Kehadiran selebriti ini pada mulanya tidak begitu dikenali. Namun setelah menang Pelakon Baru Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 28 yang lalu, Falisha Crossley Faizal mula jadi sebutan ramai. Anugerah dimenangi membolehkan gadis yang memiliki wajah eksotik semakin menempa nama dalam industri seni tanah air. Mengenali gadis sosok genit yang berdarah kacukan Russia-Cina-Melayu ini, begitu peramah orangnya. Dia kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.

1st passport vaccay 2018! ?? #kohlipe ? bye?? ? #raysha1sttrip

A post shared by ?Mrs. RfqArf ? 010117 (@falishacrossley) on

Siapa sangka rezeki Yang Maha Esa telah diaturkan terbaik buat dirinya. Selepas beberapa bulan berhijrah, bakat beliau pula diiktiraf. Seiring dengan usia yang semakin bertambah, Falisha menyimpan azam untuk menyempurnakan penghijrahan yang telah dipendam sekian lama. Hijabista merungkai perjalanan penghijrahan gadis dari Kuching Sarawak.

walking street kohl lipe…mkn mkn food food…❤❤❤

A post shared by ?Mrs. RfqArf ? 010117 (@falishacrossley) on

Boleh ceritakan dengan bagaimana anda boleh terbuka hati untuk berhijab?

Pintu hati saya terbuka untuk berhijrah secara tiba-tiba dan tanpa saya duga. Tiada juga peristiwa pelik yang terjadi ke atas diri saya. Saya mula berhijab tiga hari sebelum Ramadan tahun 2016 lalu. Pada hari itu, saya merasakan tidak lengkap dan merasakan seperti ada yang kurang tika hendak keluar rumah.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Shima Jual Semua Baju Seksi Lepas Berhijrah

IKLAN

Saya terus sarungkan selendang dan alhamdulillah ia bertahan sehingga ke hari ini. Kalau diikutkan, nawaitu itu memang sudah lama terpendam namun kekangan kerja merupakan faktor saya menangguhkan hasrat itu. Ketika itu, baru saya sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan perlu tetapkan hati hanya kerana Allah SWT.

Bagaimanakah reaksi keluarga dan rakan terdekat?

Semuanya memberikan respons yang positif dan suka dengan penampilan saya sekarang. Pada mulanya, memang keluarga agak terkejut dan merasakan saya hanya suka-suka untuk berhijab. Akan tetapi, selepas mereka mengetahui nawaitu suci saya ini, mereka terus bagi semangat dan galakan yang tidak berpenghujung.

IKLAN

Kini, saya berasa lebih tenang dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ketenangan itu. Saya juga berasa lebih santun kerana sudah tidak terlalu mendedahkan aurat yang sepatutnya memang perlu ditutup. Cara pergaulan saya juga berubah secara automatik.

Apakah yang anda usahakan untuk terus istiqomah?

Saya masih seperti Falisha yang dahulu. Saya masih berkawan dengan semua orang tetapi saya cuba untuk mengawal batasan pergaulan antara kawan lelaki dan perempuan. Selain itu, saya juga ada menghadiri usrah untuk lebih mendalami ilmu agama agar lebih dekat dengan-Nya. Bagi saya, jika kita bergaul dengan mereka yang boleh membawa kita ke arah kebaikan, insya-Allah akan lebih mudah untuk kita sentiasa istiqamah.

IKLAN

Saya merasakan kekuatan dalaman diri sendiri itu perlu ada untuk terus bertahan mengawal nafsu. Ia sebenarnya pendorong paling utama kerana kita sendiri yang tetapkan arah tujuan kita selepas berhijrah. Ia akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya orang lain mencuba sedaya upaya untuk memberi dorongan pada kita, sedangkan hati kita tidak ikhlas melakukannya. Apa-apa keputusan yang dibuat juga adalah datang dari hati kita sendiri. Orang sekeliling kita sebagai penambah semangat sahaja.

Apakah perancangan anda bagi jangka masa akan datang?

Alhamdulillah, saya sudah berhijab lebih kurang empat bulan. Buat masa ini, saya masih menerima tawaran berlakon dan tiada apa yang berubah. Berkenaan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki, saya rasa tiada masalah kerana sebelum berhijab pun tidak banyak yang memerlukan untuk berpegangan tangan. Jadi, apa yang boleh dielak saya akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkannya. Saya rasa pihak produksi juga akan faham situasi saya. Apa yang boleh saya katakan, semuanya masih sama.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FALISHA CROSSLEY

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI