Sedar tak sedar kini sudah hampir lima tahun, pelakon yang namanya melojak naik ketika membintangi filem ‘Istanbul Aku Datang’, Lisa Surihani istiqamah berhijab dan menutup aurat dengan lebih sempurna.
Malah, penampilan Lisa yang semakin longgar dan sejuk mata memandang, sejak berhijrah dan semakin ghairah melibatkan diri, menimba ilmu dalam kelas-kelas keagamaan menjadi contoh yang baik hinga meraih pujian para peminat.
Bagaimanapun ketika ditemui Hijabista dalam satu majlis di Ibu Kota, Lisa akui dia agak sukar untuk menerima situasi dimana orang ramai memuji penghijrahannya. Ini kerana, dia merasa msih belum layak untuk menjadi contoh kepada orang ramai, kerana masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Menurut Lisa, sejak mulai mengenakan hijab, dia menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Ads
Isteri kepada pengarah filem Malaysia, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
Ads
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Tidak Lagi Terima Tawaran Lakonan, Lisa Fokus Bidang Pengacaraan
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab. Namun, dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
Ads
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Meneliti gaya hijab figura bersuara lunak ini, pasti ramai mengenalinya. Punyai gaya hijab yang unik, Yuna penyanyi bertaraf antarabangsa membuat kemunculan khas dengan kolaborasi bersama jenama hijab lokal.
Pernah suatu ketika dahulu mengayakan stail hijab turban, gaya Yuna menjadi ikutan hijabi. Bagi Yuna berhijab perlu ada keselesaan sendiri tanpa lari dari akar sebenar berhijab. Tidak pernah mengikuti gaya mana-mana selebriti, Yuna selesa dengan kreativitinya tersendiri.
Menariknya dalam sesi temubual bersama media, Yuna berkongsi pendapat bahawa mengenakan hijab tidak semestinya mahal. Bagi Yuna hijab mampu milik juga boleh memberi impak bagi si pemakai. Asalkan hijab itu bersesuaian dan anda pandai mengayakannya biarpun di mana sahaja.
Sebagai penyanyi yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna tidak pernah memandang rendah pada jenama lokal. Malahan peluang keemasan ini memberi peluang dan ruang untuk menyokong jenama lokal di mata antarabangsa.
Putri N. Rex adalah jenama tudung lokal yang berpusat di Malaysia yang memberikan keselesaan dan hijab dengan kualiti kerja yang unggul dengan harga yang berpatutan. Berada di pasaran selama lebih kurang 5 tahun yang diasaskan oleh Putri Rex. Sebagai permulaan, ini adalah peluang seumur hidup bagi Putri untuk melakukan kolaborasi seperti ini dengan memanfaatkan situasi semasa dan mengaitkannya dengan tanda nama Eid kita “Embracing Sillaturrahim” . Walaupun memakan masa, ini merupakan kemajuan yang menyeronokkan dan Putri harap hijabi selesa mengenakan hijab dari Putri N. Rex semasa lebaran mahupun pengayaan harian.
Perayaan lebaran selalu berkaitan dengan hubungan dengan orang-orang di kampung halaman atau saudara-mara kita yang jauh. Putri dan Yuna telah berkawan lama tetapi jarang bertemu kerana Yuna berpusat di Los Angeles.
Mereka berdua merangkul Silaturahim antara satu sama lain selama Yuna masih tinggal di Malaysia. Merangkul Silaturahim dalam konteks ini juga bermaksud berhubung dengan pelanggan kita, membina kepercayaan dengan mereka dari seluruh dunia, dari seorang wanita ke wanita lain. Kerjasama ini adalah khas untuk pelanggan setia jenama Putri N. Rex, peminat Yuna di seluruh dunia yang mengagumi gaya hijabnya dan termasuk mereka yang dalam proses berhijab.
Putri N. Rex menginovasi Petal Satin, bahan yang kukuh namun lembut dan sejuk yang dilengkapi dengan dua koleksi untuk mengejutkan pelanggan setia jenama ini. Pertama, Set Hadiah Yuna dilengkapi dengan satu set tiga selendang, yang juga termasuk satu kit tudung dengan harga RM 198 sahaja dan terdiri dari empat set yang mempunyai kisah tersendiri iaitu:
Kedua, Grace Easy Hijab telah menjadi koleksi terlaris Putri N. Rex dan sekarang didatangkan dalam Edisi Yuna yang merupakan selendang separa instan dan mempunyai 10 warna dengan harga RM98 setiap satu. Pastikan anda mencubanya kerana ia adalah kegemaran peribadi Yuna!
