
Deodorant ataupun ‘ubat ketiak’ merupakan item wajib yang perlu kita gunakan setiap hari untuk mengelakkan berlakunya masalah ketiak berbau. Alamak! Takutlah nanti orang sekeliling juga rasa tak selesa dengan kita sebab ketiak bau masam.
Jadi, adalah penting untuk anda memilih deodorant yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Jika tak tahu nak pilih yang mana satu, bolehlah ikuti thread daripada Syafiq Baharudin ini di twitter mengenai pandangannya terhadap beberapa jenis deodorant yang terdapat di pasaran.
Dia sudah cuba 6 jenis deodorant dan 1 anti perspirant yang terdapat di pasaran.
Masalah biasa yang terjadi apabila pakai deodorant ini adalah kadang-kadang mesti ada kesan kuning pada bajukan?
Ada perbezaan tau di antara anti-perspirant dan juga deodorant dan masing-masing juga ada kelebihan dan kekurangannya.
-
SMELLY NO MORE
2. MAGIC BLUE
3. MOOGOO
4. G&H
5. JOI
6. VERI NATURAL
7. PERSPIREX ANTI PERSPIRANT
Syafiq juga turut berkongsikan bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketiak yang dialami.
kredit: twitter @syafiq_baha
Untuk anda yang tercari-cari deodorant yang tepat, bolehlah ikuti panduan yang disediakannya olehnya. Jangan lupa juga untuk baca setiap isi kandungan di botol sebelum membelinya kerana takut tidak bersesuaian pula untuk ketiak anda.
Bau Badan Hilang, Ketiak Jadi Cerah Semula Caranya Guna Kapur, Limau Nipis, Lemon & Timun

Wajah cantik berseri tanpa sebarang cela, segala-galanya tampak sempurna dan sentiasa bergaya. Namun dalam kesempurnaan luaran itu, masih terdapat segelintir individu yang mempunyai masalah bau badan yang menyesakkan hidung sehingga akhirnya menjejaskan penampilan diri seseorang individu.
Bagi wanita, bau badan walaupun sedikit tetap merunsingkan. Selain masalah bau badan, masalah ketiak hitam juga antara masalah yang sering dihadapi. Meskipun masalah itu ‘tersembunyi’ selain menggunakan deodoran untuk ‘menutup’ bau badan namun ia tetap menimbulkan rasa rendah diri.




Bangun Pagi Rambut Mengembang Dan Kering? Gunakan Pilihan Syampu Terbaik Ini!

Setiap kali bangun tidur pasti rambut akan menjadi kering dan mengembang. Kadang-kala bukan itu sahaja, malah rambut juga akan berbau disebabkan lebihan minyak yang terhasil dari kulit kepala yang menyebabkan kita tidak selesa.
Hal ini terjadi disebabkan pemilihan syampu yang tidak betul serta cara kita menjaga rambut yang tidak betul. Oleh itu, team Hijabista berkongsi kepada kamu semua tentang pilihan syampu terbaik untuk kamu cuba!
- Palmer’s Coconut Oil Cond Shampoo 400ML

Produk ini berfungsi untuk menjadikan rambut lebih kuat, berkilat dan sihat. Apa yang menariknya. ia diperkaya dengan vitamin E yang mengembalikan kelembapan rambut akibat dari kering dan rosak.
2. HIMALAYA Protein Shampoo – Repair & Regeneration

Syampu dari Himalaya ini diformula khas dengan sumber protein semulajadi untuk membaiki rambut yang kering, keriting, rambut yang rosak dan akibat mewarnakan. Dengan campuran khas herba yang banyak kelebihannya, ia memastikan rambut dilindungi hingga ke akarnya.
3. TRESemmé Moist Rich Pump Shampoo

Bagi kamu yang sememangnya sukakan bahan semulajadi, syampu ini diperkaya dengan ekstrak semulajadi bunga matahari, hazelnut, badam dan kaya dengan Vitamin E bagi membantu menguatkan rambut dan menghalang rambut dari rosak. Ia memberi kesan yang menakjubkan untuk memastikan rambut lembap dan mudah diurus.
4. L’Oreal 6 Oil Nourish Shampoo

Rambut mudah rosak sekiranya terkena pancaran sinar UV yang kuat dan menyebabkan rambut menjadi kering dan kusam. Usah risau! Produk ini diformula dengan 6 jenis minyak yang terkandung menjadikan rambut lembut, berkilat, tebal, kuat, licin dan mudah diurus. Ia juga menyerap jauh ke dalam kulit bagi menguatkan akar dan memastikan rambut menerima nutrisi yang secukupnya untuk rambut yang tidak kering dan lembut.
5. Pantene Silky Smooth Care Shampoo

Mempunyai haruman yang menenangkan, ia membersihkan rambut dan kulit kepala sambil merawat rambut agar lembut, licin dan berkilat.
Dengan sepuluh kali ganda fungsi perlindungan, rambut anda tidak akan kering dan sentiasa terurus, lembut dan kembali bersinar.
Trend Kecantikan Wajah Glass Skin Gadis Korea, Semak Juga Senarai Produk Ini Untuk Pemula!

Trend kecantikan dari negara yang kaya dengan ginseng, Korea Selatan, memang selalu menarik untuk diperkatakan perihal kecantikan. Seperti yang sudah menjadi rahsia umum, wanita Korea terkenal dengan kulit wajah yang mulus dan bercahaya yang dikenal dengan nama dewy skin.
Kini, setelah dewy skin, muncul pula glass skin. Lalu, apa yang membezakannya dengan dewy skin? Jika dewy skin menampilkan kulit wajah yang terlihat lembap dan bercahaya, glass skin memberi kesan wajah yang terlihat halus, mulus tanpa pori, dan terlihat bening seperti glass atau kaca. Lalu, bagaimana cara mendapatkan wajah glass skin? Semak caranya di bawah ini!
1. Bersihkan wajah dengan teknik double cleansing
Doube cleansing sangat penting dilakukan untuk mendapatkan wajah yang bersih maksima. Mulailah dengan mengaplikasikan cleansing oil pada seluruh wajah untuk menghapus segala sisa solekan dan kotoran. Seterusnya, cuci wajah dengan menggunakan sabun yang melembapkan. Kamu boleh memilih pencuci wajah dengan label soap-free.
2. Gunakan toner
Setelah proses pembersihan, gunakan toner dengan menggunakan kapas. Pastikan kamu memilih toner yang tidak membuat kulit terasa ketat justeru membuat kulit wajah makin lembap.
3. Lakukan eksfoliasi
Sel kulit mati menjadi salah satu penghambat bagi anda untuk mendapatkan wajah yang mulus, putih, dan bercahaya. Oleh kerana itu, jangan malas untuk melakukan eksfoliasi wajah. Nggak hanya dengan scrub, kamu juga mengeksfoliasi wajah dengan menggunakan exfoliating toner yang mengandung AHA atau BHA.
4. Gunakan sheet mask
Menggunakan sheet mask jadi cara mudah yang dapat dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih halus, lembut dan terhidrasi. Gunakan sheet mask kegemaran anda. Jangan lupa sapukan sisa essence setelah masker ditanggalkan agar lebih terserap pada kulit wajah.
5. Pakai pelembap di seluruh wajah
Ini juga menjadi langkah penting untuk mendapatkan wajah ‘glass skin‘. Pelembap akan membantu menghidrasi wajah. Pilihlah pelembap yang memiliki label moisturizing atau hydrating untuk kelembapan ekstra.
6. Aplikasikan serum dan essence
Setelah pelembap, seperti regim kecantikan wanita Korea, kamu juga wajib mengaplikasikan serum dan essence toner. Serum dan juga essence akan merawat kulit wajah dari dalam dan menghidrasi secara maksima.
7. Rajin minum air putih
Sudah bukan rahsia lagi kalau air putih memiliki segudang manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Pastikan bekalan air putih cukup setiap harinya ya!
Produk Kecantikan Disyorkan Untuk Newbies
Face Republic Gold Mineral Cleanser

Face Republic Super Screen Sun Gel SPF50+

Face Republic Perfect Cover BB Cream

Face Republic Crystal Glow Whitening Cream
Face Republic K-Beauty On The Go (sachet)
Face Republic Sleeping Beauty Face Mask
SUMBER: POPBELA