Santai menonton wayang lagi bersama kami di Hijabista dengan filem romantik komedi, Ticket To Paradise.
Kedua pelakon terkenal Hollywood, GEORGE CLOONEY dan JULIA ROBERTS, berganding di dalam filem ini sebagai David dan Georgia yang sudah berpisah kini dalam misi untuk menyelamatkan anak perempuan mereka yang sedang kemaruk cinta yang berada di Bali, Indonesia.
David dan Georgia tidak mahu anak perempuan mereka, Lily (KAITLYN DEVER), dari membuat kesilapan yang pernah mereka lakukan terdahulu. Lily yang sudah berada di Bali, percaya dia sudah hampir memiliki apa yang dia mahukan dalam kehidupannya–iaitu cinta.
Ads
Kedua-duanya tidak bersetuju dan cuba untuk melakukan sesuatu untuk menghancurkan majlis perkahwinan anaknya itu. Mereka pun telah bersependapat untuk mencuri cincin perkahwinan anaknya demi menghalang majlis itu dari berlangsung!
Tak boleh bayangkan kalau ibu bapa kita yang buat macam itu kan? Tergelak sis bila tengok trailer cerita ini. Diarahkan oleh Ol Parker yang juga merupakan pengarah filem Mamma Mia! Here We Go Again. Sertai kami di Hijabista untuk menjadi yang terawal melihat filem ini dengan hanya menjawab beberapa soalan mudah di ruangan di bawah!
Ads
Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton dan gelak ketawa bersama kami!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 telah berlangsung minggu ini. Dan inilah medan untuk pereka fesyen tempatan mempamerkan karya mengikut kreativiti masing-asing. Bukan sahaja mereka teruja untuk melihat rekaan berjalan di pentas peragaan, tetap juga penonton yang hadir. Rata-rata golongan selebriti, instafamous atau influencer yang turut memeriahkan KLFW kali ini. Dan pasti fesyen mereka juga tidak kurang hebatnya.
Ayuh kita lihat #OOTD barisan selebriti yang hadir ke majlis penuh berprestij ini. Apa yang pasti semuanya cantik dan on point. Memang wow!
Bayangkan anda mempunyai 15 minit untuk bersiap. Rakan anda menanti di luar. Apabila lihat di cermin muka serba tak kena. Tampak lebih gelap dari warna asal kulit anda. Ternyata anda membeli satu atau dua warna foundation yang lebih gelap daripada yang anda perlukan!
Panik bukan? Anda tidak tahu apa yang perlu dibuat. Penyelesaiannya agak mudah sebenarnya.
Sebenarnya terdapat banyak cara di mana anda boleh melakukan trik ini. Terdapat pembaikan pembaikan yang akan membolehkan anda meringankan warna keseluruhan botol foundation anda. Penyelesaian ini, kaedah pembaikan cepat!
Faktor membeli secara atas talian dan tidak dapat mencuba ketika pandemic covid-19 mungkin salah satu faktor anda memilih salah warna. Apatah lag ijenama yang dibeli tisdak pernah dimiliki sebelum ini. Jom semak trik pembaikan cepat!
Wanita tidak pernah meninggalkan rumah tanpa botol atau tab mandi kecil pelembap di dalam beg mereka. Itu sahaja yang anda perlukan untuk memperbaiki foundation anda!
Ambil sedikit foundation di bahagian belakang tangan anda dan tambahkan beberapa titis pelembap ke dalamnya. Gaul hingga sebati. Periksa untuk mengetahui adakah campurannya baik. Anda boleh menambah lebih banyak pelembap jika diperlukan. Pelembap akan mengurangkan pigmentasi foundation.
Hampir semua wanita mempunyai warna produk yang mereka gunakan untuk menyerlahkan penampilan solekan. Setelah anda menggunakan foundation, sapukan serbuk penamat secara merata ke seluruh wajah. Ini akan mengurangkan pigmentasi foundation.
Apabila anda menggunakan jari anda untuk menyatu foundation terutama jenis cecair, ia akan kelihatan lebih gelap daripada anda menggunakan aplikator atau berus. Apabila anda mempunyai asas yang lebih gelap, elakkan menggunakan jari anda. Sponge adalah penyelesaian terbaik!
Sebelum menggunakan span, rendam sedikit. Jangan pancurkan di bawah air yang mengalir. Ideanya adalah agar ia sedikit lembap, tidak basah kuyup. Sebaik sahaja anda melembapkan span, ambil sedikit foundation dan menyebarkannya ke kulit anda. Pastikan anda menggunakan tangan yang ringan. Anda tidak mahu asasnya masuk ke dalam dan memberikan warna yang lebih gelap beberapa jam lagi.
Sapukan concealer di mana sahaja diperlukan dan sembunyikan cela. Pastikan bahawa anda menyatu dengan segitiga dan bukannya bulatan jika anda mempunyai lingkaran hitam. Itulah titik asas di sekitar mata dan mulailah di hujung jika mata dan bergerak ke bawah ke arah pipi. Dengan cara ini, jika anda mempunyai lingkaran hitam, ia tidak akan diserlahkan!
Membeli foundation yang lebih gelap tidak selalu menjadi perkara buruk. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan membeli concealer baru. Sekarang yang harus anda lakukan ialah tidak menggunakannya setiap hari dan di seluruh wajah anda. Cukup gunakannya pada noda atau tanda yang ingin anda sembunyikan. Sama fungsi seperti concealer!
Ia juga boleh disebut sebagai bronzer jika anda belum memilikinya. Sapukan bedak ke seluruh wajah dan gunakan alas yang lebih gelap hanya di pipi dan garis rahang untuk menjadikannya lebih menyerlah.
Yang mesti anda buat hanyalah menambahkan sedikit pelembap ke dalam botol foundation. Tetapi selesaikan perkara ini dengan teliti. Jangan membuang semuanya. Satukan ke dalam mangkuk, tambahkan pelembap dan mengujinya sehingga warna yang betul tercapai. Anda boleh memindahkan kandungannya kembali ke dalam botol.
Sekiranya anda merasa tidak ada kaedah di atas, maka ingatlah setiap produk yang anda beli mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya setahun. Ini bermakna, sekiranya warna kulit berubah dek selaran matahari sebelum produk tamat. Foundation ini akan sesuai digunakan kemudian. Oleh itu, jangan buang dengan tergesa-gesa. Sabar ya!
Sedikit kesabaran dan kebijaksanaan adalah yang anda perlukan! Setelah anda mencuba helah kecil ini, jangan lupa kongsikannya!
Nak jaga pakaian yang berwarna putih memang agak sukarkan, tambah lagi tudung putih. Selain mudah kotor, pakaian berwarna putih juga ini akan susah untuk dibersihkan dengan kesan minyak dan solekan yang melekat di tudung.
Justeru, sebab itulah kebanyakan daripada kita lebih gemar memilih pakaian yang berwarna gelap. Tapi, kini, sis semua tak perlu gusar lagi!
Di sini Hijabista kongsikan tips menjaga tudung atau pakaian putih yang dikongsikan oleh tiga selebriti ini! Boleh lah hijabi ootd dengan baju dan tudung putih dengan gembira selepas ini.
Namanya kini sedang mencanak naik setelah menggantikan Neelofa mengemudi rancangan MeleTOP sebagai pengacara. Justeru, sebagai selebriti Hawa Rizwana Redzuan juga acapkali dilihat menggayakan busana lengkap dengan tudung serba putih terutamanya ketika menghadiri majlis-majlis dengan dresscode tertentu.
Hijabista sempat menemubual Hawa dan bertanyakan apakah tip yang diamalkan ketika dia perlu menggayakan busana atau stail dalam rona warna putih.
“For me biasalah, bila kita pakai tudung putih, baju putih, masa tu lah kita akan makan macam-macam benda atau melakukan pelbagai perkara yang mungkin merisikokan pakaian kita.
“Jadi kena extra care and careful, bila pakai baju putih ni. Tapi kalau tak boleh jaga, jangan pakai tudung putih,” seloroh Hawa.
Namun, lain pula perspektif yang diutarakan oleh pelakon yang namanya sering meningkat naik dan menjadi sorotan netizen iaitu Sharifah Rose.
Menurut Rose sebagai selebriti dan pempengaruh media sosial, dia juga tidak dapat lari dari menggayakan rona putih. Kerana rona ini begitu menarik jika mahu menonjolkan imej yang suci dan polos.
Tetapi bagi seorang yang ‘makan comot’ seperti Rose, dirinya akui agak struggle untuk dia mengekalkan kejelitaan di kahalayak umum ketika mengayakkan busana putih. Jadi ini yang Rose selalu lakukan untuk kekalkan buasana putih bersih dan bebas comot!
“Kalau macam Rose, memang makan comot tau. Susah gila nak jaga bila baju putih. Memang nervous!
“Selalunya, Rose akan bawa tisu banyak-banyak dalam bag tangan. Memang banyak gila tisu. Ataupun kadang-kadang akan ada bib yang plastik tu untuk makan, supaya tak comot. Sebab memang Rose makan comot,” ujarnya.
Bagi suri hati kepada pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini warna putih merupakan antara warna kegemaran beliau dan sering digayakan untuk menghadiri pelbagai majlis.
Sehubungan itu, dek kerana begitu sinonim dengan pemakaian warna putih. Nurida boleh dikatakan sudah ‘masak’ dengan kerenah warna suci itu. Justeru, Ida berkata tip yang sering diamalkan jika memakai warna putih adalah seperti berikut.
“Kalau pakai tudung putih ni memang kena berhati-hati lah sebab tudung putih memang senang kotor.
“Tapi kalau kata lepas pakai memang terus kena cuci. Sebab kotoran mudah melekat. Kadang-kadang make-up atau apa,dikena terus balik cuci tudung,” kongsinya lagi.
Haa.. Sekarang dah tau tip dan hacks jika menggayakan warna putih kan? Lepas ni boleh la hijabi amalkan dan gayakan warna putih dengan lebih yakin tanpa perlu risau akan comot! Selamat mencuba.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.