Walaupun sedang menikmati waktu percutian, selebriti yang juga usahawan terkenal iaitu Neelofa tetap meluangkan masa untuk membaca wirid Istighfar ketika dipercayai berada di lokasi percutian pantai di tanah air.
Memanfaatkan waktu dengan sebaiknya, Neelofa berkongsi bacaan wirid tersebut di laman Instastory miliknya agar pengikutnya juga mendapat kebaikan daripada perkongsian tersebut.
Sebelum ini, bekas pengacara MeleTOP itu dilaporkan memperuntukkan RM500 ribu melalui Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaik pulih 21 buah surau di negeri Kelantan untuk memudahkan para penduduk setempat di sana melaksanakan ibadah.
Ads
Selain itu, isteri tercinta kepada PU Riz ini juga mengudang perhatian ramai apabila mereka mengandaikan dirinya sedang hamil ketika ini kerana dilihat sering mengusap perut.
Neelofa bagaimanapun tidak mengiya atau menidakkan hal tersebut sebaliknya menunggu saat yang tepat untuk berkongsi kepada semua.
Pemilik nama penuh, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan yang juga merupakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim pertama mengakui terpaksa melanggar janji untuk kembali ke arena seni suara.
Meski setelah lebih dua dekad beliau meninggalkan dunia seni dan hiburan tanah air, jelas Nana tujuan dia berbuat demikian, adalah demi menghasilkan lagu yang mampu menjadi penyuntik semangat untuk para wanita di Malaysia.
“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.
“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, terdahulu.
“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya.
Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.
“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.
“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.
“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nana turut mengakui bahawa agak sukar bagi dirinya untuk membiasakan diri kembali mengadakan sesi rakaman di studio untuk memenuhi tuntutan berkenaan pada ketika itu.
“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.
“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.
“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.
“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Sejak kemenangan sebagai Bintang Paling Popular baru-baru ini, diari kehidupan Wany Hasrita semakin sibuk. Malah apa sahaja aktiviti yang dilakukannya turut diintai follower penyanyi jelita ini. Dan baru-baru ini dia berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya sempena Maulidur Rasul. Pertemuan itu bukan sahaja untuk konsultasi berkenaan mata, tetapi Wany juga sebenarnya membuat pembedahan lasik dengan Prof Dr. Muhaya.
Namun di sebalik pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Wany Hasrita yang dianggap sebagai ikon kepada remaja di luar sana telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqomah.
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bermekap dan juga menjaga solat.
Tambah Wany sebagai seorang penyanyi sukar untuknya dalam menjaga bab solat. Ada kalanya selepas mencuci muka untuk solat, Wany menghadapi kesukaran untuk bermekap kerana kebanyakan jurusolek tidak mahu menyolek buat kali kedua.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bermekap. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Menurutnya jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah mekap sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya.
Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan.
Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Beliau mengingatkan Wany agar sentiasa mendidik hati supaya sentiasa menerima apa yang ibu cakap kerana pertalian dengan insan yang melahirkan kita ini sangat kuat.
Tidak luoa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Wany Hasrita in the house. Apa Wany nak tanya saya ya?
Terkejut team Hijabista mendengar perkhabaran tentang pemergian Jezmine Zaidan atau popular dikenali sebagai Jezmine Blossom dalam kalangan pencinta fesyen dan hijabi di Malaysia.
Figura fesyen yang satu ini antara individu yang sering menyumbang idea, busana dan juga penataan gaya kreatifnya tatkala Hijabista bermula sebagai sebuah majalah cetak khusus buat hijabi kira-kira 10 tahun lalu.
Jadi tidak hairan jika gayanya menjadi perhatian terutama hijabi yang mahu tampil berbeza.
Dalam satu hantaran di laman Facebook suaminya, Kay Ghazali, dia memaklumkan yang isterinya telah menghadap ilahi hari ini, Jumaat, 24 Jun 2022, kira-kira jam 3.30 pagi.
“Assalamualaikum semua. Di pagi Jumaat yg mulia ini mohon sedekahkan doa utk mengiringi arwah isteri saya Jezmine Zaidan yg telah menghembuskan nafas terakhir jam 3.30 pagi. Dengan ini saya memohon ampun dan maaf bagi pihak sekiranya beliau ada menyinggung perasaan sesiapa.
“Maafkanlah dia. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Innalillahiwainnlaillahirojiun,” tulisnya.
Allahyarhamah Jazmine sebelum ini sangat popular menerusi jenama fesyennya, The Old Blossom Box Store yang menampilkan gaya rekaan yang chic dan berwarna-warni. Selain itu, dia juga kini terkenal menerusi Yay Kid Store yang menjual pakaian buat kanak-kanak dan bayi.
Allahyarhamah meninggalkan suami dan juga dua orang cahaya mata. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Menurut sumber, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di tanah perkuburan Islam Kg Melayu Subang.
Al-fatihah…
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.