Seperti yang diketahui, Halima Aden yang sebelum ini tampil bertudung telah bersara dari pentas peragaan kerana tidak mahu memakai pakaian mendedahkan.
Kredit Foto: Halima Aden.Kredit Foto: Halima Aden.
Namun baru-baru ini, Halima telah memuat naik gambar OOTD terbaharunya yang memakai turban di Instagram.
Dalam gambar tersebut, Halima membiarkan bahagian depan rambut (fringe) dan lehernya kelihatan.
Gambar tersebut diambil selepas Halima menghadiri majlis pelancaran koleksi terbaharu pereka fesyen dari Itali, Brunello Cucinelli.
Halima mengenakan busana hitam bersama blazer sebagai outer. Dia turut memadankannya dengan palazo pant. Kelihatan Halima tersenyum manis dan selesa dengan penampilan terbaharunya itu.
Kredit Foto: Halima Aden.
Halima yang sebelum ini popular kerana hijabnya, kini menjadi bualan kerana telah memperlihatkan ‘fringe’ dalam imej terbaharunya.
IKLAN
Halima mula dikenali ketika menjadi wanita Somalia-Amerika berhijab pertama yang bertanding dan menjadi peserta di separuh akhir pertandingan Miss Minnesota USA 2016.
Kredit Foto: Halima Aden.
Pada 2017, Halima pernah melakar sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama untuk kulit muka hadapan majalah Vogue.
Kredit Foto: Halima Aden.
Dalam hantaran terbarunya di Instagram, Halima memakai abaya berwarna coklat ketika menghadiri acara British Vogue. Namun, ianya telah mengundang pelbagai komen hanya kerana penampilannya yang menampakkan rambut.
IKLAN
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Halima mengambil keputusan untuk menutup bahagian komen.
Melihat kepada hantaran ini pula, Halima mengenakan gaun merah jambu minimalis dari Solace London.
Halima memadankannya dengan turban putih yang diikat menjadi sanggul. Halima turut memperlihatkan bahagian rambut hadapan dan lehernya.
IKLAN
Kredit Foto: Halima Aden.
Kini, Halima kerap dilihat menggayakan turban yang memperlihatkan bahagian depan rambut dan leher. Antaranya, ketika menghadiri acara Vogue di mana Halima mengenakan busana serba hitam bersama turban.
Kredit Foto: Halima Aden.
Hantaran tersebut turut dibanjiri komen dari para pengikutnya di Instagram.
Rata-rata mempersoalkan tindakannya itu. Mereka meluahkan rasa kecewa kerana sebelum ini Halima bertudung penuh namun kini penampilannya berubah dengan begitu ketara.
Halima kemudiannya sekali lagi menutup ruangan komen.
Dalam hantaran ini pula, Halima dilihat memakai turban berwarna hitam. Penampilan glamornya ini dilengkapkan dengan pemakain anting-anting.
Semalam merupakan hari yang cukup bermakna dan mendebarkan buat pelajar tahun enam sekolah rendah di seluruh Malaysia kerana keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Pasti ramai yang gembira, menarik nafas lega namun tidak kurang ada yang bersedih dan kecewa dengan keputusan yang diterima.
Di Twitter, perkongsian daripada seorang guru, Syafaat Nasir mengenai kejayaan anak muridnya dalam peperiksaan UPSR telah menjadi tular. Anak murid yang dipanggil Odah itu merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat 6A di sekolahnya.
Menariknya, sikap Odah yang sangat berbudi bahasa dan menghormati guru itu telah membuatkan netizen terharu sehinggakan mencuri tumpuan selebriti terkenal iaitu Neelofa.
Menurut gurunya, kejayaan Odah juga adalah hasil berkat daripada sokongan ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan buatnya tidak kiralah dalam apa jua program yang Odah sertai.
Wow, untungnya adik Odah ni dapat perhatian daripada Neelofa! Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka daripada Tuhan. Moga adik Odah akan terus semangat untuk melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. InsyaAllah.
Penularan coronavirus (COVID-19) kini semakin membimbangkan. Tempoh masa yang diambil untuk gejala pertama menunjukkan dirinya dijangkiti Covid-19 ini dijangkakan berada dalam tempoh 14 hari.
Ianya bermakna seseorang yang dijangkiti virus ini tidak akan mempunyai gejala atau tanda selama 14 hari dan berpotensi menyebarkan penyakit ini dalam masa tersebut. Namun ada juga mereka yang tidak mengalami gejala-gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan sakit kepala.
Berikut perkongsian Muhammad Hassan mengenai abangnya yang dijangkiti #covid19
Sedih, sebak.
Abang saya disahkan Positif covid-19 namun stabil dan semakin sihat. Sudah beberapa hari dikuarantin dan mungkin dilanjutkan beberapa minggu lagi. Sebak sangat terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun demi kebaikan perlu akur dengan arahan.
Sekarang anak isteri juga dikuarantin. Kami hanya mampu bertanya khabar melalui whatsapp sahaja. Jika nak hantar keperluan mereka kena letak diluar pagar rumah dan beredar. Allahu… Sedih sangat sangat.
Tolonglah kepada rakyat malaysia semua. Tolonglah akur dengan arahan. Duduk di rumah diam diam. Lakukan aktiviti di dalam rumah sahaja.
Inilah masanya kita perlu kerjasama. Untuk jatuhkan sesebuah kerajaan kita berganding bahu,inikan pula makhluk halus. Cara nak hentikan wabak ini kita kena elak segala jenis aktiviti berkumpulan. Jika kita sama sama patuh insyaallah wabak ini akan reda.
