Kalau dah namanya wanita, pastinya anda suka mengenakan solekan pada wajah walaupun sekadar menyapu pelembap bibir. Satu masalah yang sering dihadapi oleh para pencinta makeup ini adalah memilih foundation yang sesuai mengikut tona kulit.

Kadangkala, warna yang dibeli terlalu terang atau terlalu gelap. Lebih malang jika foundation yang dibeli sama sekali tidak mampu menutup kekurangan pada wajah anda.

Jangan pening hijabi! Hijabista memahami kekeliruan anda ketika membeli foundation. Jadi, ini 5 tip mudah yang boleh anda praktikkan sewaktu membeli foundation agar tidak tersalah pilih warna.

1. Sesuaikan Dengan Jenis & Tona Kulit

Pemilihan foundation tidak hanya terbatas dengan tona kulit sahaja. Anda juga harus memadankan foundation dengan jenis kulit anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah kulit yang berminyak, lebih baik anda gunakan foundation yang bebas minyak atau oil-free. Berbeza jika anda mempunyai kulit yang kering, anda harus gunakan foundation yang memiliki kandungan pelembap.

IKLAN

2. Baca Review

Setelah anda tahu jenis dan warna foundation yang sesuai dengan anda, lebih baik jika anda baca review terlebih dahulu. Fungsinya adalah untuk mengetahui keberkesanan produk tersebut.

Artikel Berkaitan: Jika Alami 9 Tanda Ini, Maknanya Produk Tersebut Tak Sesuai Untuk Anda. Hati-Hati!

IKLAN

3. Calit Pada Leher

Cara paling mudah untuk menentukan sama ada warna foundation tersebut benar-benar sesuai dengan kulit anda adalah dengan mencubanya. Kebiasannya, anda akan calitkan pada bahagian belakang tangan sedangkan sebenarnya warna tangan dan wajah itu jauh berbeza.

Untuk result yang lebih baik, cuba calitkan pada bahagian di antara leher dan dagu atau pada bahagian leher berhampiran telinga.

IKLAN

4. Cuba Di Bawah Cahaya Matahari

Kadangkala, cahaya lampu yang ada di kedai makeup terlalu terang dan kuat sehingga warna foundation kelihatan lebih terang daripada yang sepatutnya. Lebih baik anda keluar daripada kedai dan lihat di bawah cahaya matahari sama ada ia sesuai atau tidak dengan warna kulit anda.

5. Minta Sample

Jika anda masih ada keraguan untuk membeli foundation tersebut, minta sahaja sample pada jurukedai tersebut. Jika sesuai, barulah anda boleh beli botol yang besar.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI