Program #Quranhour adalah satu aktiviti yang sangat murni terutama dalam mendidik masyarakat hari ini untuk terus mencintai, berinteraksi dan mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Ramadan lalu telah dianjurkan program Malaysia#QuranHour untuk kali ketiga di mana menyatukan hampir 5 ribu peserta di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya Jun lalu.

Kemuncak program ini nanti adalah World#QuranHour yang akan diadakan pada 9 Zulhijjah 1438H serentak seluruh dunia dan kali ini sambutannya di sini adalah di UIAM dan juga Dataran Merdeka sempena 31 Ogos nanti.

Hari ini sahaja, telah diadakan acara Climb For #QuranHourdi mana memperlihatkan ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor bersama 20 wakil media tempatan memanjat 2200 anak tangga Menara Kuala Lumpur dengan membawa senakhah al-Quran sebagai simbolik program World #QuranHour, jalur gemilang dan panji World #QuranHour.

IKLAN

Hijabista turut tidak ketinggalan menyokong majlis ilmu ini dan antaranya adalah dengan bekerjasama dengan beberapa personaliti media sosial untuk menyokong kempen #Quranhour.

Ketika sesi fotografi untuk melengkapkan isi kandungan yang lalu, Hijabista sempat berkongsi bacaan ayat suci Al-Quran dengan Insta-Famous popular Elcah.

Walaupun masih muda, namun blogger popular ini tidak ketinggalan menyokong program ini dengan membaca salah satu potongan  Surah At-Taubah.

IKLAN

Ketika ditanya mengapa memilih potongan Surah At-Taubah ayat 128 ini, Elcah memberitahu ibunya ada mengajar surah itu kepadanya untuk dijadikan sebagai pendinding.

Menurur Editor Kanan Karya Bestari Kumpulan Media Karangkraf, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, surah ini banyak menceritakan tentang pengampunan yang Maha Pencipta. Surah ini juga dianggap begitu istimewa kerana satu-satunya surah yang tidak dimulai dengan Bismillahirrahmaniarrahim.

Begitu juga bagaimana ia diturunkan iaitu selepas berlakunya perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah.

IKLAN

Satu lagi mengenai surah ini ialah membicarakan tentang pernyataan Allah kepada kaum Muslimin dalam memerangi golongan kuffar secara menyeluruh.

Jom sama-sama kita dengarkan bacaan surah ini dari Elcah.

p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh Elcah, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI