Gandingan hebat dua penyanyi ini di pentas akhir Big Stage yang lepas masih lagi menjadi perbualan ramai. Persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul menjadi salah satu momen yang tidak bisa dilupakan pada tahun ini. Alunan vokal yang mantap serta paduan suara yang lunak berjaya memukau seluruh rakyat Malaysia pada malam itu.
Hasil dari persembahan duet itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengalunkan sebuah lagu yang dihasilkan oleh penyanyi serta komposer berbakat, Aina Abdul. Sudah lama menyimpan hasrat untuk merakamkan lagu ciptaan Aina, akhirnya impiannya menjadi kenyataan apabila Aina bersetuju untuk menghasilkan lagu buat idolanya itu.
Dalam sesi Live di Instagramnya baru-baru ini, Aina sempat berkongsi tentang perkembangan terkini mengenai proses penghasilan lagu untuk penyanyi nombor satu negara itu.
Menurut Aina, dia belum lagi memulakan proses penghasilan lagu untuk idolanya itu. Namun, kini dia sedang dalam proses untuk mengenal corak suara Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk memudahkannya menghasilkan lagu yang sesuai buat penyanyi kesayangan ramai itu.
Ads
“Jujurnya, saya belum lagi memulakan sebarang proses untuk menghasilkan lagu beliau kerana jadual kerja saya yang agak padat. Pun begitu, saya sedang belajar tentang vokal Datuk Siti menerusi albumnya.
Sekarang saya dah khatam tiga album, dan saya akan mendengar lagi album-album lain untuk memudahkan saya menghasilkan lagu yang sesuai untuk Datuk Siti,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kali ini prosesnya sedikit berbeza kerana dia mendengar sebagai seorang komposer.
Ads
“Sudah tentu saya mengenali Datuk Siti. Saya menjadikannya idola sejak dari kecil. Cuma, jika dahulu saya mendengar lagu-lagunya untuk menyanyi dan juga sebagai seorang peminat. Kali ini saya mendengar sebagai seorang komposer. Jadi prosesnya mengambil sedikit masa,” kongsi Aina.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam sesi Live di akaun Instagram nya turut memuji kekuatan vokal dan juga rangkaian lagu dari Aina Abdul yang berkualiti dan sememangnya mempunyai nilai unik dan istimewa.
Ternyata penyanyi Aina Abdul antara insan bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal hadir dengan album terbaru nanti!
Bersukan memerlukan hijabi berada dalam keadaan yang selesa supaya mudah melakukan aktiviti-aktiviti sukan sepanjang hari. Oleh itu, banyak perkara dan faktor yang perlu dititikberatkan seperti cara bersukan serta persiapan sebelum bersukan.
Salah satu persiapan sebelum bersukan adalah dari segi pemilihan baju sukan kumpulan. Sama ada anda bersukan secara individu atau berkumpulan, baju sukan memainkan peranan penting dalam memberikan kesan dan impak tenaga anda dalam bersukan.
Baju yang tidak selesa akan menjadikan mood anda hilang dan tiada keyakinan diri sepanjang hari. Bagaimana pula untuk menjadi juara dalam bersukan? Oleh itu, pemilihan baju untuk bersukan penting bagi mengelakkan segala masalah berlaku dan untuk menaikkan semangat serta performance anda dalam bersukan.
Bagi hijabi pula penting untuk memilih fabrik sport hijab ketika bersukan kerana memilih fabrik yang salah menyebakan ketidakselesaan menjalani latihan bersukan. Berikut adalah tip bagi hijabi untuk memilih baju dan aksesori sukan.
Kenal pasti jenis kain atau fabrik yang sesuai untuk dipakai. Pemilihan jenis fabrik haruslah tahan lasak dan tidak mudah koyak, lebih sesuai jika kalis air kerana sukan akan mengeluarkan peluh yang banyak dan seandainya baju anda basah lencun disebabkan peluh, pastinya anda dan orang sekeliling juga tidak merasa selesa.
Sebagai contoh, baju sukan yang terbaik adalah dari kain jenis Plaschevuyu, Tweed, suede dan lain-lain lagi. Selain itu, untuk mendapatkan ruang udara yang selesa dan sihat, baju sukan juga mestilah mempunyai butang atau lubang kecil mahupun zip.
Baju sukan yang selesa juga haruslah mempunyai sifat elastik dimana bahagian lengan yang selesa perlu mempunyai sifat elastik untuk memudahkan anda menggerakkan tangan dan melakukan sesuatu. Tanpa sifat elastik atau getah, angin akan meniup dan menyukarkan anda bergerak untuk melakukan aktiviti. Selain itu, bahagian yang sentiasa memerlukan regangan dan gerakan seperti pinggang juga perlu mempunyai elemen pakaian yang bergetah atau mudah ditarik. Begitu juga dengan bentuk baju, ukuran baju sukan perlulah selesa dan tidak ketat.
TIP MUDAH: Semakin banyak anda berpeluh, lebih banyak anda sebenarnya memerlukan kain dibuat dengan peratusan yang lebih tinggi daripada bahan-bahan sintetik yang berkualiti tinggi, serap peluh seperti Spandex, Lycra atau elastane dan anda akan tetap sejuk.
Anda harus berhati-hati tentang pilihan warna. Faktor ini penting untuk dipertimbangkan. Reka bentuk pakaian harus mengandungi kelenturan. Apabila hijabi memakai kombinasi warna yang baik, hijabi akan berasa segar dan juga orang lain berasa tidak pelik apabila melihat.
Perkara lain yang perlu anda lihat ialah saiz pakaian sukan anda. Aspek ini perlu di beri perhatian bahawa jenama yang berbeza mempunyai beberapa perbezaan saiznya, jadi anda harus menyemaknya sebelum membeli. Apabila memilih saiz mengikut bentuk badan, anda pastikan anda selesa semasa bersenaman. Juga, pemilihan yang betul akan membolehkan anda bebas bergerak. Pakaian anda tidak seharusnya terlalu ketat atau terlalu longgar.
Paling penting bagi hijabi yang aktif bersukan jangan sesekali menyarungkan hijab yang tidak sesuai iaitu hijab yang tidak menyerap peluh. Fabrik yang tidak sesuai akan membuat rambut hijabi berpeluh dan kepam ketika menjalani aktiviti bersukan.
Terbaharu dari Tudung People Najwa Sport Hjab diperbuat daripada jersi jaring prestasi pengeringan yang cepat, koleksi ringan dan bernafas ini membuatkan hijabi selesa. Malah hijabi tetap aktif dengan keselesaan yang maksima. Dilengkapi dengan penutup dagu, awning lembut untuk perlindungan matahari dan pengudaraan dan Mesh Jersey membolehkan penyebaran haba dan penyerapan kelembapan serta cepat kering. Potongan melengkung untuk hijabi tampak lebih kasual dan juga di datangi dengan jenis bawal dan shawl.
Najwa Sport mana yang sesuai untuk hijabi?
Najwa Sports Hijab – larian, berbasikal, bersukan
Najwa Sports Lite – Seni Bela Diri, Badminton / tenis, bola keranjang / bola jaring
Najwa sport shawl – Sesuai untuk latihan kasual dan travel.
Amat sesuai uhtuk hijabi bergaya walaupun ketika bersukan. Ramai antara mereka yang gemar menyarungkan hijab dengan padanan topi agar tampak lebih stailo. Tidak kurang juga padanan jam tangan yang menjadi penarik si hijabi.
Padanan warna yang menarik membangkitkan mood hijabi ketika melakukan aktiviti sukan, tak kurang hebatnya koleksi terbaharu ICE WATCH, Antara model jam terbaru yang akan berada di sana termasuklah koleksi ICE on Fire yang baru dilancarkan semalam.
Terbahagi kepada 4 rekaan berwarna merah putih, jam tangan ini mempunyai tali silikon dan hanya dijual pada harga RM339. Menarik bukan!
Menariknya lagi hijabi boleh turut serta dalam larian yang dianjurkan oleh ICE WATCH dan dibawa oleh Habib Grup.Setelah epat tahun berturut-turut menganjurkan acara larian ini namun tahun 2019, Ice-Watch melakukan sedikit perubahan di mana larian yang bertema Light Up The Day Run 2019 ini akan dianjurkan pada waktu pagi.
Bertempat di IOI City Mall Putrajaya pada 8 Disember ini, hijabi boleh membawa kawan dan ahli keluarga untuk turut sama berlari, berseronok dan menghabis masa dengan aktiviti sihat.
Ia terbuka kepada 2 kategori iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Bagi mereka yang mencatatkan masa pantas untuk setiap kategori tersebut, tentunya Ice-Watch juga ada menyediakan hadiah menarik untuk peserta!
Selain daripada acara Light Up The Day Run 2019, peserta juga boleh melihat model-model jam cantik dan terbaru dari Ice-Watch dan stor Time Zone Malaysia di Habib Group Exhibition yang bertempat di aras Ground Floor, bangunan IOI City Mall pada hari tersebut.
Untuk info lanjut tentang Ice-Watch Light Up The Day Run 2019, korang boleh kunjungi laman web The Marathon Company. Pendaftaran sudahpun dibuka secara online di racexasia.com.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penceramah terkenal negara, Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkongsi kisahnya membantu seorang wanita memeluk Islam.
Seorang wanita bernama Miss Paweena mengucapkan syahadat hari ini. Ustaz Ebit bercerita di Facebook tentang seorang wanita yang bertanya kepadanya tentang Islam di aplikasi tersebut.
“Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah.
“Katanya inilah hari paling bahagia dalam hidupnya. Tidak pernah rasa begini. Dia hubungi melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam.
Ebit bercakap dengan seorang wanita di Facebook yang mempunyai beberapa soalan tentang Islam. Dia kemudian berkata dia mahu menjadi seorang Muslim.
“Dia contact melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam. Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam,” katanya.
Baru sahaja menjejaki alam rumah tangga, pasangan pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna terus menjadi perhatian netizen apabila sering berkongsi moment-moment indah sejak bergelar suami isteri.
Selepas bergelar pengantin baharu, pasangan pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna terus menarik perhatian netizen untuk mengikuti kehidupan ‘sweet’ pasangan ini.
Baru-baru ini tular sebuah video menerusi aplikasi Tik Tok apabila Halim memuat naik hantaran memaparkan isterinya mengenakan hijab, terpesona dengan penampilan isterinya itu, Halim telah memuji kecantikan isterinya persis bidadari.
Rakaman video berdurasi 45 saat itu menunjukkan Halim meluahkan kata-kata romantis serta puji-pujian indah buat isterinya tercinta. Sehingga Husna tersipu malu sambil mengatakan dirinya biasa sahaja. Namun Halim menyatakan kekagumannya terhadap kecantikan ‘luar biasa’ isterinya apabila bertudung.
Aduh cantiknya, ya Allah cantiknya.. malu? Malu kenapa? Yelah sebab cantik, I tak puji pun tetap cantik. Haihh luar biasa (cantik)…
“Assalamualaikum bidadari syurga.. sayang sangat,” kata Halim dengan nada berbisik.
Tindakan Halim itu telah membuat netizen merasa cemburu dan geram terutamanya bagi yang masih belum mempunyai pasangan. Malah tidak kurang juga yang cair mendengar kelunakkan suara Halim yang disifatkan sebagai ‘macho’ persis personaliti veteran Dato’ Jalaluddin Hassan.
Dalam hantaran sama, Halim turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang menghujani hantaran berkenaan dengan doa yang baik-baik untuk mereka berdua.
“MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata memuji aksi romantis pasangan berkenaan sehingga membuatkan segelintir golongan ‘single’ berasa sunyi seketika.
Untuk rekod, Halim dan Husna telah diijabkabulkan oleh bapa Husna, Syed Faizal Syed Mohd. dengan sekali lafaz di rumah pengantin perempuan di Kajang, Selangor.
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.