Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.

Berkongsi kisah hijrahnya, Diana Amir mengenakan hijab, titik permulaan untuk dia memperbaiki diri.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Berjalan Kepada Allah, Dia Akan ‘Berlari’ Nak Bantu Kita’- MasyaAllah, Diana Amir Kini Berniqab

Tersentuh dengan teguran

“Mak mentua tunjuk gambar saya yang tak berhijab. Dia kata semua ini dosa, tetapi masa itu hati saya keras. Saya rasa tak apa-apalah, yang penting saya baik dan tak kacau orang. Apabila orang sekeliling tegur pemakaian saya, jadi masa itu saya mula tersentuh.”

Berkongsi saat-saat mahu mengenakan niqab, Diana akui mula tersentuh dengan teguran orang sekeliling. Diana menyifatkan penghijrahannya bukti cinta pada yang maha Esa kembalinya pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

“Saya rasa penghijrahan saya agak perlahan sebenarnya sebab saya mula ada rasa suka nak berniqab sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Saya pergi umrah 2019.

Pakai niqab lagi selamat dan selesa

Dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, 7, Khadija Azzehra, 5, dan Muhammad Khalid Al Habib, 3. Segala perubahan dirinya pasti ada pandangan orang sekeliling, apatah lagi insan tercinta.  Jujurnya apabila insan tersayang menyokong baik perubahannya adalah satu langkah baik menuju pada apa yang diinginkan dalam perubahan ini.

Dalam temubual rancangan temubual bersama Nelofa, Diana Amir dedahkan bagaimana hatinya rasa terbuka untuk berhijrah dengan mengenakan niqab. Perjalanannya bukan mudah, namun dengan izinNya dia nekad melakukan perubahan.

IKLAN

“Sudah tentu, waktu buat umrah, kita suka pakai niqab. Waktu itu saya juga ada buat satu hantaran, saya cakap perasaan pakai niqab ini buat saya rasa selesa, bebas dan rasa macam ialah diri saya. Orang lain tak perlu tahu siapa saya. Yang penting, saya dan Allah. Saya rasa sangat bebas.

“Tapi saya ada bagitahu yang saya tak bermaksud nak pakai niqab, sebab saya belum bersedia ketika itu. Namun balik daripada umrah, ada masanya saya pakai, ada masa tidak.

“Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.

“Saya seorang yang kuat empati, bila saya dengar lagu ini rasa macam Allah sedang bercakap dengan saya dan saya sedang bercakap dengan Allah. Daku datang kepada-Mu Ya Allah.

“Waktu itu saya sedang berniqab, saya rasa rindu sangat pada Makkah dan Madinah. Saya nak jadi hamba yang Allah tahu saya sayang pada Dia. Saya rasa macam memakai niqab itu bukti cinta pada Allah. Semasa saya pakai niqab tu saya pakai kerana niat saya,” kongsinya.

Bukan kerana fesyen atau muka

IKLAN

Kelulusan mengayakan pemakaian pastinya memerlukan izin suami tercinta.  Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013. Hijrahnya disokong baik oleh suami dan beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar.

“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat.”

Jika dilihat niqab ini boleh dikatakan sebagai trend dan fesyen di kalangan hijabi. Ada juga kerisauan dikalangan peminat Diana tidak dapat lagi menatap wajahnya.

“Saya rasa, tak apa, tak perlu lagi pandang saya. Memang orang kenal saya sebagai diri saya sendiri. Bukan kerana fesyen atau muka atau rupa. Cukup kenal saya sebagai seorang muslim.

Selamat tinggal dunia seni

Tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, Diana nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Diana kini mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.

IKLAN

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.

“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja,” kongsi Diana.

Teringat saat mati makin hampir

Mati itu pasti, saat itu yang menjadi rahsia agar kita sentiasa bersedia menghadap Ilahi. Menginsafi bahawa masa muda akan meninggalkan kita, selebriti ini akui kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.

“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.

“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.

“Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” ujarnya baru-baru ini dalam sebuah program bual bicara.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/rQCVWP1Ph9E

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI