Perawatan wajah dengan bahan alami sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Adakah Anda salah seorang daripadanya? Jika ya, hijabi mengesyorkan agar anda membuat masker semulajadi sendiri di rumah dengan menggunapakai bahan-bahan yang berada di dapur sahaja.
Masker semulajadi pada kali ini adalah berasaskan buah betik. Umum sedia maklum bahawa betik amat baik untuk membantu sistem pencernaan. Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa Betik kaya dengan vitamin A, C dan E. Tiga vitamin ini bersama Lycopene dalam betik melindungi kulit daripada berkedut, gelebeh, dan ditumbuhi bintik hitam. Ringkasnya keduanya bertindak sebagai sistem sekuriti yang menjaga kulit dari dirosakkan.
Manfaat Dua Bahan Semulajadi Ini Bantu Rawat Kulit Secara Maksima!
Manakala, kandungan nutrisi dalam masker yoghurt baik untuk membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit hijabi sentiasa remaja! Didalam secawan yoghurt, mempunyai kandungan Zinc, Kalsium, Vitamin B, dan Lactic Acid.
Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah.
Jadi bayangkan bertapa bermanfaatnya untuk kulit, jika hijabi membuat masker semulajadi berasaskan betik dan youghurt ini! Pastinya kulit lebih sihat, mulus, anti-kedut, awet muda dan kekal remaja! Menarik bukan? Di sini Hijabista sertakan cara membuat masker semulajadi penuh manfaat ini dirumah.
Bahan-bahan Yang Perlu Disiapkan:
2 Sudu yogurt
1 Sudu oatmeal bertekstur lebih lembut
1/2 Sudu gula merah granule
1 Sudu buah betik (haluskan dengan garpu).
Ads
Langkah Pemakaian:
1. Campur semua bahan bahan tersebut, lalu sapukan pada wajah.
2. Beri sedikit urutan selama 30 – 40 minit, kemudian biarkan selama 15 minit.
3. Setelah 15 minit, bilas wajah menggunakan dengan air suam hingga bersih.
Sekadar info, Yoghurt mengandungi lactic acid yang membantu mengurangi kedutan pada kulit. Oatmeal pula membantu membersihkan liang pori dari tersumbat, gula merah memiliki fungsi sebagai scrub untuk menyahkan sel kulit mati, serta khasiat betik membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan blemish yang mengganggu kulit.
Ads
Setelah menggunakan masker betik ini, pasti anda akan merasakan kulit yang lebih halus, licin dan lebih sehat. Kulit juga kekal anjal dan awet muda. Selamat mencuba!
Memahami kesulitan yang dialami pesakit diabetes bukan mudah apatah lagi dalam penjagaan menyediakan hidangan harian yang bersesuaian.
Sempena kempen For Your Sweetheart bekerjasama dengan Chef Selebriti, Nik Michael Imran yang popular menerusi rancangan Masterchef Malaysia 2011 mencipta satu siri resipi terdiri daripada hidangan fusion dan tempatan yang boleh disediakan dalam tempoh kurang daripada 20 minit. Resipi ini dicipta dengan hasil rundingan bersama Cik Poh Kai Ling atas kapasitinya sebagai Ahli Majlis Diabetes Malaysia (DM) serta bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).
Adalah penting untuk memahami semua fakta tentang diabetes supaya pesakit dan penjaga boleh membuat keputusan yang tepat tentang pemakanan sihat bagi pesakit diabetes. Beberapa mitos yang wujud terutamanya bagi pesakit dan penjaga yang baru didiagnosis termasuklah melewatkan waktu makan bagi mengawal paras gula darah yang turun naik, pengambilan produk ‘bebas gula’ atau digantikan dengan gula gantian, serta mengelakkan diri dari pengambilan kentang, keledek, labu dan jagung.
ARTIKEL BERKAITAN
Cik Poh berkata, “Melewatkan waktu makan atau kurang makan tidak semestinya membantu dalam mengurangkan paras gula dalam darah. Adalah dinasihatkan untuk makan bila terasa lapar, dan bila badan memerlukannya. Mengabaikan tanda-tanda kelaparan hanya akan meningkatkan selera makan yang bertambah hingga menyukarkan bagi individu tersebut untuk mengawal pengambilan makanan dalam hidangan berikutnya. Membaca label makanan juga penting bagi memahami kandungan nutrisi dengan lebih baik, kerana tidak semua produk bebas-gula adalah bebas-karbohidrat.”
Kentang, keledek, labu dan jagung adalah sebahagian daripada kumpulan makanan karbohidrat. Ya benar, pengambilan karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah. Walau bagaimanapun, sayur-sayuran berkanji ini juga sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin, mineral, antioksidan dan serat yang penting untuk tubuh kita. Pengambilan makanan jenis ini tidak sepatutnya dielakkan. Yang penting adalah mengawal saiz hidangan.
Menurut Cik Poh, diet bagi pesakit diabetes tidak perlu terlalu ketat, membosankan dan sukar untuk dinikmati. Menghidap diabetes tidak semestinya mengehadkan pilihan makanan seseorang. Pemakanan sihat untuk penghidap diabetes tidak banyak bezanya dengan yang lain. “Apa yang penting ialah makan dalam jumlah yang terkawal dan hanya mengambil sebahagian hidangan yang kaya dengan karbohidrat. Salah satu caranya ialah dengan mengambil tahu Indeks Glisemik (GI) makanan tersebut. GI ialah nilai bagi mengukur kadar seberapa cepat karbohidrat dalam makanan mampu meningkatkan glukosa dalam darah. Secara ringkasnya, makanan yang GI rendah (antara 0-55) dianggap karbohidrat yang baik dan makanan GI tinggi (70-100) dianggap karbohidrat yang tidak baik. Semakin tinggi nilai GI, semakin besar kesan ke atas paras gula dalam darah. Memahami GI makanan boleh membantu kita dalam mengawal diabetes dan secara serentak dapat mengira pengambilan karbohidrat.
Kerjasama antara Chef Nik dan Cik Poh dalam penyediaan resipi e-book Simple Healthy Cooking ini adalah bagi memastikan hidangan disediakan untuk pesakit diabetes bukan sahaja menyeronokkan dengan pelbagai variasi untuk citarasa berbeza, tetapi ia juga ringkas, mudah disediakan malah sesuai untuk penghidap diabetes. Hasilnya, pelbagai resipi yang seimbang dimana pesakit diabetes dapat menikmati hidangan ala restoran yang lazat lagi menyihatkan, dengan kadar GI yang bersesuaian. “Saya telah mencuba kesemua 10 resepi dan ianya sungguh lazat. Tahniah Chef Nik! Hidangan kegemaran saya ialah Pasta Perang Alla Puttanesca, Krep Kalapa dan Tenzaru Soba,” tambah Cik Poh.
Berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan perlbagai resipi untuk kempen ini, Chef Nik berkata, “Ia merupakan satu perjalanan yang amat bermakna bagi saya secara peribadi. Ayah saya, seorang chef yang sukakan makanan yang lazat, baru-baru ini dia telah didiagnosis menghidap diabetes. Saya memahami perasaan para penjaga yang pasti ingin memberikan yang terbaik buat orang tersayang yang menghidap diabetes. Itulah yang mendorong saya untuk mencipta sepuluh resipi ini. Saya cuba mengekalkan rasa yang sedap sambil mengubah suai pengambilan nutrien mereka tanpa membuatkan pesakit merasakan mereka tiada pilihan lain dalam diet mereka. Saya harap ramai orang akan mencuba resipi ini dan menikmati detik istimewa bersama orang tersayang semasa mencubanya .”
ARTIKEL BERKAITAN: Obesiti Punca Sakit Jantung Dan Kencing Manis, Ini Cara Terbaik Untuk Merawatnya!
Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini² menghidap diabetes, satu penyakit kronik jangka panjang yang memerlukan penjagaan dan pengurusan jangka panjang. Tahap glukosa yang tidak sihat dalam darah boleh menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang dan pendek, di mana akan menjejaskan jantung dan buah pinggang. Itulah sebabnya Cik Poh kini berusaha untuk mendidik dan membongkar mitos tersebut, kerana pemakanan yang betul boleh membantu dalam mengurangkan risiko komplikasi berkaitan diabetes seperti penyakit jantung dan buah pinggang.
Malaysia kini mencatatkan kadar diabetes tertinggi di Asia, iaitu 17.5% dengan lebih 3.5 juta rakyat Malaysia hidup dengan keadaan ini. Manual Pendidikan Diabetes 2020 yang diterbitkan oleh MDES melaporkan bahawa berdasarkan trend semasa, dianggarkan tujuh juta orang dewasa Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025¹.
Melihat pada statistik ini, impian Malaysia untuk bergelar negara yang bebas-diabetes nampaknya sudah tersasar jauh. Maka, trend inilah yang mendorong Kempen For Your Sweetheart diteruskan sejak 3 tahun yang lalu. Sebarang usaha untuk memperlahankan trend ini adalah lebih baik daripada tiada langsung. Kempen ini menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk ‘Think Diabetes Think Heart’ dan salah satu inisiatifnya adalah menerusi pengesanan awal.
Rakyat Malaysia yang berisiko tinggi atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapi diabetes digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan awal, Kempen For Your Sweetheart menyediakan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. Usaha Pemeriksaan Diabetes Percuma ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).
Layari https://www.foryoursweetheart.my untuk mendapatkan Saringan Diabetes Percuma anda hari ini. Saringan Diabetes HbA1c PERCUMA For Your Sweetheart kini sedang berlangsung sekarang sehingga 31 Disember 2022.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melalui amalan harian yang dianjurkan oleh Islam juga, kita mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda. Sebenarnya dalam Islam sendiri anda menganjurkan kita untuk melakukan amalan-amalan dalam memelihara kecantikan wajah.
Tidak salah untuk menggabungkan regim kecantikan bersama dengan amalan-amalan seperti yang dianjurkan dalam Islam malah usaha untuk menjaga kecantikan menjadi lebih sempurna.
Gabungan penjagaan wajah serta amalan yang dianjurkan dalam agama Islam menjadikan rutin penjagaan kecantikan jadi sempurna.
Petua 1 : Sebelum mandi dan memberus gigi, amalkan petua ini. Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi tiga kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 3 : Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 4 : Agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh, bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja.
Petua 5 : Hafal ayat 35-38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Melalui amalan-amalan ini In Shaa Allah, aura wajah akan terserlah. Perlu diingatkan juga bahawa kecantikan bukan sahaja tertumpu pada segi luaran sahaja tetapi juga dalaman. Hati yang bersih dan ikhlas akan memancarkan seri wajah seseorang secara semula jadi.
Beberapa minggu ini kita sering ‘dihidangkan’ dengan berita-berita kemalangan maut. Kita yang membaca berita itu pun sudah sedih, apatahlagi ahli keluarga mangsa yang terlibat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka ‘menghadapi’ kehilangan ahli keluarga dan orang yang tersayang tanpa dapat diduga.
Bersedih adalah respon normal selepas kehilangan insan tersayang. Merasai rasa sedih bermula dengan:
Ia bukan mimpi dan anda tidak boleh berfikir seolah olah tiada apa yang berlaku. Ya, pada permulaan pasti ada rasa marah dan penafian. Ia juga satu yang normal.
Alami dan rasai kesedihan itu. Anda berhak untuk sedih dan berkongsi kesedihan. Menangis, menulis di buku, kongsikan di media sosial adalah respon normal. Memendamkan kesedihan dengan berlagak seperti tiada ada berlaku lebih menyakitkan anda.
Kehidupan tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ambil masa untuk adaptasi kehidupan tanpa insan tersayang. Beri diri anda ruang untuk menyesuaikan diri. Ia tidak mudah, tapi perlahan lahan anda boleh.
Walaupun sebahagian dari “diri anda” telah pergi, jasadnya mungkin telah tiada namun kenangan dan memori bersama tetap abadi selamanya. Ingatlah masa dan memori yang ditinggalkan sebagai hadiah yang tidak ternilai.
Bertahun hidup bersamanya adalah anugerah. Berbanding menfokuskan kepada apa yang telah anda hilang, fikirkan apa yang telah anda terima dari insan tersayang. Ia kekuatan anda untuk teruskan hidup baru dengan memori dan ingatan sepanjang hayat.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.