Untuk mendapatkan kesegaran di waktu pagi bukanlah perkara yang mudah. Pasti ramai yang bersusah-payah untuk fokus pada waktu pagi! Apa kata anda cuba membuat senaman regangan yang sangat mudah ini?
Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolism. Kita perlu ingat bahawa senaman yang di lakukan adalah bertujuan meningkatan kadar pemanasan tubuh dan bukan nya membentuk otot semata mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut ,peha dan belakang maka senaman yang baik ialah senaman yang menggunakan otot ini. Jadi ayuh mulakan pagi anda dengan senaman yang mudah ini! Nak tahu apa kebaikan senaman regangan? Baca fakta dibawah ini.
Dalam posisi meniarap, muka mengahadap lantai dengan kedua-dua belah ibu jari kaki lurus ke depan. Pastikan tangan rapat kesisi, dalam keadaan bengkok. Angkat dagu dan dada perlahan lahan, bahagian badan anda akan disokong oleh lengan.
Melutut dengan kedua-dua belah kaki dilantai. Duduk dia atas tumit anda, kemudian bengkokkan badan anda dengan merendahkan dada ke paha. Luruskan tangan, dan tapak tangan diatas lantai.
Untuk regangan ini, anda harus bermula dengan berdiri tegak dan bengkokkan secara perlahan-lahan sebelah lutut seolah-olah anda akan berada dalam posisi duduk. Letakkan kaki yang bertentangan ke depan, tumit ke lantai lalu tegakkan jari kaki ke arah siling. Bengkokkan badan ke hadapan dari pinggul anda untuk merasakan keregangan di bahagian belakang kaki anda yang terbentang. Kekalkan posisi ini selama 10 hingga 15 saat dan kemudian ulangi dengan kaki anda yang lain pula.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terdahulu, kecoh di aplikasi Tik Tok apabila seorang lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warganegara Malaysia menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarammah dengan berjalan kaki.
Lelaki berkenaan menguar-uarkan berkenaan perjalanan solo sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah, pada tanggal 24 April yang, menerusi hantaran di aplikasi Tik Tok miliknya.
Terbaharu, lelaki yang dikenali sebagai Herry Nizam itu memaklumkan bahawa, segala usahanya telah membuahkan hasil apabila baru-baru ini dia telah pun berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Herry yang secara konsisten merakamkan perjalanan menuju rumah Allah dimana Qiblat pertama umat Islam diturunkan itu telah memeranjatkan orang ramai serta pengikutnya di Tik Tok kerana sampai ke Tanah Suci lebih awal dari jangkamasa yang dianggarkan iaitu tidak sampai sebulan.
Bagi merungkai kekeliruan yang bersarang di kepala para pengikutnya, Herry menjelaskan bahawa dia sebenarnya telag menerima bantuan seseorang yang mahu mempermudahkan perjalananya dan bermurah hati menyumbangkan tiket penerbangan secara percuma dari Bangkok Ke Mekah.
Jelas Herry lagi, meskipun dia pada awalnya ‘berat hati’ untuk menerima tawaran berkenaan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun, setelah mendengar pandangan dari kawan karibnya dan kerana tidak mahu menghampakan insan mulia yang mahu membantu urusanya menunaikan ibadah umrah, akhirnya Herry memutuskan untuk menerima tawaran tersebut.
Meski menerima kritikan dan kecaman dari segelintir pihak tentang tindakan yang diambil, Herry akui ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi bahawa dia kini telah pun melaksanakan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian video berkenaan, memaparkan Herry yang sudah usai mengerjakan ibadah umrah sedang bertahallul dengan menggunting rambutnya bagi memenuhu rukun umrah di Masjidil Haram.
Mengulas lanjut, Herry menjelaskan bahawa dia berasa terharu kerana tidak menyangka impiannya untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dimakbulkan Allah.
“Sepanjang perjalanan saya menitis air mata. Terima kasih sahabat saya kerana mendoakan saya sampai ke tahap ini. Jadi, apa-apa kita nak buat kita kena yakin Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya,” kata Herry.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya turut tersentuh hati mendengar ungkapan syukur yang meniti di bibir Herry. Tidak kurang juga ramai yang memuji keazaman lelaki OKU ini dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Sesungguhnya benarlah ungkapan ‘Kun Fayakun’ yang bermaksud jika Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka cukup Allah hanya berkata, “Jadilah, maka jadilah ia”.
Semoga Hijabi dapat mencerap segala perkara positif yabg ditonjolkan Herry dan menjadikan ianya sebagai sumber inspirasi dan pengajaran bagi kita lebih bersemangat mengapai matlamat kita sebagai umat Islam.
Sekadar info, media pernah melaporkan, misi sama dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun.
Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)
Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.
Dua golongan yang menjadi ahli neraka:
Sabda Nabi SAW, “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman).”
“Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh.” – [HR Muslim 5098].
Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat.
Memakai tudung namun masih menampakkan telinga kerana hiasan anting-anting adalah cara pemakaian yang salah sebaliknya seseorang wanita itu perlu menutup penuh bahagian kepala sehingga menampakkan wajah sahaja.
Perkara ini amat dikhuatiri dan menakutkan kita. Ada dalam kalangan mereka terlalu obses mengikuti trend pakaian semasa sehingga melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Mereka tanpa segan silu memakai seluar senteng dan sengaja mengeluarkan cuping telinga yang jelas-jelas sebahagian daripada aurat untuk memakai anting-anting.
Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dlm masa yang sama pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh.
Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Misalnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah.
Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu sahaja.
Pertama: menutup aurat dengan sempurna.
Kedua: menutup aurat tetapi tidak sempurna
Ketiga: langsung tidak menutup aurat
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kata-kata ini tampak baik, semacam positif, tetapi pada hakikatnya ia adalah suatu yang dangkal! Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat? Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.
Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)
Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.
*Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
*Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
*Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
*Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
*Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
*Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
*Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
*Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
HIJABISTA: Semoga kita menutup aurat dengan sempurna.
Bunga cengkih bukan sahaja mampu menaikkan aroma dalam masakan anda. Malahan ia juga dipercayai mampu memberikan banyak khasiat dan kebaikan kepada kecantikan tubuh badan anda, terutamanya untuk bahagian kulit.
Sebenarnya, bunga cengkih banyak digunakan dalam rawatan tradisional sejak dahulu lagi. Usah terkejut ya! Nak tahu kenapa bunga cengkih ini amat bagus? Jom baca!
Bunga cengkih mampu untuk mengubati masalah jerawat kerana ia mengandungi sumber anti-bakteria yang sekali gus dapat merawat masalah jerawat dengan efektif!
Caranya, anda boleh minum air rebusan bunga cengkih atau sapukan minyak bunga cengkih di bahagian yang berjerawat. Jika dilakukan dengan kerap, ia mampu untuk mengurangkan masalah jerawat yang anda alami.
2. Mengawal lebihan sebum
Salah satu faktor jerawat ialah kerana penghasilan sebum yang berlebihan. Oleh itu, amatlah penting untuk mengawal penghasilan sebum supaya tidak mendatang masalah jerawat yang teruk. Salah satu cara yang mudah untuk mengawalnya ialah dengan menggunakan minyak bunga cengkih yang berfungsi untuk membersihkan lubang pori-pori yang tersumbat.
Caranya, sapukan tiga titik minyak cengkih dan sapukannya dengan menggunakan kapas yang bersih. Untuk hasil yang terbaik, pastikan anda mencuci dahulu wajah dengan menggunakan toner dan melembapkan kulit dengan bahan pelembap.
3. Mengelakkan masalah mata panda!
Masalah lingkaran hitam di sekitar mata ataupun mata panda memang menganggu penampilan anda! Atasinya dengan minyak cengkih yang mampu untuk menghilangkan kawasan gelap tersebut!
Caranya, sapukan minyak cengkih secukupnya di area mata. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai masker dengan membiarkannya pada muka selama 15 minit. Kemudian bilas menggunakan air suam. Untuk hasil yang cepat, lakukannya secara kerap.
4. Sebagai bahan anti-penuaan
Bukan sahaja bagus untuk mengawal masalah jerawat, malahan ia juga amat bagus untuk menjadikan wajah awet muda! Kelembapan yang ada pada minyak bunga cengkih dapat menghidrasi sekaligus menutrisi kulit agar terhindar dari tanda-tanda penuaan termasuk munculnya kedutan. Sapu dengan lembut pada waktu pagi dan malam untuk hasil yang berkesan!
5. Mengatasi masalah rambut kusut
Tahukah anda, bunga cengkih juga bukan sahaja bagus untuk kulit malah ia juga bagus untuk kesihatan rambut. Bagi anda yang seringkali mengalami masalah rambut kusut, gunakan minyak bunga cengkih untuk menjadikan rambut lebih licin dan lembut.
Caranya, sapukan minyak cengkih di seluruh rambut dan biarkan selama 5 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.