Yuna adalah ikon wanita fesyen terbaik dan juga menjadi inspirasi kepada wanita lain. Mengemari dan mengagumi Yuna dengan caranya tersendiri. Karier sebagai artis berhijab di Amerika Syarikat merupakan satu cabaran yang membuka mata kami dimana ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuknya diterima di sana. Berhijab adalah terlalu peribadi buat pemakainya. Walaupun menghadapi cabaran, gaya tersendiri Yuna menyerlahkan keunikannya sebagai seorang artis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekitar tahun 90-an, Azmil Mustapha merupakan pelakon lelaki yang cukup dikenali di zaman itu. Arwah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira dua tahun yang lalu.
Ke mana tumpahnya jika tidak ke nasi. Bakat dalam dunia lakonan yang ada pada diri pelakon itu juga turut ‘diwarisi’ oleh anak perempuannya, Nur Alya Iman atau lebih dikenali dengan nama Alya Iman. Memulakan kerjaya sebagai model muslimah, gadis ini juga punya bakat dalam dunia lakonan.
Melalui posting yang dikongsi pernah dikongsikan di laman Instagramnya, nyata gadis ini rapat dengan arwah bapanya.
Ini antara posting Alya yang menggambarkan betapa gadis ini begitu menyayangi arwah bapanya.
Berkongsi foto bersama arwah bapanya ketika mengerjakan ibadah umrah tanpa ‘caption’ jelas menggambarkan perasaan kerinduan seorang anak terhadap bapanya. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah bapanya itu.
Alya juga pernah berkongsi foto dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati.
Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Alya turut berkongsi gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa dia begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting itu menyatakan bahawa dia masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Kongsi Alya lagi, ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan memeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat, Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Siapa yang tak kenal dengan aktress jelita Antarabangsa Gal Gadot, yang terkenal setelah membintangi filem Wonder Woman. Selain memiliki wajah yang cantik, Gal Gadot juga terkenal kerana mempunyai kulit yang bersinar semulajadi.
Sehubungan itu, rakan selebiriti, Keren Bartov, serta jurufacial Gal Gadot telah mendedahkan rahsia yang diamalkan Gal Gadot sebagai rutin penjagaan kulit yang membuatkan kulitnya glowing. Memetik laporan dari laman Boldsky, Hijabista kongsikan rahsia rejim kulit Gal Gadot yang boleh hijabi amalkan!
Menjauhkan tangan dari wajah sepanjang hari sememangnya bukan hal yang mudah. Namun, tindakkan selalu menyentuh wajah secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kulit.
Malah, tindakan ini akan memburukkan lagi keadaan kulit yang sudah dijangkiti bakteria seperti jerawat, minyak dan kotoran akan merebak dengan pantas sekiranya hijabi selalu menyentuh wajah sekaligus menyebabkan jerawat dan menyumbat liang pori.
Jadi kalau hijabi nak dapatkan kulit yang glowing, elakkan tabiat sering menyentuh wajah.
Untuk mendapatkan kulit glowing seperti Gal Gadot, pastikan anda mencuci wajah dengan betul. Kerana dalam rutin penjagaan kulit kebersihan kulit wajah adalah langkah paling penting, kerana membersihkan wajah dapat menghilangkan kotoran dan minyak yang berkumpul pada muka. Apabila wajah anda bersih, produk penjagaan kulit akan dapat diserap dengan baik.
Justeru, untuk membersihkan kulit secara menyeluruh tanpa stres, Hijabista cadangkan hijabi mengaplikasikan pembersihan berganda, dengan produk yang lembut diikuti dengan micellar water yang dioleskan menggunakan kapas selepas membersihkan wajah.
Ketika anda berada diluar rumah dan terdedah kepada sinar matahari secara langsung. WAJIB gunakan sunscreen setiap dua jam, atau setiap jam. Terutamanya jika hijabi sedang berada di pantai meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Ini adalah bertujuan mengelakkan kulit dari terbakar (Sunburn).
Gunakan sunscreen secara berasingan dengan produk lain. Kerana pelembap dan lapisan bedak kompak, tidak dapat memberikan perlindungan UVA dan UVB yang cukup seperti sunscreen.
Selain itu, untuk mendapatkan kulit glowing seperti Gal Gadot, Hijabi boleh ke pusat rawatan kulit wajah dan menggabungkan rawatan kulit yang dicadangkan oleh pakar aestetik dengan rawatan kulit khusus menggunakan teknologi moden. Hasilnya, kulit anda akan dirawat sebanyak 70 peratus dengan bahan merawat kulit aktif dan 30 peratus dengan perawatan secara khusus.
Salah satu hal yang boleh membantu kulit anda menjadi glowing adalah dengan menggamalkan pengambilan vitamin C. Kerana penggunaan vitamin C akan memberi kesan yang ketara pada wajah dan dapat membantu meratakan tona kulit, mencerahkan kulit, serta memudarkan kesan parut jerawat!
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.