“Ini Saja Kenangan Yang Tinggal Bersama Abah” – Syafiq Farhain Muat Turut Turun Foto Masa Kecil & Doa Allah Ampunkan Dosa Bapanya

Share

Dunia seni hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan kematian penyanyi legenda, Saleem yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi jam 6.15 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Cheras. Berita kehilangan penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu ini turut dikongsi oleh anaknya yang juga penyanyi Syafiq Farhain dalam laman instagramnya. Menurut Syafiq, bapanya telah menghembuskan nafas terakhir dan berdoa supaya Allah memberi rahmat serta sejahtera, mengampuni dosa dan memaafkan dia.

Posting itu juga turut disertakan sekeping gambar penyanyi berkenaan bersama dia serta dua orang adiknya yang masih kecil. Dia turut memberitahu mungkin itu sahaja kenangan bersama ‘Abah’ yang tinggal untuk diingati.

Dalam pada itu lapor Sinar Harian Online, Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majid terbabit dalam kemalangan 21 September lalu hingga mengakibatkan tulang rusuknya patah.

Syafiq Farhain bersama bapanya, Saleem. Foto: Mstar Online

Ramai rakan artis serta netizen turut mengucapkan takziah dan turut berdoa agar Saleem ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

miszannaj25 takziah semoga ditempatkan dlm klgn org2 beriman

nursyakiraahmad salam takziah.. moga arwah ditempatkan dikalangan org beriman.
uchukachin Takziah buat syafiq dan keluarga.. Semoga arwah dicucurkan rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman
sitinoraisyahlatib Salam takziah.. semoga ditempatkn bersama2 org2 yg beriman inShaAllah,aaminn
syikinmdzin Salam takziah .. moga ditempatkan dikalangan yg beriman
hajarkasiran Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka² yg beriman. InsyaAllah…Amin

Ketika hayatnya, Saleem yang juga bekas ahli kumpulan Iklim antara penyanyi legenda tahun 90-an yang mempunyai suara cukup unik.

Antara lagu-lagu popular kumpulannya  hingga kini masih sedap didengar selain Suci Dalam Debu adalah Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Gerhana Cinta Luka, Di Pintu Mahligai dan banyak lagi.

Takziah dari Hijabista buat keluarga penyanyi legenda ini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYAFIQ FARHAIN & MEDIA HIBURAN ONLINE

IKLAN