Tolong hentikan wabak,kita mampu.
Ada yang tanya apa simptom abang saya sebelum di sahkan Postitif Covid-19.
Mungkin agak mengejutkan kalian. Beliau langsung tiada simptom(asymptomatic). Tetapi kenapa postitif? Antara sebabnya Covid-19 akan mudah menyerang mereka yang ada penyakit terutama darah tinggi,kencing manis atau warga emas yang lemah imuniti.
Yang biasa kita tahu simptom Covid-19 apabila seseorang demam,suhu tinggi,batuk dan sesak nafas. Namun berbeza dengan pesakit yang melalui tempoh ikubasi atau incubation period iaitu dari tempoh terkena virus sehingga mengalami simptom teruk.
Macam mana beliau tergerak hati nak pergi buat saringan? Dalam beberapa hari kerja,driver abang saya ini mengalami batuk,dan demam. Namun masih juga bertugas bawa abang saya outstation.
Gambar sekadar hiasan.
Oleh kerana demam makin teruk terus dibawa ke hospital . Rupanya staff dia positive Covid-19. Korang bayangkan dia bersama dalam kereta berjam jam(close contact) Selepas beberapa hari baru dapat kesan Covid-19. Dah berapa orang driver dia jumpa,duduk dengan keluarga,dengan jiran jiran. Allahu..
Sekarang semua yang terlibat kena kuarantin dan buat ujian saringan. Kalian tahu tak,sekarang beratus mungkin beribu sample sedang berada di makmal. Tempat saringan pula Que.
Macam abang saya,sekarang dia sihat 100%,tapi tetap kena kuarantin disebabkan positif. Duduk dalam bilik kuaranti bukan dirawat pun,cuma untuk dipantau sehingga benar benar sihat.
Sekarang tempat hospital abang saya dikuaranti penuh dengan pesakit yang suspected.
Kita yang sihat ini apa perlu kita lakukan?
1. Ikut segala arahan yang dikeluarkan oleh KKM dari masa ke semasa. Sekarang kita duduk rumah diam diam. Buat aktiviti dirumah sahaja. Nak pergi rumah jiran pun tak usah.
2. Pastikan rumah kita tidak menerima mana mana tetamu hatta jiran sebelah rumah sekali pun. Jika datang juga cakap kita sembang dalam group WhatsApp.
3. Buat pembersihan dalam dan luar rumah. Bersihkan tombol pintu,remote tv,permainan anak anak. Mop lantai,bersih singki,bersih tandas setiap hari. Ya setiap hari macam kat klinik.
4. Tingkat imuniti badan dengan mengambil makanan sihat. Yang korang pergi stock up makanan segera,makanan dalam tin,magi tu semua tak membantu tingkatkan imuniti badan. Makanan itu semua makan sekiranya benar benar darurat.
5. Makanan yang patut korang amalkan.
a) Makan madu awal pagi bersama yogurt.
b)Amalkan habbatusauda(drop dalam air suam).
c) Amalkan buahan tinggi vitamin C
seperti nanas atau amalkan supplement vitamin C. Saya amalkan vitamin c 1000mg,garlic oil,minyak kelapa dara,minyak zaiton.
d)Berjemur dibawah cahaya matahari jam8am-10am untuk dapatkan vitamin D. Boleh juga sambil berjemur tu lakukan senaman. Saya biasanya akan buat High Intensity Intervel Training(HIIT)*TONTON di youtube. Atau dengan erti kata mudah buat larian setempat sepantas mungkin selama 30 saat.
e) Pastikan dalam setiap menu ada sayuran hijau. Lagi bagus dimusim panas terik ini masak menu mudah tapi berkhasiat seperti singgang,sup tulang,sup sayur.
f) Pastikan minum air masak sekerap yang mungkin. Air yang cukup dalam badan bantu tinggkatkan imuniti badan dan bantu cegah lawan bakteria dan virus.
g) elakkan makanan makanan tinggi gula atau minuman tinggi gula. Duduk dirumah biasanya tiada aktiviti. Selama 14 hari ini jika ambil tinggi gula berat badan boleh naik berkilo kilo,imuniti akan lemah,badan akan jadi lemau.
6. Solat awal waktu. Amalkan zikir 300 pagi dan 300 petang. Pastikan dapat baca Al Quran 5 halaman atau 1 juzuk sehari.
7. Tidur awal waktu supaya badan kita dapatkan hasilkan hormon melatonin dengan baik. Hormon ini penting untuk TINGKATKAN imuniti badan kita. Dan bangun awal waktu solat tahajjud dan subuh.
Selebriti popular, Hanis Zalikha sememangnya sering menjadi tumpuan ramai dek kerana keperibadiannya yang terpuji serta kehebatannya membangunkan sebuah perniagaan di samping menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada dua orang anak tercinta.
Berkongsi sebuah memori di Instagram, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa suatu ketika dahulu Hanis pernah melalui saat yang sukar bersama keluarganya.
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih & nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh.
“Tapi yang ni bukan Mama buat. Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis.
Selepas berkongsi kisah, ramai pengikut laman sosialnya yang turut berkongsi rasa dengannya serta memuji Hanis kerana tidak pernah melupakan asal usul walaupun kini sudah mengecapi kejayaan dalam hidup.
Bak kata pepatah, "Mata adalah tingkap kepada dunia." Tanpa, mata bagaimana kita mampu melihat dunia? Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga supaya penglihatan kita juga dapat diperlihara.