Melalui perkongsian Mira Filzah dilaman Instagramnya, Mira berkongsi tentang dirinya ditegur oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab Khalik gara-gara berpakaian tidak sesuai di luar.

Walau bagaimanapun Mira menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh bapanya itu sebagai salah satu cara seorang ayah meluahkan kasih sayang pada anaknya.

Mira membuat perkongsian tersebut ketika menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke 56 tahun.

Tulis Mira;

Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable. Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day. *hugs

IKLAN

Menerusi posting itu juga Mira turut berkongsi paparan skrin yang menunjukkan perbualan bersama bapanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Bapa sebagai ketua dalam rumahtangga merupakan tonggak kepada institusi keluarga. Oleh itu, bapa juga berperanan sebagai pendidik terhadap anak dan sewajarnya menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam mengemudi bahtera rumahtangga demi memastikan anak-anaknya mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Rasulullah sepatutnya dijadikan contoh oleh para bapa masa kini untuk mendidik anak-anak ke jalan yang diredai Allah. Sebagai seorang bapa, Rasulullah telah berjaya memimpin keluarga ke arah yang dikehendaki oleh Allah.

IKLAN

Walaupun puteri Rasulullah mempunyai iman yang kental, namun Rasulullah tetap berpesan kepada puterinya itu: “Wahai Fatimah, bebaskanlah dirimu daripada api neraka”. Bapa pada hari ini sewajarnya mencontohi Rasulullah saw dengan berusaha mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh. Apatah lagi Allah swt telah memperingatkan perkara ini di dalam Surah al-Tahrim, ayat 6 melalui firmanNya yang bermaksudnya: “Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”.

Perlu dijelaskan bahawa fungsi mendidik anak sememangnya terletak pada bahu seorang bapa, manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Luqman ayat 13 yang bermaksud: “Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu dia memberi pengajaran kepada anaknya: Hai anakku, janganlah kamu menyekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman besar.”

Di sini, Luqman sebagai seorang bapa, mula mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Luqman (mewakili kaum bapa) mengajarkan anaknya tentang bahaya syirik dan menasihatkan anaknya mengenai beberapa tata cara akhlak mulia. Begitulah betapa besarnya tanggungjawab bapa dan ini menunjukkan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan syakhsiah anak.

Apabila seseorang bapa menimang cahayamata, dia hendaklah berusaha mendidik anaknya sejak kecil lagi dengan didikan yang baik dan sempurna. Apatah lagi, pepatah Melayu sendiri ada menyatakan: melentur buluh biarlah daripada rebungnya: Seorang bapa perlu prihatin dengan sunnah nabi apabila menyambut kelahiran anaknya, dengan mengazankan di telinga kanan dan mengiqamatkan di telinga kiri anaknya. Amat malang sekali apabila si bapa tidak berada di sisi si ibu ketika anaknya dilahirkan, dan seterusnya kalimah-kalimah suci tidak diperdengarkan di telinga anaknya itu.

IKLAN

Seterusnya, bapa bertanggungjawab untuk memberikan nama yang baik kepada anaknya sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Dailami, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Quran”. Apabila anak tersebut mencecah umur seminggu, rambutnya hendaklah dicukur, ditahnikkannya (diberi manisan/belah mulut) dan sunat diaqiqahkan bagi mereka yang berkemampuan untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Seterusnya, seseorang bapa amat perlu berganding bahu dengan ibu berpadu tenaga untuk mendidik anak berasaskan akidah Islam yang mantap. Keutuhan akidah akan melahirkan anak yang soleh dan seterusnya menjamin kemuliaan akhlak remaja Islam. Dalam hal ini, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) mengenengahkan beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibubapa terhadap anak-anak mereka, Antaranya ialah:

1. Tanggungjawab pendidikan keimanan
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak.
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani.
4. Tanggungjawab pendidikan mental.
5. Tanggungjawab pendidikan rohani.

Kesimpulannya walau bagaimana sibuk pun seorang bapa bekerja mencari rezeki, dia berkewajipan untuk meluangkan masa untuk mendidik anak-anak.

Sumber kredit: Instagram Mira Filzah dan UstazShauqi.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI