Puas berdoa, tetapi seakan tidak diterima. Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi tersebut, sehingga kadang kala membuatkan kita putus asa dan mengalah untuk terus berdoa kerana merasakannya sebagai perbuatan sia-sia.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).
Ads
Menerusi ayat ini (di atas), Allah menggunakan kalimah Ujibu bukannya Astajibu. Ini kerana Astajibu bermaksud Allah akan memperkenankan doa pada masa yang ditentukan, sebaliknya Ujibu ialah Allah akan memperkenan serta merta ketika doa itu dipanjatkan.
Ads
Ayat ini jelas memberitahu kita bahawa Allah sedang menunggu kita selaku hamba untuk meminta dan berdoa kepada-Nya. Allah juga mengatakan, tidak kira pada bila masa sekalipun, sesungguhnya Allah akan menjawab dan mendengar permohonan kita untuk dimakbulkan.
Ads
Salah satu kesalahan yang dapat menghalangi terkabulnya doa ialah sikap tergesa-gesa seorang hamba. Ia menganggap doanya lambat dikabulkan, lantas ia pun merasa putus asa dan letih, sehingga akhirnya meninggalkan doa.
Ini ibarat orang yang menabur benih atau menanam tanaman, kemudian ia menjaga dan menyiraminya. Namun kerana merasa terlalu lama menunggu hasilnya, orang itu pun membiarkan dan mengabaikan tanaman tersebut. (Ad-Daa' wad Dawaa' – Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tempoh sebulan Ramadan membuka pintu untuk kita mencari pahala dan membuat amal. Dari sekecil-kecil perkara boleh dikutip pahalanya dan salah satunya adalah menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.
Bagi ibu-ibu, inilah masanya untuk mengumpul pahala. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini peluang untuk tambah pahala dengan cara memasak sendiri hidangan untuk keluarga.
Namun ketika memasak, tentulah ingin merasa sama ada cukup atau tidak garam di dalam hidangan yang disediakan. Masalahnya bolehkah kita merasa makanan yang dimasak itu?
Ini penjelasan daripada Ustazah Nazirah Nur Mukmin.
Hukum Merasa Makanan Yang Dimasak Untuk Berbuka
Hari pertama puasa biasanya petang2 ni suri dan sura rumah kalut dah nak masak untuk berbuka. Ada yang tanya boleh tak rasa sikit untuk tau tahap kesediaan makanan untuk berbuka nanti?
Ulama berpandangan kalau dikecap (betoi ka ayat ni? Orang kedah kata chapp sikit dihujung lidah adalah dibolehkan dan tidak membatalkan puasa.
“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”
Rasa dihujung lidah bukan seroot sampai semangkuk ok.
Selamat memasak untuk keluarga anda. Kata Nabi, pahala orang yang menyediakan makanan bagi orang yang nak berbuka seumpama memperoleh pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi pahala orang tersebut.
Kebelakangan ini, terlalu banyak kisah yang tidak baik mengenai rumahtangga telah kita dengari. Perkahwinan sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang kita diberikan ujian yang berat oleh Allah SWT, untuk mematangkan lagi hubungan suami isteri.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan hubungan yang berkekalan sehingga ke akhir ayat. Namun, menjaga keharmonian dalam rumah tangga juga bukanlah sesuatu yang mudah. Selain cinta, kita juga memerlukan komunikasi yang baik, saling memahami dan kesanggupan untuk merendahkan ego masing-masing.
Dalam Islam, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT agar keluarga sentiasa harmoni dan bahagia. Bukan sahaja doa untuk perkahwinan sentiasa barakah, malahan setiap perkara yang kita lakukan ada doanya tersendiri. Buat anda yang sudah berumah tangga, anda boleh amalkan doa ini setiap hari agar perkahwinan sentiasa mendapat barakah.
Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah aku dalam keluargaku dan berkatilah mereka dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berikanlah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami untuk kebaikan dan pisahkan kami apabila Engkau pisahkan kami untuk kebaikan.”
Rabbana hablana min azwaajina wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw waj’alna lil muttaqiena imaamaa.
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74).
Islam telah mengajar dan memberikan pelbagai cara untuk membina keluarga yang sakinah (rukun), mawaddah (kasih sayang), dan warahmah (kasih sayang). Salah satunya dengan memanjatkan doa dalam Alquran surat Al Furqan ayat 74 ini.
Seterusnya anda boleh mengamalkan doa untuk kebahagiaan rumah tangga agar segala perancangan hidup dipermudahkan di masa hadapan. Selain berusaha memenuhi kehendak pasangan, kita juga harus berdoa agar segala urusan rumah tangga dipermudahkan oleh Allah SWT. Ini adalah doanya:
“Robbanaaa atinaa mil ladungka rohmataw wa hayyi lanaa min amrinaa rosyadaa”
Maksudnya:”Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan serta petunjuk kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)
Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan doa untuk melindungi diri dan juga keluarga daripada seksa api neraka. Umat Islam semestinya digalakkan berdoa agar semua ahli keluarga berbahagia di dunia dan akhirat, serta dijauhkan daripada api neraka. Doa ini terkandung dalam Al-Quran Surah Al Baqarah ayat 201.
“Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil Akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah al-Baqarah: 201)
Rezeki juga merupakan salah satu sumber kebahagiaan dalam rumahtangga. Terkadang, ada juga pasangan yang bergaduh mengenai hal rezeki ataupun duit. Oleh itu, kita hendaklah memohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang berkat.
Sebagai kesimpulan, berikut merupakan beberapa doa yang pasangan suami isteri boleh amalkan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan memiliki rumah tangga yang harmoni dalam ketaatan.
Dato Sri Vida merupakan seorang usahawan yang sangat terkenal dan terkenal dengan personaliti tersendiri. Baru-baru ini, Kacak, anaknya, menjadi topik hangat di media sosial.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Kacak mencuri perhatian netizen dengan kelakuannya memberi baju raya kepada pekerja stesen minyak yang memuji baju melayunya.
Orang ramai telah memuji anak lelaki DSV, yang menunjukkan rasa hormat kepada pekerja, atas tindakannya.
Ini kerana rakaman itu tidak termasuk Kacak mengatakan dia berpuas hati dengan tindakannya walaupun baju melayunya itu belum membuat pelancaran rasmi.
Kacak bercakap dengan lelaki itu tentang pakaian yang dipakainya ketika ditegur oleh pekerja stesen minyak itu. Dia bertanya kepada lelaki itu sama ada dia telah membeli baju raya atau belum. Lelaki itu berkata, belum.
Kacak memutuskan untuk memberikan sepasang baju melayunya sendiri kepada pekerja itu. Reaksi pekerja itu sungguh gembira dan akhirnya Kacak bersalaman, mencium tangan lelaki itu, dan memeluknya.
Sesetengah orang sangat baik dan merendah diri, tidak kira apa bangsa mereka. Ini membuatkan orang mengagumi Kacak.
Ramai yang memberi reaksi positif terhadap sumbangan pakaian raya anak DSV itu.
Sekadar info, Yang Hormat Dato Sri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali Dato’ Sri Vida ialah seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1971 dan berasal dari Kelantan.
Sumber : TikTok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.