Solat malam atau solat Tahajud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat Tahajud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat Tahajud. Waktu paling mustajab untuk melakukan solat Tahajud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat Tahajud. Antaranya:
1. Menghapus dosa dan mencegah daripada melakukan dosa
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat Tahajud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
IKLAN
2. Ketakwaan dapat dilihat melalui wajah
Orang yang selalu bangun menunaikan solat Tahajud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
3. Melancarkan aliran darah
Kebiasaannya, solat Tahajud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
IKLAN
4. Membesarkan rongga paru-paru
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
.
IKLAN
5. Jaminan masuk syurga
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat Tahajud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Dicintai Allah
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat Tahajud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
SUMBER: via MANFAAT.CO.ID
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi wanita masa kini, jean biasanya merupakan salah satu barangan fesyen yang wajib ada. Ia tidak menghairankan, kerana jean adalah item fesyen yang fleksibel, senang digabungkan dengan sebarang bajus selain selesa dipakai dan praktikal.
Namun bagi hijabi, ada pula yang kata tidak sesuai untuk menggayakan jean. Salah satu alasannya jean dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna. Berikut jawapan lengkap yang dipetik dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
SOALAN
Mohon pertanyaan berkenaan bab pakaian. Saya ada menonton video ceramah berkenaan haram dan muflis di akhirat bagi wanita memakai seluar jeans. Kenapa seluar jean diharamkan atau semua jenis seluar yang lain diharamkan? Adakah seluar tidak menutup aurat?
JAWAPAN
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya.
Kewajipan ini adalah sebagaimana sabdaan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raf: 26)
Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, dulu-dulu Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga.
Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Thaha, 121)
Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah dirI. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.
Adakah haram bagi seorang wanita memakai seluar jeans atau mana-mana jenis seluar yang lain?
Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek.
Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi.
Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh.
Seperti contoh sebagaimana sebuah hadis, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa:- “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitu juga, hadis berkenaan sahabat ketika menunaikan haji / umrah:-
مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Hadis Sahih Bukhari, No. 5804)
Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat.
Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat.
Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita.
Adakah seluar jean haram bagi wanita?
Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.
Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:-
جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
Maksudnya: Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara.’
Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Diantaranya adalah:-
Maksudnya: “Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.
Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:
اذا زال المانع عاد الممنوع
Maksudnya: Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus
Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada.
Walaubagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya.
Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat diseluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.
Kesimpulan bagi kajian ini, kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya. WalahuA’lam.
Sebuah portal berita popular telah menyiarkan sebuah video yang memaparkan tentang masyarakat bukan Islam di New Zealand yang begitu tertarik untuk mengetahui mengenai ajaran Islam.
Mereka memenuhi ruang masjid untuk bertanyakan perihal agama Islam seterusnya menyaksikan sendiri bagaimana pelaksanaan solat oleh umat Islam.
MasyaAllah, bukti kekuasaan Tuhan…
Many New Zealanders start visiting the mosques to learn about Islam after terrorist attack on Christchurch mosques, which killed dozens of worshipers
Sanggup menghabiskan wang untuk memberikan keperluan kecantikan buat isteri tercinta. Kisah gadis ini bersama suaminya menjadi perbualan warganet mengenai kesanggupan suaminya untuk memberi wang bagi isterinya untuk mengekalkan kecantikan.
Perkongsian itu telah di muat naik melalui platform TikTok dan meraih sebanyak 325K penonton sehingga ke hari ini. Wah! min pun teruja nak tahu mengenai cerita ini dengan lebih lanjut, jom!
Tak salah invest untuk kencantikkan isteri
Kisah gadis yang membuat perkongsian di TikTok pada minggu lepas membuatkan orang ramai tergamam apabila dia menyatakan bahawa suaminya memberikan sejumlah wang hanya untuk dia mencantikkan diri.
Tidak ramai yang sanggup membuat sedemikian oleh kerana itu penonton yang melihat video perkongsian pengguna akaun TikTok @nisahany_ atau lebih gemar di kenali sebagai Nisa. Dia telah membuat satu video yang berdurasi selama 15 ke 30 saat itu menunjukkan kompilasi penghargaan pengorbanan suaminya yang telah selamat di ijab kabul pada 10 September lalu.
“Finally, lelaki yang invest kecantikkan Nisa 2k per week jadi suami Nisa. Alhamdulillah, 10.9 Nisa jadi isteri dia.” katanya melalui video yang di kongsikan itu.
Nisa atau nama sebenarnya Nur Nisahany Binti Rusle, 25, di temu bual oleh team Hijabista untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini. Siapa sangka dia pernah di ejek dan caci sewaktu ketika dahulu.
“Sebelum ini berat saya sebanyak 62kg, waktu itu saya tidak berapa cantik nak di bandingkan dengan sekarang,
“Waktu main TikTok, ramai yang suka lontarkan kata-kata ejekkan di sebabkan rupa paras saya. Ada yang kata terlalu ‘confident‘, kulit gelap, dan kulit muka seakan jalan tar,
“Jadi waktu itu teman lelaki (kini suami) encourage saya untuk kuruskan badan. Tapi biasalah awal-awal sahaja beria, lama-lama sudah mula tidak lakukan apa-apa untuk kuruskan badan” katanya.
Wanita yang berasal dari Kedah itu juga berkata, suaminya ketika itu memberikan semangat kepadanya supaya turunkan berat badan dan jaga penampilan. Namun, usahanya kian pudar saban hari. Lalu, Nisa di cabar ketika itu oleh suaminya sewaktu itu.
“Time itu dia cabar saya, kata dia kalau saya berjaya turunkan berat badan dalam tempoh 2 bulan, dia akan kahwini saya,
“Jadi saya sahut cabaran itu dan cuba sedaya upaya untuk menurunkan berat badan. Manakan tidak, bila dengar perkataan ‘kahwin’ itu tandanya dia serius.” ujarnya lagi.
Nisa berjaya menurunkan berat badan yang di impikannya. Bahkan, sebelum melanjutkan pernikahan pada bulan September, ketika itu suaminya memberikan sejumlah wang sebanyak RM2k setiap minggu baginya untuk membuat apa-apa rawatan kecantikan.
“Memang tidak plan pun untuk dia beri apa-apa pada saya untuk ubah. Ada pun saya makan supplemen untuk mencantikkan diri,
“Tapi dia berikan saya RM2k pada suatu hari katanya untuk buat apa-apa sahaja yang boleh mencantikkan diri saya. Ingatkan dia bagi itu sekali untuk sebulan, tetapi dia mula bagi setiap minggu,
“Saya ada juga ingin ganti balik duit itu, tapi katanya tidak perlu, itu bahagian untuk saya mencantikkan diri” jawabnya apabila menjawab tindakan suaminya yang mengejutkan itu.
Nisa dan juga suaminya, Muhammad Farhan Bin Zulkeffle, 24, selamat di ijab kabulkan pada 10 September lalu. Sungguh manis apabila di lihat semula perjalanan Nisa dan suaminya sehingga ke tahap ini. Tahniah kepada anda berdua!
Malah, Emma kini kelihatan lebih ceria dengan kulit putih merah jambu milikya, menimbulkan persoalan dikalangan para peminat, apakah 'rahsia' penjagaan kulit ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan ini.