Percintaan antara pelakon, pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa bersama suami, Haris Mohd Ismail atau lebih popular dengan panggilan PU Riz sentiasa menjadi tumpuan ramai. Tambahan pula, dengan kehadiran putera sulung mereka, Muhammad Bilal, ramai yang teruja ingin mengetahui tentang perkembangan terkini pasangan romantis ini.
Baru-baru ini, dalam rancangan temubual MeleTOP, Neelofa atau Noor Neelofa Binti Mohd Noor berkongsi tentang permulaan bibit-bibit percintaan mereka. Menurutnya, dia mula jatuh hati pada suaminya itu saat Haris menjadi imam solat terawih di kediaman keluarganya pada dua tahun lalu.
“Sebenarnya, sebelum ini kami pernah bekerjasama beberapa kali. Di rancangan ini juga kami pernah sahaja bertemu. Ketika itu memang tidak dinafikan dia (PU Riz) seorang yang kacak.
Ads
Masa bulan puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya ingin mencari imam untuk solat terawih di rumah. Ramai yang tidak lapang ketika itu. Sehinggalah saya terfikir tentang PU Riz kerana pernah bekerjasama dengannya.
Jadi saya panggil dia sajalah. Bila dia pertama kali pergi ke rumah mak, saat itulah saya mula jatuh cinta dengannya,” kongsi Neelofa.
Ads
“Jaga bayi bukan benda senang..”
Dalam masa yang sama juga, PU Riz yang kelihatan malu dengan kenyataan Neelofa itu turut berkongsikan tentang perubahan dirinya yang sudah bergelar Abah.
“Untuk menjaga bayi ini bukan benda yang senang. Saya begitu mengagumi para ibu yang boleh menjaga anak setiap masa. Disebabkan itulah, kedudukan ibu amat tinggi dalam agama,” ujar PU Riz.
Ads
Neelofa juga turut mengakui bahawa semenjak Muhammad Bilal hadir dalam kehidupan mereka, suaminya menjadi lebih bertanggungjawab dan dia berasa syukur kerana memiliki seorang suami yang sempurna dimatanya.
Pertimbangkan penyegar wajah dalam rutin penjagaan kulit anda. Penyegar wajah telah kembali popular dalam rejimen penjagaan kulit 10 langkah kecantikan wanita Korea.
Walaupun anda tidak berminat untuk melakukan 10 langkah rutin penjagaan kulit kecantikan Korea, penyegar wajah boleh jadi bahagian penting dari rutin peribadi anda. Tetapi inilah masalahnya, sekiranya anda mempunyai warna kulit yang lebih gelap, anda perlu berhati-hati ketika memilih toner yang sesuai untuk anda.
Individu dengan warna kulit gelap yang lebih cenderung kepada pigmentasi yang tidak rata, jelas pakar. Sekiranya itu menjadi masalah kulit bagi anda, maka penting untuk mengelakkan penyegar yang mengandungi alkohol kerana ia dapat memperburuk kulit yang warna tidak sekata. Pada dasarnya, alkohol bersifat mengeringkan kulit.
Walaupun begitu, toner masih mempunyai beberapa faedah utama untuk kulit anda tidak kira jenis dan warna kulit anda. Hebat bukan? Ikuti langkah yan g betul menggunakan toner wajah, menurut pakar.
Toner wajah pada dasarnya adalah langkah penjagaan kulit di antara. Ia bertujuan untuk digunakan setelah mencuci muka tetapi sebelum menggunakan serum atau pelembap anda.
Toner digunakan sebagai cara untuk menyeimbangkan pH kulit setelah menggunakan produk sabun alkali untuk pembersihan. Terdapat banyak jenis toner yang memberikan faedah yang berbeza. Toner yang terkini biasanya berasaskan air.
Penyegar wajah menyiapkan kulit untuk pelembap dan serum sambil menghilangkan lebihan minyak dan kotoran degil atau sisa solekan di wajah anda setelah mencucinya. Tetapi ia bukan pengganti untuk mencuci muka. Anggap saja toner wajah sebagai kredit tambahan dan bukan jalan pintas rutin penjagaan kulit anda.
Tetapi toner yang disusun semula hari ini melampaui peranan asas itu. Mereka digunakan untuk mensasarkan pelbagai masalah kulit, dari jerawat hingga kering hingga penuaan. Beberapa toner diformulasikan untuk kulit berminyak. Penyegar dengan kombinasi asid glikolik dan salisilik dapat mengekalkan kulit berminyak segar sepanjang hari.
Syukurlah, menggunakan toner jauh lebih mudah. Rendam pad kapas dengan toner, kemudian sapu ke seluruh wajah, leher dan dada. Anda harus menggunakan toner selepas mencuci muka dan sebelum menggunakan serum atau pelembap. Sekiranya anda ingin melangkau kapas, boleh juga gunakan cara ini, titis beberapa titisan toner ke telapak tangan dan kemudian dap dap ke wajah.
Gunakan toner pagi dan malam. Tetapi jika kulit anda mudah kering atau mudah teriritasi, cubalah sekali sehari atau setiap hari. Ingat, toner ini mengandungi ramuan kuat. Dan untuk formula yang lebih astringen yang direka untuk kulit berminyak atau rawan jerawat, disarankan menggunakannya setiap dua hari sebelum secara berperingkat.
Ini hanya berdasarkan kelebihan toner tertentu. Kelebihan toner muka sama dengan kelebihan serum, ini adalah mengenai mencari yang sesuai untuk jenis kulit atau masalah anda.
Pakar menyarankan untuk mencari ramuan khusus untuk masalah anda. Berikut adalah beberapa contoh:
Toner selamat untuk kulit anda walaupun anda melakukan rawatan seperti waxing atau laser untuk menghilangkan folikel rambut, pastikan anda menggunakan formula yang sangat lembut.
Pastikan anda menggunakan toner yang tidak mengandungi alkohol, Vitamin C, atau retinol kerana ramuan tersebut tidak digalakkan selepas rawatan, menurut pakar. Individu yang berkulit sensitif mungkin memiliki reaksi buruk untuk menggunakan toner di samping rawatan laser atau waxing kerana toner dapat menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
Pastinya pilihan yang selamat, Witch hazel. Toner ini biasanya aman digunakan jika anda menjalani rawatan laser kerana ia adalah bahan yang menenangkan.
Sebelum anda menggunakan jenis toner baru, pastikan untuk mengujinya pada bahagian kecil kulit anda untuk memastikan anda tidak mempunyai reaksi buruk terhadap produk tersebut.
SUMBER GAMBAR: Pexe.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang mengambil kesempatan bercuti ke beberapa negara terutama di Benua Eropah sebelum hadirnya musim sejuk. Salah satunya adalah pengasas Tudung Ruffle, Hanis Arif yang turut mengambil kesempatan melawat beberapa negara sempena ulang tahun pertama perkahwinannya dengan suami tercinta, Irshad. Biarpun kini sedang dalam trimester ketiga mengandung anak pertama, namun Anis kelihatan aktif dan ceria melakukan pelbagai aktiviti sambil merakamkan gambar di samping buah hatinya.
Malah dia turut berkongsi keseronokan percutiannya di mana trip perjalanan ke beberapa destinasi tidak di rancang awal terlebih dahulu. Segalanya dilakukan ketika berada di sana kerana tidak mahu stress dengan masa.
Dia dan suami juga mengekalkan konsep free dan easy untuk ke sesuatu tempat dan turut menggunakan aplikasi tertentu bagi membeli tiket keretapi. Anis juga turut memilih waktu summer kerana siangnya tetap panjang dan suhunya juga sejuk seperti berada dalam pusat beli belah di Malaysia.
Sepanjang tiga negara yang dilawati, Anis paling teruja pergi ke Netherland dan Switzerland kerana pemandangannya yang menarik serta rakyatnya yang peramah dan senang mencari makanan halal.
Berlainan pula pengalamannya ketika melawat Paris. Walaupun ramai mengkagumi Paris kerana keindahan Eifel Tower, namuna Anis merasakan tidak selamat berada di sini. Malah dia turut mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling dan perlu sentiasa menjaga beg.
Trip to Netherland-Paris- Switzerland
Tempat attraction anis pergi Geithoorn, Eiffel Tower dan Jungfrauroch. Dari tempat paling rendah below sea level, sampai puncak paling tinggi kat Europe.
Trip perjalanan semua tak plan pun. Tiket train and hotel semua book masa dekat sini je sebab taknak stress dengan masa. Janji dapat jalan free and easy. Nak book tiket train just guna apps GoEuro. Lebih murah beli tiket train dekat apps dari beli tiket train package sebulan
Time anis datang penghujung summer. Paling best nak datang waktu ni sebab siang still panjang tapi suhu dah sejuk macam dalam shopping mall Malaysia.
Netherlands – anis pergi pusing bandar Amsterdam Central & Geithoorn. Takde bunga kat Netherlands waktu ni sebab dah nak dekat Fall Sini best nak jalan sebab rasa selamat, semua orang ramah and banyak makanan halal
Paris – Then anis ke Paris dari Amsterdam. Train dalam 2 jam lebih. Anis tak stay lama kat Paris sebab stress betul jalan jalan kat sini. Pergi Eiffel Tower je. Apa yang orang cakap pasal Paris tu betullah. Nak jalan setiap masa kena jaga beg, everywhere ada bau tak menyenangkan and paling tak suka bila tengah jalan ada orang ikut sepanjang jalan minta duit. Rasa nak lempang je. Dah la laki pulak tu yang minta sedekah Tempat cantik tapi sayang tak seronok nak jalan. Nak minta orang amikkan gambar pun takut
Switzerland – Tak tahan dengan environment Paris terus cabut pergi Switzerland. Dr Paris ke Swiss train dalam 5 jam, anis stay di Interlaken. Dekat dengan area train station yang nak naik ke Jungfrauroch. View sini Subahanallah, semua tempat cantik. Anis pernah dengar orang cakap Swiss mahal. Tapi bila sampai kat Interlaken ni takdelah semahal yang disangka. Lebih kurang Paris price dia. Semua tempat attraction sediakan makanan halal. Perasaan jalan kat sini sama macam kat Netherlands. Rasa macam home gitteww. If nak datang sini better time summer. Time winter, cuaca terlalu sejuk, siang pendek, kedai banyak tutup and paling tak best if cuaca tak baik and hujan semua aktiviti kena shutdown(tips dari Malaysian yang tinggal di Swiss)
Selain itu follower Anis turut mengkagumi #OOTD setiap kali dimuat turun dalam laman instagramnya. Ramai tertanya, berapa bagasi yang Anis bawa kerana setiap foto berlainan gayanya.
Menurut Anis, dia hanya membawa satu beg sahaja dengan memuatkan semua baju-bajunya dalam berkenaan. Dia juga pandai mix & match baju-baju berkenaan dan turut menumpang beberapa persalinan dalam beg suaminya.
Pada yang bertanya, anis travel cross europe bawak satu bag luggage ni je. Husband bawak satu backpack. Tapi dalam bagpack husband tu ada sikit tumpang barang barang anis jugak. Muat je untuk pakaian seminggu nak tukar tukar. Janji husband korang kena bawak baju sikit
Dia juga turut berkongsi pada netizen yang sukar untuk menelan makanan luar. Menurutnya perlu bawa bekalan tuna atau kari tin ayam. Tidak perlu membawa roti atau nasi kerana di sana banyak menjual nasi segera dan juga roti. Tidak perlu risau mencari makanan halal kerana ia senang untuk dicari.
Tips pada yang nak datang switzerland, jenis susah nak telan makanan luar. Just bawak tuna and kari tin ayam. Tak perlu bawa roti or nasi sebab kat sini ada banyak jual instant rice and roti macam malaysia. Makanan halal pun banyak sangat dekat interlaken senang nak cari. Maggi Indomie pun ada tau. Ringan sikit bag nak packing nanti sebab makanan dah tak perlu bawak banyak
Nah, lihat 10 #OOTD mommy to be ini yang sekali pandang tak kelihatan dia senang berbadan dua. Tetap berpenampilan menarik dan yang penting enjoy menikmati percutiannya bersama si dia tersayang.
Kulit awet muda bukan anugerah alam semula jadi. Ia dicapai melalui rutin yang betul. Wanita cantik jarang beritahu rahsia kecantikan mereka, melainkan ianya sudah berhasil.
Hijabista ingin berkongsi beberapa rahsia yang akan membantu anda mengekalkan kulit anda kelihatan sempurna untuk beberapa tahun akan datang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kaedah “4-2-4” ialah: 4 minit menyapu minyak hidrofilik pada kulit muka, kemudian 2 minit menggunakan krim penulen. Setelah ini selesai, luangkan masa 4 minit lagi untuk membilas kulit dengan air. Proses pembersihan seperti ini dikenali sebagai pembersihan 2 peringkat.
Bersihkan kulit anda dengan berhati-hati, gunakan span konjac khas ini adalah span yang telah dihasilkan daripada akar tumbuhan konjac. Sebelum menggunakannya, biarkan ia direndam dalam air suam selama beberapa minit untuk menjadikannya lembut. Kemudian perah sedikit dan bersihkan muka anda menggunakan gerakan membulat, bermula dari dahi dan turun ke dagu.
Di Asia, sebagai contoh, wanita boleh menggunakan sebanyak 10 produk untuk menjaga kulit wajah mereka! Semua produk kecantikan pakar hendaklah digunakan dengan cara berikut, pertama, sapukan produk tersebut dengan tekstur ringan, kemudian yang lebih berat dan akhirnya krim dan emulsi yang paling tebal harus digunakan. Dengan cara ini, kulit anda akan dapat menyerap jumlah maksimum bahan-bahan pemulihan.
Pada peringkat pertama, ini adalah cara yang berkesan untuk melindungi kulit anda daripada sinaran matahari dan cahya biru peranti anda yang boleh menjejaskan walaupun pada hari yang mendung dan di dalam rumah. Pada masa yang sama, ramai yang menggunakan krim SPF untuk melindungi diri daripada kesan penuaan yang disebabkan oleh cahaya matahari.
Selama berabad-abad, air beras digunakan untuk meningkatkan kecantikan kulit dan rambut. Mencuci muka dengan kerap menggunakan air beras akan menjadikan kulit anda lembut serta meningkatkan warna dan tona. Bahan ajaib ini juga boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan rambut, ia boleh bertindak sebagai pembilas yang baik apabila mencuci syampu.
Pudina dan teh hijau adalah elemen penting dalam menjaga kulit anda. Produk ini terkandung dalam pelbagai topeng muka, krim anti-penuaan, emulsi, minyak dan infusi. Menggunakan pudina dan teh secara kerap akan menjadikan kulit anda lebih sihat dan membantunya bersinar.
Elak daripada menggosok produk kosmetik terus ke dalam kulit. Sebaliknya, mereka harus menggunakannya dalam sapuan cahaya, yang membantu menguatkan aliran darah ke kulit dan seterusnya, menguatkan proses pemulihan dan membantu peremajaan. Anda juga boleh menggabungkan produk menjadi buih hanya gunakan beg bersih yang direka khas untuk tujuan ini.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, anda perlu menggosok kulit anda dan menggunakan topeng pemutih kulit.
Untuk penyediaan topeng pemutihan kulit, parut kentang. Sekarang ambil penapis, dan keluarkan jus daripadanya.
Bukan sahaja di muka anda! Anda boleh menggunakan minyak organik seperti minyak kelapa, minyak avokado dan juga minyak zaitun untuk pelbagai bahagian badan anda dan untuk kesan yang berbeza. Minyak kelapa akan memupuk kulit anda dan minyak zaitun akan memberikan anda warana kulit yang sempurna tanpa merosakkan kulit anda.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di