Sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan, selebriti jelita, Ardell Aryana kini sekali lagi menyertainya bagi membantu rakyat Syria serta Lubnan dan terpaksa meninggalkan suami dan anak buat sementara waktu.
Berkongsi di instagram, Nadzmi Adhwa turut memuat naik video sewaktu dia dan anaknya, Arwa Malaikha Urwa menghantar Ardell di lapangan terbang bagi menjayakan misi bantuan di sana.
Jelas Nadzmi, dia redha kerana sudah memahami semangat Ardell yang sukakan aktiviti kemanusiaan sejak dari mereka berkawan lagi.
Bini saya ni nampak je kuat tapi kememeh ☺️ kuat nangis.
Saya redha atas awak. Pergi lah bantu mereka ya. Dari kita kawan dulu awak dah buat benda ni 🤲🏻 1 pesan saya doakan kami disini ketika berada di bumi barokah as syam. Moga dengan asbab ini awak ke syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Dan tariklah saya juga masuk kesana. Amin.
Tambah Nadzmi, dia juga mengharapkan urusan Ardell dipermudahkan dan orang ramai dapat mendoakan perjalanan pergi dan pulang isterinya yang tercinta itu.
Moga Allah redha ❤️ Semoga dipermudahkan segala urusan awak , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang 🤲🏻
Ads
Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria dan Lubnan ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang ❤️
Terbang ke Amerika Syarikat untuk menjadi salah seorang penceramah pada Persidangan IMSA-MISG 2022 yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat dari 23 hingga 27 Disember 2022 lalu.
Kakak kepada Ria Ricis ini memuat naik beberapa aktiviti sepanjang kongres tersebut. Baginya, menghadiri kongres di AS meninggalkan kesan istimewa.
Sudah menjadi kebiasaan apabila memiliki akaun media sosial, pastinya ingin berkongsi sesuatu yang indah bersama pengikut, malah ramai selebriti berbuat demikian begitu juga orang ramai. Setiap perjalanan pasti menuntut pengalaman yang berlainan, pendakwah bebas dari Indonesia ini mempunyai misi melawat Amerika Syarikat yang pastinya setiap pengikutnya mendambakan cerita terkini darinya.
“Ke luar negara sebenarnya bukan sekadar mengunjungi tempat-tempat pelancongan dan mengambil foto di tempat-tempat ikonik ini,” tulis Oki Setiana Dewi di akaun Instagram. Malah Keluar dari negara sendiri sebenarnya memahami kebesaran Tuhan kerana mencipta bumi yang begitu luas dan manusia yang pelbagai,” sambung isteri Ory Vitrio.
MISG ialah kumpulan pengajian Islam Malaysia yang diasaskan di Illinois pada 1976 manakala IMSA adalah singkatan bagi Persatuan Pelajar Muslim Insonnesia aka Persatuan Pelajar Muslim Indonesia yang ditubuhkan pada 1998, di Missouri, Amerika Syarikat, pada konvensyen tahunan MISG.
Misi IMSA adalah membantu masyarakat Islam Indonesia di Amerika dalam memajukan kapasiti intelektual dan spiritual bagi masyarakat baik di AS mahupun ketika pulang ke Indonesia nanti.
Membawa keluarga dan anak-anak, Oki juga diduga kesihatan anak yang tidak berapa sihat dan dengan izinNya segalanya dipermudahkan. Oki juga meluangkan masa lawatan wajib selain tempat ikonik, jika berkesempatan mengunjungi masjid, kampus, masyarakat Indonesia.
Berkesempatan bertemu dengan para ilmuan di sana Oki juga berbesar hati memberi ceramah untuk komuniti Indonesia yang bermastautin di luar negara. Perjalanan yang melelahkan namun membahagiakan, perkongsian perjalanannya di luar negara ramai yang titipkan semoga pendakwah ini terus sihat dan dilindungiNya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih mesra dengan panggilan Lala semakin jarang muncul di kaca TV.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada menghadiri program serta majlis-majlis ilmiah keagamaan.
Selain, itu penampilan Wan Sharmila juga dilihat semakin sopan dan manis dengan jubah serta tudung labuh lengkap berstoking.
Masha-Allah memang sejuk mata memandang.
Terdahulu, tular penampilan Wan Sharmila yang berjubah hitam serta mengenakan niqab sewaktu menghadiri majlis ilmu baru-baru ini raih pujian warga maya.
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikToknya, Wan Sharmila telah meluahkan rasa syukur kerana diundang untuk menghadiri majlis seperti itu.
Menurut Wan Sharmila, dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik dalam hidupnya kini.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.
Sebagai hamba Allah pasti ada amalan yang dianjurkan untuk terus berlindung dari segala kesulitan. Jangan sesekali kita tergolong dalam golongan yang rugi. Perkongsian hijabista untuk menganjak anda mengamalkan doa Nabi Daud AS selitkan doa ini sebagai pelindung untuk kita jalanani kehidupan harian.
Nabi Daud AS adalah salah seorang utusan Allah SWT yang mempunyai mukjizat istimewa seperti para nabi utusan Allah SWT yang lain. Nabi Daud AS dianugerahkan kelebihan untuk faham dan dapat berbicara dengan haiwan yang ada. Begitu juga burung dan gunung semuanya tunduk pada kehendak Nabi Daud AS (atas izin Allah).
Amalan Doa Nabi Daud Yang Mampu Lembutkan Hati Seseorang Walaupun Sekeras Besi.
Tidak hanya itu, Nabi Daud AS turut dianugerahkan oleh Allah SWT satu lagi kelebihan. Kelebihan ini berupa kemampuan ke atas Nabi Daud AS untuk menundukkan besi (Saba: 10-11 dan Al-Anbiya: 80).
Besi-besi yang keras ini dengan mudah mampu untuk dilunakkan oleh Nabi Daud AS sehingga berjaya menjadi pelbagai barangan termasuklah pakaian perisai untuk berper4ng dengan sangat mudah.doa nabi daud
Ini terbukti melalui firman Allah SWT di dalam AlQuran yang berbunyi,
Maksudnya, “Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), “Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud.”
Dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Saba, Ayat 10-11)
Doa Nabi Daud alaihis salam maksudnya: “Ya Allah aku mohon KepadaMu empat perkara dan aku berlindung kepadaMu daripada empat perkara…..Aku mohon kepadaMu lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur,badan yang sabar dan isteri yang membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku. Aku berlindung kepadaMu daripada empat perkara;
Berdasarkan doa di atas Nabi Daud a.s. memohon kepada Allah SWT empat perkara:
Firman Allah SWT maksudnya, “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring.” (Surah an-Nisa’ ayat 103)
Firman Allah SWT maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab ayat 41-42)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)
Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah SWT membalasnya dengan melimpahkan nikmat yg lebih baik.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152).
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya.
Bersabar di atas menjaga semua anggota badan (menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan kemaluan) supaya tidak melakukan maksiat adalah amalan mulia di sisi Allah SWT.
Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah SWT.?
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”
(Surah Ali Imran ayat 146)
Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan. Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dinamik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebenciannya ditinggalkan. Isteri yang solehah akan membantu dan menasihatkan suami kepada sentiasa mentaati Allah SWT .
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
Mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada memiliki anak yang derhaka , tidak beradab sopan dan suka menyakiti hati kedua ibu bapanya. Anak derhaka tidak akan cium bau syurga.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :” Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang” (Hadis riwayat Anas bin Malik)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Imam Bukhari )
Isteri yang tidak solehah akan sentiasa menyakiti hati suaminya, suka meminta berlebih-lebihan kepada suami yang tidak mampu hingga suami menjadi stress dan beruban rambut sebelum sampai waktunya.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”
Isteri yang mementingkan harta dunia, suka kepada kemewahan dan perhiasan dunia tidak akan ada sifat qanaah dan sering membebankan suami dengan perkara-perkara diluar kemampuan suami. Sifat kebendaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan bersyukur di atas nikmat rezeki yang diberikan oleh suaminya.
Harta dunia boleh jadi membawa kebaikan dunia dan akhirat ataupun harta tersebut akan menjadi penyebab tuannya masuk neraka. Harta yang membahayakan adalah harta yang diperolehi daripada sumber yang haram, harta yang menyebabkan seseorang itu menjadi cinta dunia dan melupakan kehidupan di hari akhirat dan harta yang tidak ada keberkatan kerana diperolehi daripada jalan yang haram.
Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi yang ketiga. Tidaklah yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad)
Seburuk-buruk tetangga (jiran) adalah tetangga yang menutup kebaikan kita dan sukakan mendedahkan aib kita kepada orang lain.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(Hadis sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).
Sahabat yang dikasihi,
Amalkanlah doa tersebut kerana ianya mengandungi doa permohonan kebaikan dan doa memohon perlindungan daripada kejahatan makhluk. Jika Allah SWT memberi kebahagiaan dan kejayaan maka banyakkan bersyukur begitu juga jika di beri ujian maka banyakkan bersabar kerana kesabaran itu akan membawa kebaikan dan pahala.
Selain daripada doa di atas terdapat lagi satu doa Nabi Daud a.s yang baik untuk kita amalkan:
“Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang mencintaiMU dan kecintaan pada amal yang menghantarku untuk meraih cintaiMU. Ya Allah, jadikanlah cintaMU sebagai sesuatu yang paling aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk.” (Hadis riwayat Termizi).
Tetaplah berdoa dan berlindunga kepada Allah SWT dengan amalan-amalanya sambil tetap mamtuhi undang-undang
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ustazah Asma’ Harun menasihati bakal pengantin agar tidak meninggalkan solat hanya kerana solekan atau kesibukan majlis perkahwinan demi keberkatan rumah tangga.