Trend jual beli ‘live’ cedok-cedok di TikTok semakin popular di kalangan penjual dan pembeli. Ramai yang mengikuti trend viral ini dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, gula-gula dan kerongsang sehinggakan barang kemas menggunakan cara ‘cedok-cedok’.

Melalui kedah cedok-cedok ini, penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak. Meskipun trend jual beli ini cukup popular di saat ini, namun timbul persoalan tentang hukum jual beli kaedah ini.

Adakah jual beli ini dibenarkan atau sah di sisi Islam ataupun tidak. Menerusi satu perkongsian di Facebook Muamalat.my, seorang individu mengajukan soalan tentang hukum jual beli ‘cedok-cedok’ yang menjadi trend pada masa kini.

CEDOK-CEDOK ADALAH GHARAR DIHARAMKAN

SOALAN:

Saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini. Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. Apakah hukumnya ya? Adakah sah jual beli tersebut?

Kiranya pembeli tak boleh pilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. Pembeli pun decide nak beli 1 cedok jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual itu.

JAWAPAN:

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)

IKLAN

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.

Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.

IKLAN

Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Cedoh-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.

IKLAN

Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram. والله أعلم

PU Amin juga turut memberi teguran tentang urus niaga trend cedok-cedok ini.

@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry

Sumber kredit: muamalat.my TikTok Pu Amin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI