Disebabkan gangguan internet, seorang pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi,20, terpaksa mendaki lebih 20meter ke atas bukit bagi menjalani peperiksaannya yang dijalankan secara atas talian di Kampung Bukit Petai Tujuh, Tanah Merah, Kelantan.
Faham dengan keadaannya, bapanya, Mohd Azmi Ahmad,48, telah membina khemah untuknya di atas bukit tersebut bagi memudahkannya menjawab peperiksaan serta mengulang kaji pelajaran.
Bukan hanya perlu mendaki dengan keadaan persekitaran yang becak, pelajar tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu juga berdepan dengan gangguan nyamuk dan pacat malah kadang-kala terdapat ular yang meyusur di kawasan sekitarnya.
Biarpun sukar, namun Nurlieda merasakan keadaan itu adalah lebih baik daripada belajar di rumahnya tanpa kemudahan internet demi masa depannya meskipun terkena tempiasnya setiap kali hujan.
Katanya kepada Sinar Harian, antara barang wajib yang perlu dibawa ke atas bukit ialah komputer riba, modem WiFi, nota, tripod dan juga ubat nyamuk serta kipas.
Ads
“Ayah kasihankan saya, kerana sebelum ini saya perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumah untuk belajar. Jadi ayah naik ke bukit ini dua hari sebelum peperiksaan saya bermula untuk cari kawasan yang ada internet.
“Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah ini dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.
Setiap kali peperiksaan, Nurlieda pasti akan bimbang jika capaian internet di kawasan itu terputus kerana perlu menjawab semula soalan sekiranya berlaku gangguan dan tiada masa tambahan diberikan.
Ads
“Peperiksaan saya bermula 23 November lalu dan setakat ini saya sudah selesai menjawab tiga kertas soalan dan masih berbaki lagi dua lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab,” jelasnya.
Menurut bapanya, Mohd Azmi, masalah yang dihadapi itu bukan hanya dilalui oleh anaknya sahaja tetapi anak-anak penduduk di lima kampung lain iaitu Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar juga turut melalui masalah yang sama.
“Selain saya, kadang-kala along (Nurlieda Khaleeda) turut ditemani adiknya, Muhammad Addin Aiman, 16, untuk belajar. Saya tidak benarkan along bersendirian kerana kawasan itu juga tidak selamat,” katanya.
Ads
Tambahnya, disebabkan masalah dihadapi itu ada segelintir penduduk yang membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih lima meter di kawasan sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
Oleh itu, dia mengharapkan masalah ini mendapat perhatian pihak berkaitan dan dapat diselesaikan dengan segera.
Selain Nurlieda, seorang lagi anaknya, Muhammad Amien Khalielee, 18, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu turut belajar di khemah sama untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.
Pernah tak anda alami satu sensasi di mana bibir ini bergerak-gerak dengan sendiri? Ada juga ia terasa bergetar tanpa sengaja dan membuatkan kita rasa tidak selesa.
Apakah punca masalah bibir jadi sebegini? Mungkin ada faktor dari segi jenis pemakanan atau cara kita menjaga tubuh badan yang boleh mempengaruhi keadaan ini?
Ada banyak faktor yang boleh disimpulkan melalui fenomena ini. Banyak juga orang yang alami masalah yang sama. Tapi adakah ia merbahaya? Kondisi ini ada di bincang melalui portal HelloSehat yang menerangkan lebih lanjut.
#1 Kekurangan Kalium
Reaksi tubuh badan apabila kekurangan kalium boleh dilihat dengan otot yang sering berkedut, ini juga termasuk pada permukaan bibir. Kepentingan kalium pada tubuh pula adalah penting kerana ia menghantar isyarat saraf dari otak ke seluruh tubuh badan.
#2 Pengambilan kafein yang berlebihan
Bagi mereka yang sering mengambil minuman yang berkafein seperti teh, kopi, dan apa-apa jenis makanan yang berasaskan darinya boleh alami kondisi ini. Kenapa? Kafein akan membebaskan hormon serotonin dan juga adrenalin pada sistem saraf pusat sehinggakan ia mencetuskan reaksi pada otot yang berlebihan dan timbul juga daya tarikan.
