Sudah hampir setahun pelakon Izreen Azminda bergelar isteri kepada pemuzik Ude Wahid. Walaupun kisah perkahwinannya cukup kontroversi dan jadi bualan sepanjang tahun, tetapi selebriti ini tetap tabah mengharungi dugaan. Dan sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertama, Izreen dan suaminya telah mengadakan majlis resepsi di sebuah villa mewah di Melaka. Memilih persalinan dress moden serba putih di majlis persandingan, memang cukup terserlah kejelitaan di wajah pelakon berbakat ini.
Dengan solekan kemas serta hiasan pelamin berlatar belakang warna kuning diraja bagai sebuah singgah sana indah menjadikan pasangan ini kelihatan sama cantik sama padan.
Izreen yang berkahwin dengan Ude sekitar Ogos tahun lalu kelihatan cukup bahagia di samping suaminya yang juga segak mengenakan baju Melayu warna putih lengkap samping dan songkok.
Ads
Hijabista doakan semoga pasangan yang sangat viral di media sosial ini kekal bahagia till jannah.
Pelakon filem Sifu dan Tongga, Datin Fouziah Gous memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari yang penuh bermakna, iaitu hari ulang tahun kelahirannya pada Disember lalu.
Lebih menarik lagi apabila kejayaan itu turut diraikan oleh suami tercinta dengan sebuah kejutan istimewa khas buat Fouziah.
“Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini… syukur rezeki yang paling saya idamkan adalah untuk khatam pada harijadi saya.
“Setelah sekian lama menunggu Allah SWT makbulkan untuk mengakhiri tahun 2022, syukur.
“Tiada kata lain selain Syukur. Terima kasih suami @zhafysf dan team @fgwalet yg sanggup siapkan pelamin surprise untuk menyambut harijadi yang paling bermakna
sepanjang hidup saya.
“Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah,” katanya.
Khabar gembira itu dimaklumkan Fouziah menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan foto pelamin khatam Al-Quran yang disediakan oleh suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wagamaya dan para peminat Fouziah Gous membanjiri hantaran itu dengan komen-komen murni.
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian dirinya, sekaligus mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon jelita itu.
“Tahniah kak moga Allah bagi saya peluang untuk khatam juga serta istiqamah membacanya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulilah tahniah dan selamat hari jadi,” ucap salah seorang warga maya.
Untuk rekod, pada 21 September 2013 Fouziah telah menjadi suri hati kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof.
Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 8, dan Zaheen Yusof, 6.
Siapa tidak kenal dengan pelakon, Eleena Sui yang memegang watak Inara dalam drama popular Suri Hati Mr. Pilot yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, pelakon jelita itu telah berkongsikan perjalanan dirinya yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak Mac tahun lalu.
Menerusi hantaran video berkenaan, Eleena telah berkongsikan detik-detik penghijrahan yang dilakukanya sepanjang tahun lalu.
Malah, jelasnya dia sudah mengenakan hijab sepenuhnya bagi memenuhi tuntutan agama yang disyariatkan oleh agama Islam, justeru memohon orang ramai agar mendoakan dia kekal istiqamah dalam penghijrahanya itu.
Bagaimanapun, Eleena mengakui bahawa dirinya masih belum terbuka untuk berkongsi kisah penghijrahannya kepada umum buat masa ini.
“Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya.
Tambah Eleena lagi, dia kini berada dalam fasa mahu memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik. Walaupun getir untuk melaksanakannya di awal-awal penghijrahan.
Namun, Eleena berkata itu bukanlah hanlangan yang boleh membantutkan niat sucinya untuk berhijrah kearah lebih baik.
“Mungkin agak sukar pada mulanya, tapi saya sedang belajar perlahan-lahan'” katanya.
Rawatan Estetik Muka tidak lagi menjadi rawatan orang kaya dan terkenal, kini lebih merangkumi dan meluas lebih dari sekadar suntikan ke dahi untuk menghilangkan garis-garis atau permasalahan wajah yang lain.
Ketika mempertimbangkan jenis rawatan kulit, terumatanya rawatan wajah, anda haruslah memilih klinik estetik yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan estetik menular di pasaran sekarang dan bukan kesemuanya adalah klinik yang menawarkan rawatan yang tulen, tepat atau efektif. Adalah penting untuk meneliti latar belakang klinik dan doktor estetik dan berbincang secara lanjut mengenai masalah kulit atau wajah anda, sebelum membuat keputusan untuk menjalani sebarang rawatan.
Menariknya perkongsian hijabista bersama Dr Chin dari TrueClinic yang mempunyai lulusan dari Rusia pada tahun 2012 dan menjalani perkhidmatan wajib selama 4 tahun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk mempelajari teknik dan cara betul melakukan rawatan estetik. Elak teperdaya dengan pengiklanan di media sosial, penting anda tahu langkah-langkah ini:
Apabila bercadang melakukan rawatan estetik, anda perlu tahu fungsi dan beza antara rawatan klinik atau rawatan spa. Tawaran mungkin kedengaran sama tetapi keberkesanan dan keselamatan perlu diberi keutamaan. Menurut Dr Chin, “anda dinasihati memilih klinik medikal yang sah untuk rawatan wajah dan kulit, kerana peralatan dan mesin yang digunakan di klinik telah mendapat perlesenan dan pengesahan daripada badan-badan yang berkenaan. Klinik yang sah juga mempunyai doktor pakar estetik yang berlesen yang dilatih dalam bidang estetik”.
Klinik biasanya menawarkan khidmat nasihat secara percuma kepada pelawat mereka yang ingin mengetahui lebih mengenai rawatan estetik. Ini merupakan cara terbaik untuk meneliti klinik dan doktor. Datang dengan banyak soalan dan perhatikan sama ada kakitangan dapat menjawab soalan-soalan tersebut.
Anda perlu meneliti latar belakang klinik atau spa yang menawarkan rawatan estetik, “Satu senario yang mengelirukan pengguna adalah nama pelabelan pusat itu sendiri, di mana kebanyakkan spa kecantikan akan meletak perkataan ‘estetik’ dalam nama mereka,” ujar Dr Chin. Sebaiknya carilah rawatan estetik di sebuah klinik berlesen dan bukannya di pusat rawatan spa.
Di kebanyakan pusat rawatan estetik, anda boleh mudah terpedaya dengan hasil yang dijanjikan dari pusat rawatan tersebut mahupun bukan klinik estetik. Berhati-hatilah dengan mana-mana pusat rawatan yang tidak mahu berbincang mengenai kesan sampingan sebarang rawatan, komplikasi, jangkaan tempoh rehat selepas rawatan, dan kos perkhidmatan. Anda harus diberitahu dengan mendalam dan memahami segala risiko dan faedah setiap rawatan.
“Terdapat dua perbezaan klinik estetika di Malaysia ini yang dapat saya perhatikan, satu adalah jenis yang bertujuan komersial dan satu lagi bertujuan untuk merawat masalah kulit anda”.
Salah satu langkah yang penting agar anda tidak tersilap membuat keputusan, penting anda teliti masalah kulit yang dhadapi dan juga apakah harapan hasil rawatan yang anda jangkakan.
“Sebaiknya jika anda berjumpa dengan pakar atau doktor kecantikan, tidak perlu tanya apa yang anda perlu buat, yang penting adalah untuk pastikan keputusan yang hendak dicapai dengan sebarang rawatan, dan bersetuju dengan doktor tentang program atau pelan rawatan (treatment plan) yang dicadangkan,” sarankan Dr Chin.
Secara lazim, doktor pakar estetik akan tanya anda soalan-soalan berikut sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda. Sebagai contoh:
Bertukar dari rawatan muka seperti produk tradisional ke estetik, pasti anda mempunyai pelbagai tanggapan pantang atau tabo. Seperti yang dibincangkan, tidak semua rawatan estetik menggunakan jarum, sebaliknya rawatan estetik bergantung pada permasalahan kulit atau wajah yang anda alami.
Satu soalan paling gemar diajukan pada pakar kecantikan: adakah rawatan estetik berbentuk laser boleh menipiskan kulit? Ini tidak dinafikan oleh Dr Chin, tetapi ia bergantung kepada permasalahan kulit anda, kekerapan anda menjalani rawatan, serta jenis rawatan yang dijalankan. Bukan semua rawatan laser adalah sama, terdapat banyak jenis mesin yang direka khas untuk menangani masalah-masalah kulit tertentu. Teramat penting jika anda tahu mesin apa yang digunakan sebelum membuat rawatan estetik.
Kenalilah DiscoveryPico – laser Picosecond paling berkesan di pasaran! DiscoveryPico berfungsi dengan memancarkan teknologi laser nadi ultra pendek yang menembusi lapisan luar kulit, memecah pigmen kulit yang lebih gelap tanpa merosakkan tisu kulit di sekitar kulit yang dirawat.
DiscoveryPico sesuai untuk peremajaan kulit, pembentukan semula kulit yang rosak, menghilangkan parut jerawat, masalah pigmentasi, dan bahkan cukup berkuasa untuk memadamkan tatu dan tanda lahir. Yang pentingnya DiscoveryPico hanya boleh dikendalikan oleh doktor yang berkelayakan dan terdapat di klinik terpilih. Laser inovatif ini boleh digunakan pada wajah dan badan, sesuai untuk wanita atau lelaki, dan juga untuk jenis dan warna kulit (termasuklah kulit gelap)! Dengan mengurangkan penampilan tisu kulit yang rosak, kulit kelihatan lebih licin dan lebih cerah sejurus selepas rawatan.
Perkhidmatan estetik boleh jadi mahal, itu kenyataan. Anda harus memastikan bahawa hasil yang ingin anda kecapi, bernilai pelaburan kewangan yang anda bayari, di samping itu masa dan emosi yang juga anda laburkan berbaloi dengan keseluruhan prosedur. Kenal pasti klinik atau doktor yang berbincang dengan anda mengenai kos rawatan. Mereka juga boleh memberi beberapa pilihan yang berlainan dalam julat harga yang berbeza. Oleh itu, penting untuk memahami kos rawatan secara keseluruhan, serta jangka masa yang berpatutan, untuk mencapai hasil yang anda inginkan.
Pakar estetik perubatan harus menasihati anda mengikut bajet dan jangkaan anda, serta memberi saranan mengenai rawatan yang bersesuaian untuk mencapai hasil yang terbaik. Pelan penjagaan kulit yang komprehensif biasanya merangkumi anggaran selama beberapa bulan atau bahkan setahun. Daftar untuk mendapatkan buletin klinik dan tanyakan apakah prosedur tertentu yang akan muncul dengan harga istimewa dalam beberapa bulan akan datang.
Secara keseluruhan, cara terbaik untuk memastikan anda mencari klinik yang berlesen dan terkenal yang sesuai dengan keperluan anda, adalah dengan membuat kajian teliti. Ini termasuklah mengkaji laman web mereka, laman media sosial dan bertanya sendiri mengenai konsultasi dan rawatan yang ditawarkan. Pastikan anda sentiasa merasa selesa dengan kakitangan klinik dan semua soalan anda telah dijawab dengan puas hati.
Konsultasi yang menyeluruh dari doktor boleh mendedahkan pilihan yang ideal dan sesuai untuk anda, seterusnya membolehkan anda menyesuaikan tahap keselesaan dan anggaran mengikut kehendak hati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.