun kebanyakkan orang memakai alat solekan di leher dan rahang, tetapi mereka mengabaikannya ketika tiba masanya untuk membersihkan wajah. Kawasan ini sangat penting, terutama leher adalah kawasan yang cenderung menunjukkan tanda-tanda penuaan pramatang.
Apabila anda arif tentang apa yang tak perlu dalam langkah menyingkirkan solekan, barulah mencari pendekatan cara yang betul. Terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan, tetapi tidak kira jenis produk yang digunakan, lebih baik mengamalkan pembersihan berganda jika anda memakai alat solek.
Bahagian pertama pembersihan dua kali ganda adalah untuk menghilangkan solek anda. Pilih balsem pembersih yang mampu mencairkan solekann tanpa kesan sampingan yang menyumbat pori dan rasanya hampir terapeutik menggosok ramuan berkrim di wajah anda. Anda juga mempunyai kemewahan melangkau penghilang solek mata, kerana balsem dapat digunakan di sekitar kawasan mata. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menggunakan minyak pembersih atau air misel jika anda mahu, kedua-duanya akan menghilangkan solek dengan berkesan.
Mulakan dengan sedikit balsem pembersih di tangan yang bersih dan kering. Setelah memanaskan formula di antara jari anda, urut lembut balsem dengan gerakan bulat. Berhati-hati di sekitar mata anda. Setelah solekan cair, bilas tekstur seperti susu dengan air suam.
Tetapi jangan berhenti di situ! Walaupun baru sahaja membersihkan solekan anda, itu tidak bermakna kulit anda bersih. Selepas membilas semuanya, masuklah untuk pembersihan kedua dengan pembersih biasa anda. Langkah ini memastikan sisa solekan dikeluarkan, serta membersihkan kulit dari kotoran, minyak dan kekotoran lain yang dapat menyumbat liang.
Selepas itu, gunakan kain lap untuk mengeringkan wajah dan meneruskan rutin penjagaan kulit selepas pembersihan. Oh ya, jangan lupa menukar tuala wajah anda setiap dua hingga tiga hari kerana kotoran dan bakteria dapat berkumpul dengan cepat. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tiada apa yang lebih menenangkan apabila dapat keluar dari kesibukan dan hiruk-pikuk kota. Begitulah yang dirasai oleh pelakon Betty Rahmad yang kini sedang bercuti bersama keluarga tersayang.
Perkongsian yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya itu menarik perhatian warganet apabila Betty berkongsi momen-momen menarik sepanjang aktiviti perkhemahannya. Lebih menariknya lagi, ramai yang teruja melihat barangan perkhemahan Betty yang lengkap seperti di dalam sebuah rumah! Biarpun ia menelan kos yang tinggi, namun bagi Betty dan suami, ia merupakan sebuah pelaburan yang baik dan berbaloi.
Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti adalah yang comment itu ini, takpelah kitaorang yang bawak & kitaorang yang pack kan.
Menurut Betty, ia merupakan sebuah kegembiraan bagi dirinya dan keluarga apabila dapat melakukan aktiviti sedemikian. Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsikan momen menarik mendirikan tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan ruang tidur, tempat memasak, tandas dan lain-lain lagi bersama suami.
Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dia pergi sampai balik. Dalam video ni jelah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemas sebagai content. Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!
Tambahnya lagi, aktiviti perkhemahan ini merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan dan amat berbeza dari bercuti di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Ia juga dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.
Sekadar info, Betty dan suami, Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Ramai di kalangan selebriti/personaliti berhijab yang kini semakin terbuka untuk mengambil anak popular. Hal ini adalah disebabkan beberapa faktor dan salah satunya kesukaran untuk hamil. Selain Fynn Jamal, terbaru adalah Abby Abadi yang mengambil seorang anak angkat lelaki.
Baru beberapa hari kehadiran anak ini sudah menambah cahaya kegembiraan buat mereka sekeluarga. Abby meletakkan nama bayi lelaki mereka Muhammad Daiyan Fayyadh. Muhammad membawa maksud Yang Terpuji, Dirahmati, Daiyan pula bermakna Hakim, Pelindung, Penjaga dan Fayyadh pula maksudnya Murah Hati.
Dalam status terbarunya di laman instagram, selebriti yang sudah berhijrah mencari redha Allah (merujuk penerangan di laman instagramnya), Abby turut dihujani dengan pertanyaan serta pertolongan untuk mendapatkan anak juga.
Namun menurut Abby dirinya bukan agen sebaliknya turut mencari seperti orang lain juga. Cuma kebetulan urusannya dipermudahkan dan menjadi rezeki apabila Allah menghantar terus kepadanya bayi ini.
Dalam pada itu, Abby turut memahami wankita yang mempunyai keinginan sama sepertinya. Namun masih belum dikurniakan rezeki, tidak mampu melahirkan, asyik mengalami keguguran, mempunyai pelbagai penyakit serta halangan lain.
Malah Abby turut menceritakan pengalamannya bersama suami, Jai yang mana sejak tigak tahun kebelakangan ini, dia sudah dua kali mengandung tetapi tidak sampai rezeki itu. Yang pertama disebabkan gugur ketika berada di Madinah dan kedua pada usia kandungan enam bulan. Bayi dikandung meninggal dalam perut dan kehilangan cukup dirasai walaupun sudah hampir setahun berlalu.
Walaupun diduga ujian dari Allah (untuk hamil), namun Abby tidak pernah putus asa dan sentiasa berharap. Namun belum ada rezekinya, apatah lagi menurutnya usia juga sudah menghampiri 40-an. Ditambah pula dengan penyakit darah tinggi dialami menyebabkan peluang untuk hamil lagi agak terbatas.
Dia tetap yakin cuma perlu jaga lebih pada kesihatannya, Dan dia sebenarnya bersyukur kerana rezeki menimang cahaya mata ‘baby’ Daiyan ini hadir dulu. Malah keinginan untuk mencari anak angkat ini adalah disebabkan setiap hari dimomokkan dengan cerita pembuangan bayi di sana sini hingga menimbulkan rasa sedih padanya.
Abby membayangkan betapa kesukaran orang lain untuk mendapatkan anak, tetapi ada insan yang sanggup membuang bayi tidak berdosa ini tanpa belas kasihan. Faktor itu jugalah menyebabkan dia menulis di laman instagramnya mencari bayi dua hari lepas dan bersyukur diberikan rezeki oleh Allah.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.