#3 Bell’s palsy
Sudah tentu anda pernah dengar masalah ini bukan? Ya, terdahulu penyanyi dari Amerika Syarikat, Justin Bieber, ada alami masalah penyakit yang menyebabkan sebelah mukanya lumpuh. Hal ini terjadi apabila berlaku pembengkakan pada saraf periferal yang mengawal otot muka.
Ada beberapa individu yang alami bell’s palsy ini akan alami masalah seperti getaran bibir, baik di bibir atas, bahagian bawah sahaja, ataupun ia juga boleh berlaku pada sebelah kanan dan kiri sahaja.
#4 Parkinson
Penyakit neurologi degeneratif ini boleh menyukarkan seseorang itu untuk bergerak bebas. Kekejangan pada otot atau gegaran kecil di tangan mahupun kaki akan menjadi semakin teruk dari masa ke masa. Ia juga boleh berlaku pada bawah bibir dan sekitar bahagian dagu.
Anda sering alami masalah tekanan, kegelisahan, dan keletihan yang melampau boleh menyumbang kepada masalah ini. Hormon stres kortisol yang tinggi boleh membuatkan oto muka kaku lalu bergetar dengan mudah.
Kondisi ini mungkin berlarutan pada jangka masa yang panjang dan muncul gejala lain, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kita harus mencegah sesuatu penyakit dari mengubati.
Sumber: HelloSehat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dikongsi Fauzi di Instagram sambil menghantar Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Tanah Suci menunaikan haji tahun ini.
Fauzi yang kelihatan sebak walaupun bertopengkan muka hanya menjawab, “Baiklah.” Malah, pelakon Anak Halal itu turut berkongsi kapsyen berupa doa untuk isterinya.
“Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, lepas tu saya kemas rumah, saya masak,” kata pelakon Lisdawati, 45, kepada suaminya, rakan pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 51.
“Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya.
“Aku serahkan segalanya padamu Ya Allah..@lisdawati15 Selamat jalan sayangku,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Menerusi perutusan itu, ramai rakan terkenal dan warga maya mendoakan keselamatan Lisdawati di Tanah Suci dan mendapat haji yang mabrur. Ucapan tahniah juga diberikan kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji ini.
Dia turut menyemak pertukaran Lisdawati di Instagramnya, menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangannya masih belum berakhir. Katanya doakan yang terbaik untuk orang lain.
“Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.
Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.
“Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,” tulisnya.
Sekadar info, pasangan suami isteri Fauzi dan Lisdawati telah berkahwin pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana 15, Nur Aina Fazneesya 14, Ahmad Nur Fyrdaus 9 dan Ahmad Nur. Fayyad, 4.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahun ini Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar berpeluang menunaikan ibadah haji. Pasangan muda ini menghabiskan kira-kira 12 hari di tanah suci. Setelah bergelar Hajah pada usia muda, penampilan terkini Aurel Hermansyah turut menjadi perhatian.
Selepas pulang dari haji, Aurel Hermansyah segera melaksanakan pelbagai agenda antaranya menghadiri majlis pertunangan Aaliyah Massaid dan Tariq Halilintar, sambutan harijadi dan lamaran adiknya Azriel Hermansyah.
Penampilan terkini Aurel Hermansyah tidak banyak berubah. Ibu kepada dua anak ini masih mengekalkan gayanya.
Pada majlis pertunangan Aaliyah Massaid dan Tariq Halilintar, Aurel Hermansyah tampil dengan kebaya biru bersulam yang dipadankan dengan selendang dan skirt polos labuh serta bertudung.
Pada majlis makan malam lamaran adiknya pula, Aurel tampil serba hitam dengan pakaiannya ditambah dengan kerongsang jenama Chanel. Dia memadankannya dengan tudung bawal.
Semasa kejutan harijadi Azriel, Aurel tampil memakai baju berjalur coklat labuh yang dipadankan dengan seluar flare hitam.
Ketika keluar berdua dengan anaknya Ameena, Aurel memilih tweed putih dengan aksen poket. Aurel memilih tudung bawal rona kelabu bagi melengkapkan penampilan.
Semasa bersama rakan-rakan sosialnya, Aurel tampil kasual dengan jaket tweed putih yang dipadankan dengan seluar hitam dan kasut tumit bertali.
Aurel tampil serasi dengan suaminya, Atta dengan pakaian berwarna oren. Aurel memakai kemeja bersama seluar yang digabungkan dengan shawl rona pink belacan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!