Ramai yang terpaku di depan kaca televisyen Selasa lalu menyaksikan Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dianggap bersejarah Istiadat pertabalan itu, yang dilaksanakan dengan penuh tradisi dan adat istiadat warisan Kesultanan Melayu.

 

View this post on Instagram

 

#agongkita #pertabalan #istananegara #ourking #royal #installation #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Selain mellihat kehadiran kerabat diraja serta tetamu kenamaan yang hadir, mata terpaku melihat pergerakan masuk Seri Paduka Baginda serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dan pastinya penampilan Raja Permaisuri Agong yanng sangat cantik dan anggun mencuri tumpuan ramai. Bukan sahaja tetamu yang hadir di Istana Negara, bahkan penonton yang menyaksikan istiadat itu secara langsung sama ada di kaca telvisyen atau media sosial.

 

View this post on Instagram

 

#agongkita #pertabalan #istananegara #ourking #royal #installation #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Penampilan Raja Permaisuri Agong yang anggun sekali menggayakan kurung moden memang begitu menawan hati. Busana cukup indah ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Menerusi insta story milik Rizalman, beliau bercerita kisah menarik di sebalik perincian busana indah yang digayakan Raja Permaisuri Agong ini sehari sebelum  dibawa mengadap dan dipersembahkan di hadapan Tuanku untuk dipakai pada Istiadat Pertabalan.

Menurut Datuk Rizalman, persalinan baginda Tunku Azizah adalah dari warna putih gading beserta selendang dengan sulaman kerawang.

Busana indah ini merupakan kain tenunan hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong yang dilhamkan oleh baginda sendiri.

IKLAN

Tambahnya lagi, baginda Tunku Azizah mengilhamkan untuk meletakkan ‘colek’ pada persalinan yang digayakan. Colek ini bermaksud bentuk di dalam kain menggunakan benang perak. Ia mempunyai lambang Pahang iaitu gading dan tombak serta lambang Johor iaitu bulan dan bintang.

Pereka tersohor yang mempunya magis tersendiri ini juga meletakkan sulaman kerawang dan perincian ‘beading’ dibuat satu persatu menggunakan tangan. Mempunyai lambang tersendiri, mutiara, batu berlian dan kepingan emas.

Dan lebih istimewanya kepingan emas pada persalinan baginda Tunku Azizah ini juga dipinjam daripada almarhum bonda Tuanku Zanariah.

Menurut Rizalman ia dilekatkan semula pada persalinan baginda kerana baginda berkenan mengembalikan nostalgia zaman-zaman dahulu, turun temurun.

Malah persalinan indah ini juga merupakan kombinasi hak milik kerajaan Johor dan Pahang. Ia dijahit satu persatu mengikut susunan bunga.

IKLAN

Inilah rahsianya penampilan Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata ini sangat cantik dan memang tak puas mata memandang.

Malah dalam foto yang dimuat turut dalam Instagram milik Datuk Rizalman, penampilan baginda turut dipuji netizen yang rata-rata memberikan pujian yang sama.

muslimahwearmurahii Cantik sgt2 baju raja permaisuri . takda tolok bandingan nya

zaira.effi.rahman Cantik..kemas..anggun sopan…..elok saja terletak..

mysara99 Suka sangat3 design baju permaisuri agong.. menutup aurat.. labuh tutup dada.. dalam masa sama tetap bergaya elegan, cantik.. tahniah datuj @rizalman71

IKLAN

yanti_said Tuanku sangat cantik…. subhanallah.

 

View this post on Instagram

 

#rajapermaisuriagong #permaisurikita #ourqueen #pertabalan #installation #istananegara #royal

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Mereka juga teruja dengan hasil kreativiti pereka ini yang memang sangat mengagumkan dan sangat eksklusif.

alfurqan95 Allahu, hiasan bunga tabur memang nmpk cantik tak terkata. Tahniah Datuk atas karya yg cukup eksklusif.

nshilla Masyallah beautiful permaisuri.. Detailings beads all looks amazing on her good job dato

bellabellos08 Stunning work Dato! Our Royal Highness looks so Gorgeous

sazzykieflie80 Subahanallah.. anggunnye tuanku.. cantik.. tq Dato.. sentiasa hasilkan sesuatu kerja dgn ikhlas hati.. cantik permaisuri kita..  Daulat tuanku..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMAN & ISTANA NEGARA

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI