Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya kelapa memberi banyak khasiat kepada tubuh badan terutamanya kepada kulit! 

Sumber gambar: Laker

Ha! Bukan sahaja sedap diminum, tetapi nutrisi yang terdapat dalam buah ini dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan! Kami kongsikan 5 kepentingan buah kelapa yang perlu anda tahu manfaatnya dalam  merawat kulit wajah!

Sumber gambar: Tijana

1. Merawat Jerawat

Sumber gambar: Anna

Air kelapa bukan sahaja baik untuk tubuh badan tetapi ia juga mempunyai banyak nutrisi untuk kecantikan kulit wajah seperti mineral dan vitamin C, B kompleks. Protein, karbohidrat dan rendah lemak. Sapukan air kelapa pada wajah pada waktu malam. Selitkan langkah ini dalam rutin penjagaan malam anda. Air kelapa merupakan salah satu cara untuk merawat jerawat dengan cepat.

Caranya – Sediakan satu gelas air kelapa kemudian campurkan dengan tiga sudu serbuk kunyit. Simpan dan biarkan selama semalaman dalam peti sejuk. Tapis air campuran dan sapukan pada keseluruhan wajah.  Biarkan 20 minit kemudian bilas dengan air.

2. Anti –Penuaan

Sumber gambar: Karolina

Kandungan asid lemak, sitokin atau asid laurik merupakan elemen penting dalam proses pertumbuhan sel kulit baru. Elemen ini berfungsi untuk menghalang terjadinya proses penuaan pada kulit. Selain itu antithrombotic dan anticarciogenic dapat menjaga dan menyeimbangkan kadar PH pada kulit.

IKLAN

3. Membersihkan Pori-Pori Kulit

Sumber gambar: Angela

Air kelapa mempunyai pelembap semula jadi dan zat untuk memutihkan kulit. Selain itu air kelapa juga dapat membersihkan pori-pori kulit akibat terkena debu udara yang kotor.

Caranya – Celupkan atau basahkan kapas wajah ke dalam air kelapa, kemudian sapukan pada wajah. Gunakannya untuk membersih wajah setiap hari.

4. Skrub Wajah

IKLAN
Sumber gambar: Pavel

Skrub wajah yang mengandungi ampas kelapa terbukti sangat efektif untuk menangggalkan kotoran yang menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan kulit mati.  Kulit akan terasa lembut dan kelihatan segar.

Caranya – Lumur ampas kelapa pada keseluruhan kulit. Kemudian gosok dengan pelahan dan biarkan beberapa minit. Akhir sekali bilas dengan air bersih.

5. Mencerahkan Kulit

IKLAN
Sumber gambar: Shiny Diamond

Minyak kelapa juga dapat mencerahkan kulit wajah. Penggunaannya senang sahaja, oleskan sedikit minyak kelapa pada wajah lakukan rutin pada waktu malam. Biarkan ia kering seketika kemudian baru boleh tidur seperti biasa. Lihat perubahan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya. Cukup dengan lakukan dua kali seminggu, kulit akan kelihatan lebih cerah dari biasa.

Awas! Hindari menggunakan minyak kelapa pada waktu pagi atau petang kerana bila terkena kotoran ia akan mengakibatkan pori-pori tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI