Membicarakan topik Sedekah Sebagai Lifestyle, pengacara Hana Ismail dan pendakwah terkenal, PU Amin berkongsi sedikit sebanyak tentang betapa banyaknya manfaat yang kita akan peroleh apabila memberi kepada orang lain walaupun sedikit.

Ujar PU Amin, kita haruslah ada rasa untuk lebihkan orang lain kerana semuanya milik Allah.

“Bukan semua yang kita miliki adalah milik kita. Harta kita pangkat kita. Kita hanya menikmati, tidak memiliki semua itu. Kena kongsi sekeliling. Inilah hebatnya orang yang beriman dan berharta.

“Nak selamat dunia akhirat, sedekahlah. Nikmatnya tak macam lain sebab kita lebihkan orang walaupun tahu diri ini tidak cukup dan serba kekurangan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, segala nikmat ini akan dirasai apabila kita meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah Yang Maha Kaya.

IKLAN

“Nak jadikan sedekah dan lifestyle, kita kena berbalik kepada kepercayaan kita. Apa yang Allah telahjanjikan sebagai nikmatnya.

“Kalau kita tahu Allah janjikan yang terbaik untuk kita dengan amalan sedekah, Insyaallah kita pastinya akan fokus amalan sedekah dengan kefardhuan yang lain. Insyaallah dari segi itu agama kita dah lengkap.  Apa yang kita persembahkan pada Allah itu dah cantik dah.

IKLAN

“Tapi yang menjadi masalahnya hari ini apabila kita dah buat pelbagai kebaikan tapi terselit sifat sombong, kedekut.

“Yang Allah kecam adalah orang yang kedekut, sombong, takut harta habis. Jadi perkara ini kita perlu campak jauh-jauh untuk jadikan sedekah sebagai lifestyle hidup kita,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Jadi kepercayaan kita kena utuh. Kita kena percaya apabila kita memberi, Allah Taala akan memberikan berpuluh-puluh kali ganda kebaikan dalam hidup kita, di dunia mahupun akhirat,” tambah Hana.

Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita  sebagai manusia dan hambaNya.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tontoni video penuhnya di sini:-