Penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa sehingga mencecah hampir lima ribu kes setiap hari menjadi kebimbangan buat kita semua. Kebimbangan ini turut dirasai oleh figura tempatan yang terkenal dengan jolokon ‘guru fesyen’ ataupun dengan jenama ‘RI’ nya. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Rizalman Ibrahim, penaung bagi jenamanya Rizalman Ibrahim.
Baru-baru ini, Dato’ Rizalman memuat naik sebuah status pengumuman tentang PENUTUPAN dan PENYEKATAN penuh untuk semua transaksi perniagaannya termasuklah dengan pekerja dibawah naungan syarikatnya RIC Group Sdn Bhd.
Pengumuman rasmi tentang penutupan dan penyekatan penuh syarikatnya yang dibuat oleh Dato’ Rizalman Ibrahim menerusi laman Instagramnya.
Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini mendapat pujian ramai terutamanya di laman Twitter kerana ia merupakan tindakan berani dan bertanggungjawab untuk bersama-sama mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.
Ads
Antara komen-komen positif di laman Twitter yang memuji sikap keprihatinan Dato’ Rizalman dalam usaha untuk mengurangkan kes wabak Covid-19.
Ads
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Dato’ Rizalman juga menghentikan sementara penjualan talian untuk rangkaian produk ‘supplement’ nya seperti T’Neeq dan T’Neeq Junior sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.
Justeru, kami di Hijabista memandang hormat kepada beliau atas usahanya ini dan berharap agar tindakannya ini menjadi ikutan kepada beberapa pihak lain untuk bersama-sama mencegah dan menghapuskan wabak COVID-19. Syabas Dato’ Rizalman Ibrahim!
Biasanya kita dengar atau baca cara bagaimana untuk menurunkan berat badan. Pelbagai metod dilakukan sama ada melalui diet atau senaman. Namun jarang yang merungut tentang bagaimanan caranya untuk menaikkan berat badan.Walaupun tidak ramai yang mengalami masalah ini tetapi bagi mereka yang telah cuba makan banyak tetapi berat badan tetap tidak naik dan ini pastinya memberi satu tekanan. Perkongsian daripada gadis ini bagaimana dia menaikkan berat badan cukup menarik untuk dibaca.
Gadis dikenali dengan nama Siti Shairah ini memberitahu cara paling berkesan bagi seseorang itu untuk menaikkan berat badan.
Dia sudah mencuba cara ini kerana mengalami masalah ‘underweight’ dan hasilnya berat badannya telah naik dalam masa sebulan.
Sebelumnya berat badan Siti Shairah hanya sekitar 48.5 kg dan selepas mencuba cara ini beratnya bertambah menjadi 54.5 dan perbezaan angkanya adalah sebanyak 6kg.
Malah perkongsiannya ini di laman sosial facebook juga turut dikongsi hampir 14K oleh pengguna lain.
Berat: 48.5kg
Tinggi: 165cm
Problem with food: Taksuka susu, kekacang, & cheese. And selera kurang.
My concern: BMI underweight cause i tinggi.
So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doc, & i decide to make timetable, easy tips with target.
Doin this just to try & lets see the result!
Target:58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)
Antara makanan yg menaikkan berat adalah yg makanan yg i senarai diatas yg i taksuka. But i need to do somthing, cause im underweight!
So i start the next day!
1.SUSU FULLCREAM
Pagi & malam wajib minum susu atleast 1gelas (sbb tksuka paksa juga). Full cream cause tggi protein & kibo. Berbeza dgn low fat & yg ada flavour macam choc. I minum brand dutchlady.
2.VIT C
Makan vit c 1capsules/day atau boleh skip selang 2hari sekali. In 1week dlam 2/3 biji je. Hari yg skip tu i makan buah je bebanyak. Sedap pon sedap hehe. Tp on the day you take vit c tu, makesure minum 2/3liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok. Hehe. Vit C is dietary supp, selain drpd utk skin & etc. Bole bg selera makan. Membuak rasa, asyik nk makan je. (i need this cause i jenis tank kecik, makan sikit kenyang, slera tk kuat sgt). So perlu vit c utk membantu slera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe bila dh slera asyik nk kunyah jela.
3.TIMETABLE MAKAN
Kene makan on time, makesure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah jee bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dh telan nasi. Japgi kunyah laa bnde lain. Kopok2 ke askem ke, coklat je. Haa gituu. Haha.
4.FOOD TAKEN
Amik kekacang, soys, dairy milk, & cheese
Makan banyak kali, hehe
5.REFER DOC
Disclaimer: Makesure chuols refer doc juga ya. Kalau dh underweight kadang sbb cacing juga. Cuba refer doc first okay.
You know what?
I’m doin this semalam genap 1month! So nak share dgan chuols the result. Dan every week mmg timbang & guna penimbang yg sama. The result mmg unexpected!
Before start 48.5kg
1st week 50.2kg
2nd week 51.2kg
3rd week 52.3kg
4th week 54.5kg
Yeayyy!! Walaupon berat naik, i rasa lemak i tersekat diskala 2 iaitu dipipi & bahagian tidak sepatutnya. Tapi, im happy with the result!
Alhamdulillah syukur im not underweight anymore! Yes! Goodluck chuols!
Semoga berguna
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap tahun menjelang bulan Februari pasti ada sesuatu yang istimewa bakal dilancarkan dari jenama tudung yang tidak asing lagi Naelofar. Sempena kelahiran pengasas jenama tudung ini Neelofa keluar dari kebiasan sambutan ulang tahun harijadinya.
Hijabi sempena kempen #NaelofarJourneyofHope, bersama kita membeli dan menderma. Seronok bukan dapat sesuatu yang anda inginkan di samping itu dapat membantu mereka yang memerlukan. Jenama fesyen Naelofar akan bekerjasama dengan Shopee melalui Shopee Celebrity Squad untuk mengangkat masyarakat setempat di tengah-tengah wabak dan bencana alam yang telah melanda negara. Untuk tujuan ini, 10% daripada jumlah penjualan dari “Naelofar Kindness Box” dari koleksi Silk Road yang boleh dibeli dari kedai rasmi Shopee, akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kasih Neelofa untuk memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang terjejas teruk oleh malapetaka ini.
#NaelofarJourneyofHope yang telah dilancarkan pada Februari 2021 sempena ulang tahun pengasas Noor Neelofa Mohd Noor. Lari dari sambutan kebiasaan, Menyambut ulang tahun kali ini, Naelofar ingin menghormati komuniti wanita atas kekuatan, sokongan dan harapan mereka yang kuat seperti yang kita lalui pada tahun 2020 yang sukar dengan memberikan kembali kegembiraan, kebaikan dan tujuan kepada masyarakat setempat.
“Setelah hampir setahun dipenuhi dengan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya telah memberi impak kepada negara dengan cara yang tidak dapat dibayangkan, kami berhasrat untuk memberikan kembali kepada masyarakat yang telah melalui rintangan dengan harapan yang tidak tergoyahkan. Perkara paling mudah yang dapat kita lakukan satu sama lain sekarang adalah untuk membantu menaikkan semangat satu sama lain dengan cara yang kita boleh, sama ada besar atau kecil. Setiap kata, setiap tindakan mempunyai kekuatan untuk membuat perbezaan yang signifikan, ”kata Noor Neelofa.
Pertubuhan Kasih Neelofa adalah aktiviti kebajikan Noor Neelofa yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan melalui kerja amal, seperti warga tua, anak yatim dan ibu tunggal. Ia juga merupakan sebahagian daripada # ShopeeGivesBack Shopee – inisiatif oleh platform e-commerce dalam mewujudkan kewaspadaan dan mendorong sumbangan untuk pelbagai organisasi kebajikan untuk menyokong tujuan masing-masing dari penjagaan kesihatan dan di bawah komuniti istimewa hingga yang terpinggir, termasuk haiwan.
Sementara itu, koleksi Naelofar ‘SilkRoad ‘merangkumi perjalanan pelbagai aspek kerohanian pengasas Noor Neelofa, serta aspek kehidupan peribadi dan awamnya. Sebahagian daripada reka bentuknya diilhamkan oleh banyak perjalanan bermakna Neelofa sepanjang kariernya, dengan gabungan elemen timur dan barat menjadi tumpuan dan ditafsirkan semula kepada nuansa yang lebih kontemporari, mengekalkan elemen berkelas dan bergaya.
Koleksi ini akan menampilkan selendang bercetak dan padat, pin edisi terhad, sejadah, telekung dan abaya dalam empat reka bentuk yang berbeza dan akan dilancarkan di kedai makan sepanjang bulan Februari. Item dalam koleksi berharga dari serendah RM29 RM249 dan akan tersedia di kedai rasmi di Shopee boleh beli di sini, Naelofar LuxeBoutique, Naelofarstores, dan Naelofar.com mulai 8hb Februari2021.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap kali ingin memilih pakaian sama ada untuk ke pejabat mahu pun bersiar-siar, boleh dikatakan ramai yang akan termenung di depan almari sambil cakap, ‘tak ada bajulah nak pakai hari ni,” sedangkan banyak sahaja baju tersusun dalam almari, menunggu giliran untuk dipakai.
Ibarat tidak pernah cukup, setiap kali nampak baju yang cantik dan memikat hati, pasti hendak dibeli.
PAKAIAN YANG TIDAK DIPAKAI AKAN DIHISAB
Beberapa tahun dulu, bila terdengar seorang ustaz pesan yang pakaian tidak dipakai akan dihisab, termenung depan almari.
Tahun-tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata itu.
Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut… Tarik semua yang tidak dipakai. Beli baju ini untuk majlis ini, beli baju itu untuk upacara itu. Allah..
BELI MEMANG SERONOK
Maka kita ini sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?
Banjir hari itu (bulan Disember tahun 2021), memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.
Waktu itu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..
TAK MAMPU NAK PAKAI SEMUA
Maulana Helmi dalam kata-katanya, “kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah, kita tak bahagi badan untuk tidur disemua bilik dalam satu masa.”
Macam itu jugalah perumpamaan pakaian. Kita beli banyak baju, tak mampu kita sebagai manusia nak pakai semua sekali dalam satu masa.
“Nak pakai nanti… ” Nanti yang belum pasti. Hanya kematian saja yang pasti.
Selalu sahaja kita rasa pakaian tidak ada sedangkan banyak bersusun dalam almari. Bila ke pusat membeli-belah, masih juga membeli pakaian. Selepas ini kita sudah boleh kurangkan beli pakaian baru. Beli ikut keperluan dan semestinya untuk dipakai.
Sumber kredit: Awatif Osman Top image: Photo by pnw-production from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di