Menghadap kiblat merupakan syarat sah solat dan hukumnya adalah wajib. Ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ القِبْلَةَ فَكَبِّرْ

Maksudnya: Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir. Riwayat al-Bukhari (6251), Muslim (397)

Photo by alena-darmel-from Pexels.

Firman Allah SWT:

﴿وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَه﴾

Maksudnya: Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram (Kaabah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Surah al-Baqarah: 150

IKLAN

Maksud Masjid al-Haram dalam ayat al-Quran dan lafaz kiblat dalam hadis di atas bermaksud ka’bah.

CARA PENENTUAN ARAH KIBLAT 

Orang yang berhampiran dengan Kaabah wajib menghadap Kaabah tersebut dengan yakin manakala yang jauh dari Kaabah wajib menghadapnya dengan berpandukan petunjuk-petunjuk yang kukuh sekiranya tidak terdapat petunjuk yang pasti dan tepat.

Maka, seseorang itu jika ingin menunaikan solat, hendaklah dirinya memastikan terlebih dahulu bahawa dia telah menghadap ke arah kiblat dengan yakin, dan jika dia terpaksa berijtihad disebabkan jauhnya kaabah dari penglihatannya maka perlulah ijtihadnya itu berpandukan petunjuk-petunjuk yang kukuh dan telah berusaha mencarinya dan seterusnya yakin dengannya.

IKLAN

FENOMENA ISTIWA A’DZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT

Pada hari ini, 16 Julai 2022 , Sabtu bersamaan 16 Zulhijjah 1443H – 5:28 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A’dzam. Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah.

Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

IKLAN

Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.

Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my)

Sumber kredit: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by Alena Darmel from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI