Baru-baru ini penyanyi yang popular dengan lagu irama tradisional, Noraniza Idris, 50 tahun selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26 tahun telah berkahwin. Kemeriahan majlis itu dapat dirasai apabila turut dihadiri rakan taulan. Namun yang menyebabkan netizen sebak apabila penyanyi ini muat turut foto beserta kapsyen menceritakan luahan hati pada anaknya itu. Salah satu adalah disebabkan ingatan anaknya itu dia akhirnya tekad untuk berhijab pada usia 40 tahun.

Penyanyi Awallah Dondang ini memberitahu satu hari anak sulungnya itu ada bertanya bila dia mahu memakai tudung. Katanya berdosa nanti dan itu adalah aurat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on


Malah kata-kata anaknya itu yang ketika itu masih kecil buat dia pegang dan bertekad cukup usianya 40 tahun, dia akan berhijab. Alhamdulillah sudah 8 tahun Noraniza terus kekal istiqomah hingga kini.

KISAH ALIFF HAIQAL MASA KECIL
Sejak lahir alif akan ditidurkan atas dada papanya.. kata org tua2, kalau nak bagi anak kenang org tuanya kena tidokan atas dada.. ternyata @aliffh23ni memang #copycatapa papa dia buat. Suka tiru . Sehingga papa dia berdehem sambil tgk tv pun dia akan ikut.. sebab papa buat. Itu lah anak. Bila org tua dia jd idola. .

Kisah @aliffh23masa kecik paling nakal dan suka protect kawan2 kena buli. Sampai satu hari, dia tanya mama, bila mama nak pakai tudung, berdosa mama , aurat tu ma aurat tu.. kata2 dia menyebabkan sy pegang tekad cukup usia sy 40 sy berhijab. Syukur alhamdulillah dah lebih 8 tahun sy berhijab. .

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on


Satu lg kisah @aliffh23, dia sedih sebab tak boleh sebut R dan pelat. Utk atasi masalah sedihnya, sy layan. Sy latih dia gulungkan lidah sambil bunyikan “rrrrrr..” selagi tak letih. Sy latih dia setetrusnya sebut “rrrrrraaaaaa” . Nak tau , sampai sekarang bila dia sebut oerkataan2 yg ada bermula dengan R , sentiasa didengar jelas dan huruf r pasti ditekan sedikit . .

Satu lg kisah @aliffh23masa kecik, yg paling comel, air liur dia selalu meleleh sampai umur 5 bulan. Dulu masa nak bersalinkan @aliffh23, sementara nak ke klinik , sy lalu kat kedai kuih pau masakan restoran cina . Sy nak juga pau tu bau menyelerakan tapi disebabkan was was, jd sy ambil bau je. Tak lah makan. Mak kata ini lah sebabnya anak sy meleleh air liur.. wallahualam.. 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on


Sementara itu sebagai ibu juga, Noraniza turut berpesan pada anaknya itu agar menjadi seorang ketua kelarga yamg dapat membimbing isteri selain menghormati keluarga.

Aliff anakku, ini catatan ibu utkmu anakku,

Pertama kali mdengar tangismu, hilang segala kesakitan melahirkanmu.

Maka bermulalah tawa tangis mama penuh rasa keibuan.

Masa berlalu pantas dan kini mama menyaksikan alif berdiri depan pintu gerbang kehidupan baru. Bgai bicara luqman al hakim dlm surah luqman dlm al Quran, hidup umpama laut. Dlm nya x terduga, isinya penuh pancaroba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on


Alif anakku, kau adalah ketua keluarga maka bimbinglah isterimu, bakal ibu kpd anak2mu. Hormati mertuamu, ipar dan saudara semendamu dan. Keluargamu sendiri.

Jika duka yg kau jumpa, kembalilah kpda Allah.
Jika suka yg kau jumpa, bersyukurlah.

Doa sentiasa mengiringimu Aliff.

Maafkan kerana mama bukanlah mama yg sempurna utkmu.

Sesungguhnya, sedari awal telah mama halalkan segala urusanmu .. teruskanlah perjalanan mu dengan tenang dan penuh kasih sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORANIZA IDRIS

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI