Hijrah itu kedengaran seperti mudah. Namun, untuk istiqomah itu tidak semua yang mampu lakukannya. Mungkin kadang kala kita tersasar tetapi jika niat kita benar kerana Allah, insyaAllah niat itu akan dipermudahkan olehNya.
Berkongsi pengalamannya sudah 7 tahun berhijab, Sharifah Aleya akui perjalanannya ada naik dan turunnya. Tapi yang pasti, kita jangan putus asa untuk menjadi hamba Tuhan yang lebih baik.
Ads
Tak kisahlah sama ada perubahan itu kecil seperti baby steps, tetapi jika kita mahukannya maka teruskanlah!
Alhamdulillah, 7th anniversary of my Hijrah. Filled with ups and downs, moments of doubt in myself, moments of weaknesses. Dalam masa 7 tahun ni, aku rasa perubahan kearah kebaikkan aku ni belum sampai separuh pun lagi. InshaAllah, sis terus coba… – Setiap wanita akan melalui moment “nak berubah” dia. Some will have it easier than others. Kalau susah lah jalanNya, congratulations in advance for staying on the path. But in all honesty, kalau dah terdetik moment “nak berubah” tu, do it! Baby steps pun, go for it! Confirm akan ada yg cakap “kau tak mampu”. Tapi moment tu terjadi kerana Allah yg buatkan kita rasa “kau mampu”! So mu nak dengar cakap siapa Jah!?! Berjalan, merangkak lah kalau perlu, janji jalan tu kearahNya. May this Ramadhan be a starting point for all of us to be that much better, to be that much closer to Him. – رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Ads
Our Lord, let not our hearts deviate after You have guided us and grant us from Yourself mercy. Indeed, You are the Bestower. [3:8] – Ramadhan Kareem. 5/5/2019
Benarlah apa yang dikatakan oleh Aleya ini. Jika kita mahu berubah, janganlah kita peduli kata-kata orang kerana ianya tidak akan membawa ke mana. Yakinlah dengan janji Allah dan berusahalah mengejar syurganya.
Sejak drama bersiri Nur bersiaran di TV3 awal Ramadan lalu, popularitinya meniti di bibir peminatnya. Ternyata drama yang sarat dengan mesej ini berjaya menarik perhatian ramai sehinggakan menjadi trending di kaca TV. Selain dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, pelakon Noorkhiriah yang memegang watak Aishah juga turut menjadi perhatian. Wataknya yang dilabelkan wanita memakai tudung labuh bidang 60 tetapi hati begitu busuk dan penuh hasad dengki begitu menjadi.
Malah pelakon ini juga turut menerima pesanan dari netizen yang mengakui begitu membenci dirinya dalam drama berkenaan.
Namun sebenarnya itu bukanlah sikap sebenar pelakon serba boleh ini. Noorkhiriah yang terkenal sebelum ini dengan watak komedi adalah seorang pelakon yang sangat komited dengan kerja
Sebelum melakukan penghijrahan pada tahun 2011, dia memang dikenali sebagai pelakon berimej seksi dan jahil mengenai bab agama. Apa yang dia ketika itu tahu hanyalah dunia lakonan.
Walaupun ketika itu sudah berkahwin dan disuruh suami untuk memakai tudung, tetapi dia mengambil sikap acuh tak acuh. Ini kerana memikirkan tiada orang yang akan mengambil dirinya berlakon nanti.
Namun hidayah Allah itu belum terlambat walaupun dia menerimanya ketika berusia 35 tahun. Menurutnya dia berfikir positif kenapa Tuhan berikan detik penghijrahan di usia lewat.
Hikmahnya mungkin kerana tidak mahu dirinya terperanjat dengan perubahan dilakukan dan menanggalkan semua tudung kerana tidak puas dengan dunia lakonan ketika itu.
Penghijrahan ini menurut Noorkhiriah kerana merasakan dosa bagi mereka yang tidak memakai hijab itu akan ditanggung oleh ayah (jika belum berkahwin) dan suami jika sudah mendirikan rumah tangga.
Namun sejak berhijrah sekitar tahun 2011 itu Noorkhiriah terus kekal istiqomah berhijab. Walaupun tahu peluang bagi pelakon bertudung agak berkurangan, tetapi dia tetap merasakan rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Setelah melakukan penghijrahan, dia dilihat sering menyampaikan dakwah bermesej kepada followernya di laman instagram.
Sebelum ini dia yang sudah hampir 20 tahun lebih dalam bidang seni memang ada mengumumkan untuk bersara dari dunia lakonan kerana kecewa dipermainkan. Tetapi drama Nur di bawah produksi Radiusone mengembalikan semula namanya.
Suatu ketika dulu dia antara penyanyi wanita yang amat disegani. Malah begitu berani beraksi dalam setiap persembahannya. Tetapi hidayah Allah datang tanpa diduga dan hari ini Mizz Nina yang kita lihat jauh dari bayangan lama. Ternyata personalitinya sudah jauh berubah dan menjadi insan lebih istiqomah. Kalau dulu dia banyak habiskan masa dengan menyanyi, tetapi kini rutin hariannya digantikan dengan membaca Al-Quran dan menghadiri kelas mengaji.
Isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini tidak lagi memikirkan dunia seni sebaliknya seronok mempelajari minat barunya iaitu belajar, memahami dan melaksanakan Al-Quran.
Bercakap kepada Mstar Online, Mizz Nina atau nama betulnya Syazrina Azman memberitahu dakwah, kasih sayang untuk manusia dan kemusiaan itu yang memberikan dia ketenangan sebenar serta kepuasan dalam hati.
Mizz Nina berkata begitu ketika menjawab soalan rawak di laman Instagram yang bertanyakan kenapa dia tidak lagi menyanyi.
Dalam temubual terdahulu, Mizz Nina memberitahu pada setiap pagi dia akan membaca Al-Quran dan hujung minggu pula dihabiskan dengan menghadiri kelas mengaji. Amalan ini menjadikan dirinya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-harinya.
“Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari,” tambahnya lagi yang turut ditanya bagaimana dia boleh sentiasa berfikiran positif.
Menurutnya dia Allah, Al-Quran dan Sunnah bersamanya untuk terus kekal bermotivasi biarpun menempuh pelbagai dugaan hidup.
“Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya.
“DIA (Allah) adalah pencipta tujuh syurga dan bumi dan semuanya, tiada yang lain sebelumNya dan selepasNya.
“DIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci,” katanya yang mula memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya turut berubah semenjak penghijrahan tersebut.
Baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Nonny Nadirah telah berkongsikan kisah yang menyentuh hati mengenai perjalanan penghijrahannya. Tak dapat menyembunyikan perasaan dan tangisannya, kisah Nonny ini boleh menjadi inspirasi buat semua yang sedang berusaha untuk berubah.
“Sebelum ini kita hanya bercakap mengenai Allah tapi kita tak rasa keadaan yang Dia memang betul-betul wujud.
Kalau kita percaya Dia ada, baru kita betul-betul akan ada perasaan bersalah, perasaan takut. Sebab itu kita berani buat benda bukan-bukan,
“Saya rasa nak bertudung adalah, kita manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Apa yang saya selalu pesan kepada diri adalah jangan suka mencari kesalahan orang lain.
“Saya muhasabah diri untuk menjadi orang yang lebih baik, sebab itu saya bertudung. Dan kita percaya mati itu pasti.
“Allah nak uji kita bila kita sayang sangat dengan sesuatu itu, seperti makhluk, anytime Dia boleh tarik. Ada seorang kawan berkata, mungkin saya terlalu sayang dekat makhluk ini sehingga saya lupa dengan Dia. Saya terus tersentak. Saya tiada jawapan. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan diri sendiri. Saya perbaiki diri saya.
“Ya Allah, Kau jadikanlah aku orang yang lebih baik daripada sebelum ini. Kau angkatlah doaku, Kau makbulkanlah doaku. Saya menangis atas tikar sejadah.
“Saya menangis. Saya menangis. Saya menangis. Setiap hari saya menangis. Saya merintih dengan Dia.
‘’Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah, tolonglah aku. Ya Allah tolonglah aku. Aku sakit Ya Allah, aku sakit dan aku sedih.
“Di mana saya risau, orang boleh terima ke aku bertudung ni. Tapi saya percaya itu dengan izinNya. Tapi seorang sahabat saya pernah berkata, apabila kita ingin berubah ke arah yang lebih baik.
Hanis Zalikha berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan langsing dengan pemakanan sederhana, senaman dan fokus terhadap kekuatan otot serta kecergasan.