Apabila mencari deodorant, kita selalunya hanya tertumpu kepada keupayaan produk untuk melawan peluh dan bau badan tanpa melihat bahan yang digunakan.
Sesungguhnya, penggunaan deodoran yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar. Jadi berikut adalah empat perkara yang perlu dielakkan semasa memilih deodoran.
Elakkan kesilapan memilih deodoran yang betul dengan mengelakkan perkara tertentu. Semak petua kami untuk mengetahui perkara yang perlu dielakkan semasa memilih deodoran yang betul!
Hindari produk deodorant dengan kandungan paraben dan aluminium
Kedua-dua bahan ini biasanya terdapat dalam produk deodoran. Malah, paraben boleh menyebabkan kerengsaan kulit malah meningkatkan risiko kanser payudara. Pada masa yang sama, aluminium boleh terkumpul di dalam badan dan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Oleh itu, pilih deodoran yang menggunakan bahan semulajadi tanpa paraben dan tanpa aluminium, juga dipanggil deodoran semulajadi.
Ads
Elakkan deodorant yang mengandungi pewangi sintetik
Wangian sintetik boleh menyebabkan alahan dan kerengsaan kulit. Sebaik-baiknya pilih deodoran yang menggunakan wangian semula jadi, seperti produk deodoran semula jadi jenama tempatan , yang menggunakan minyak pati wangi serai antibakteria.
Elakkan deodorant dengan tekstur melekit dan berminyak
Deodoran dengan tekstur melekit dan berminyak boleh menyebabkan ketidakselesaan di bawah ketiak dan meninggalkan kesan pada pakaian. Pilih deodoran dengan tekstur balm yang licin, tidak melekit dan kemasan matte.
Elakkan deodorant bukan organik
Kita juga perlu mempertimbangkan kesan produk deodorant terhadap alam sekitar. Elakkan produk yang menggunakan bahan kimia berbahaya dan pilih deodoran semula jadi yang mesra alam, seperti produk Ciara.
Dengan memilih deodoran yang betul, bukan sahaja memastikan kesihatan kulit dan mengelakkan bahan kimia berbahaya, kami juga secara aktif menyumbang untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan membantu petani tempatan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini viral di page Saya Orang Johor satu posting yang dikongsi oleh seorang wanita melalui laman sosial facebook. Status dikongsi oleh Amina Jasmine yang memberitahu bagaimana proses pemindahan semula kubur arwahnya ibunya yang sudah 12 tahun meninggal dunia kerana satu projek pembangunan di situ. Perkongsiannya begitu menyentuh hati dan layak dijadikan iktibar untuk semua insan yang masih hidup
Sungguh menakjubkan walaupun emaknya sudah meninggal 12 tahun lalu namun jenazah ibunya masih elok. Masih dalam keadaan kain kafan yang tidak koyak. Bantal dan tali yang masih ada dan susuk badan emaknya juga gelas di pandangan mata dia dan adik beradiknya.
Jenazah ibunya yang masih elok.
Menurutnya jenazah emaknya cukup sifat dan tidak berbau. Sesungguhnya itu adalah kuasa Allah Yang Maha Suci dan dia mengucap syukur atas kejadian yang berlaku itu.
Menurut Amina Jasmine, arwah ibunya seorang wanita yang lembut, tidak suka mengata orang lain, tidak suka mencerca dan arwah juga begitu mudah mengalirkan air mata. Hatinya umpama tisu yang mudah terkoyak. Malah setiap cercaan orang arwah maknya akan balas dengan senyuman dan air mata. Malah dengan suaminya juga mak begitu bersabar orangnya.
Apa yang membuatkannya tidak sangka, dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip itu, akhirnya arwah ibunya dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah mereka.
Maha suci Allah…jodoh mak dan ayah…dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah…4 tahun lalu ayah dikebumikan disini…hingga hari ini tanah perkuburan bukit alif semakin padat dan bakal penuh dlm masa setahun dua ini….tp maha suci Allah…ruang sebelah kubur ayah tetap kosong …seperti mmg tanah itu menanti utk mak disemadikan disitu..perancangan Allah tiada siapa yg dpt menduga.maha hebat..Allahuakhbar
Ternyata peristiwa itu walaupun sudah 12 tahun berlalu, namun Allah seperti memberi tahu sesuatu padanya. Memberitahu dirinya tentang hidup, hati dan juga soal keinsafan.
Pemindahan kubur arwah ibunya adalah disebabkan tanah perkuburan berkenaan telah diambil bagi projek pembangunan dan semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris.
Tali kain kafan mak setelah 12 tahun..masih elok xreput..berada disisi mayat.
Niatnya cukup baik sekadar untuk berkongsi dan supaya dijadikan iktibar dan ingatan kepada kita insan yang masih hidup untu berusaha membaiki hati dan amal. Bukanlah untuk tujuan riak atau ada maksud lain.
Proses pengebumian semula di Tanah Perkuburan Bukit Alip.
Namun ada juga insan lain yang membuat tuduhan atas perkongsiannya itu. Dan sekali lagi Amina Jasmine memuat turut posting yang memberitahu maksud sebenar perkongsiannya itu.
Dia memberitahu post itu sekadar ingatan untuk menanti hari itu yang pasti akan tiba. Dan kejadian pemindahan kubur ibunya itu adalah asbab kepada dirinya serta keluarga untuk dijadikan sebagai satu ingatan.
Anak2 tak pernah jumpa tok mak nya…sengaja sy bg mereka tgk…buat pertama dan terakhir tok mak mereka
Sebak admin baca perkongsian luahan hatinya. Biasalah manusia ini rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Admin doakan semoga arwah ibu Amina tenang di sana dan balasan baik menanti arwah di akhirat kelak.
Subhanallah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Fatin Afeefa yang juga isteri kepada jutawan, Aliff Awang hari ini hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan satu-satunya anak perempuan tunggal, Ivy Herra Sophia hasil daripada perkongsian hidup bersama pelakon, Adam Shaz.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri menerusi hantaran di Insta Story suaminya, sebelum dikongsikan semula di Insta Story milik Fatin Afeefa.
Fatin Afeefa Bersemangat Tuntut Hak Jagaan Anak!
“Ready For War @Fatinafeefa” tulis Aliff Awang pada hantaran berkenaan.
Menerusi paparan video di Insta Story berkenaan pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat bagi menghadiri perbicaraan tuntutan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan bekas suami.
Fatin Afeefa hadir ke mahkamah dengan ditemani suaminya, Aliff Awang pada awal pagi Khamis. Malah, lebih menarik perhatian lagi, Fatin Afeefa kelihatan berseri dalam pemakaian jubah berona hitam patuh syariah dan mengenakan tudung litup dalam rona senada.
Rata-rata netizen turut gembira dengan perkembangan positif Fatin yang sedang belajar menutup aurat sepenuhnya itu, malah ada juga yang mendoakan agar segala urusan Fatin dipermudahkan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Sebelum ini jarang post bertudung, sekarang dia banyak tunjuk pakai tudung, slow2 ye faa, saya doakan yang baik-baik saja untuk awak dan keluarga ❤️ hidayah semua milik Allah ❤️❤️❤️
“Semoga dipermudahkan urusan. Moga kemenangan berpihak pada kak fatin. Aamiin❤️”
Meninjau pula ke laman Instagram milik aktor, Adam Shahz pula Hijabista mendapati dia turut berharap agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekadar info, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Terbaru, Fatin sah menjadi isteri kepada pasangannya, Aliff Awang pada 30 Disember 2022.
Malah, pada hari pernikahan pasangan itu, Hijabista ada melaporkan bahawa kas suami Fatin Afeefa, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari 2023.
Sejak dua menjak ini, anda ada terhidu sesuatu yang agak mengganggu fokus anda, di mana-mana sahaja bau yang sama. Bila anda cari punca bau tersebut, anda tidak jumpa pula, jadi mana datangnya bau busuk itu?
Anda berkemungkinan mempunyai satu masalah kesihatan yang membuatkan anda terhidu bau busuk sahaja sepanjang hari dan ianya berterusan! Fenomena ini boleh di katakan sebagai phantosmia atau halusinasi bau.
Ada bau busuk sangat tapi orang lain tak bau?
Ya, anda sudah tentu akan rasa bingung apabila terdetik seketika di mana anda terhidu bau yang sangat busuk seakan-akan bau telur busuk, tetapi orang sekeliling anda tidak bau apa-apa pun. Jadi anda sudah curiga dan risau jika anda di ‘hantui’ sesuatu yang tidak di ingini.
Jangan khuatir dengan keadaan sebegini kerana ada suatu fenomena yang di panggil sebagai phantosmia atau halusinasi bau (olfaktori). Apakah fenomena phantosmia? Ia merupakan satu penyakit yang membuatkan anda mengesan bau tertentu meski pun tidak ada bau di sekitar anda. Oleh kerana itu, kebanyakan orang sering memanggil fenomena ini sebagai ‘bau hantu’.
Bau yang anda terhidu itu bukan sekadar bau busuk semata-mata, ada kalanya seseorang itu juga boleh terhidu bau yang wangi dan harum. Aroma yang anda terhidu itu akan ‘menghantui’ mungkin buat seketika waktu atau juga boleh juga hilang serta-merta.
Menurut hellosehat, bau yang muncul secara tiba-tiba dan hanya kita sahaja yang menghidunya tidak berlaku tanpa sebab. Fenomena ini yang di panggil sebagai phantosmia berpunca dari gangguan saraf di otak yang terjadi akibat kecederaan kepala atau terdapat jangkitan pada saluran pernafasan seperti selsema.
Selain daripada itu, ada juga terdapat beberapa kondisi kesihatan yang lain juga di alami seperti berikut:
Penghidap sinus
Polip hidung
Tumor di otak
EPilepsi
Depresi atau kemurungan
Menghidap penyakit Parkinson, dan yang seangkatannya.
Tetapi susah untuk kita yang menghadapi masalah ini untuk memastikan sama ada betul atau tidak kita mengalami fenomena phantosmia ini. Bahkan, ada juga keadaan di mana bau yang kita terhidu itu memang wujud di persekitaran kita. Jadi ia akan memberikan kesukaran buat anda untuk mengenalpasti punca masalah ini.
Kadang kala bau-bau yang agak aneh ini berasal dari beberapa benda yang boleh mengeluarkan bau busuk seperti:
Penghawa dingin di rumah anda yang sudah lama tidak di cuci, ia akan membuatkan udara yang di keluarkan berbau busuk
Tempat tidur
Ruang pengudaraan rumah atau persekitaran yang tidak bagus, di mana ia akan membuatkan bau-bau yang tercampur terperangkap
Deodoran atau apa-apa produk yang berbau baru, jadi hidung anda mengambil masa untuk menyesuaikan dengan bau baru
Misalnya, anda ingin memastikan bau tersebut sebetul-betulnya bau yang tidak di hidu oleh orang lain tetapi cuma anda sahaja, anda perlu lakukan suatu catatan sendiri atau apa-apa note yang boleh anda nilai di kemudian hari. Jika bau itu sering tercium sewaktu malam hari, ia berkemungkinan terjadi akibat persekitaran anda.
Adakah terdapat solusi untuk mengubati halusinasi bau ini?
Sebenarnya, phantosmia atau halusinasi bau ini tidak di klasifikasikan sebagai satu penyakit yang teruk mahupun serius, ianya boleh hilang dengan sendiri mengikut masa, ada kalanya mengambil masa beberapa minggu atau bulan. Namun, jika ia boleh menganggu aktiviti seharian anda dan membuatkan anda tidak selesa, kami syorkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Apa yang anda akan lakukan ketika berjumpa dengan doktor? Kebiasaannya doktor akan meminta anda untuk mencuci bahagian dalam hidung anda dengan air larutan saline (air garam). Cara ini di gunakan sebagai fungsi mencuci dan menghilangkan sumbatan yang berlaku pada hidung anda juga mengurangkan kondisi kesihatan yang berlaku.
Ada sesetengah perkara berlaku di mana, pesakit yang menghidap kondisi kesihatan ini masih lagi dalam keadaan yang sama, doktor akan memberikan beberapa ubat untuk di ambil, salah satunya adalah:
Anestesia, bagi membunuh sel saraf dalam hidung
Ubat yang berfungsi untuk menyempitkan saluran darah di dalam hidung
Krim hidung yang mengandungi steroid atau juga berbentuk semburan
Apa yang anda perlu tahu, keadaan kondisi kesihatan phantosmia ini akan di berikan rawatan mengikut keadaan pesakit serta puncanya. Sekiranya keadaan ini terganggu akibat gangguan saraf otak di akibatkan oleh epilepsi, doktor akan melakukan pembedahan dengan kadar yang cepat untuk merawat pesakit tersebut. Pastikan anda peka akan kesihatan tubuh badan dan pelihara sementara masih di berikan rezeki ini.