Pernah tular wanita yang kudung kedua belah tangan sejak lahir, Norfarrah Syahirah Shaari kini selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang jejaka di kediamannya di Bagan Datuk, Perak.
Perkongsian itu di buat pada laman Instagram wanita itu sebagai makluman orang ramai mengenai status perkahwinannya. Malah, dia juga meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu dan bakal menyusul ke alam perkahwinan.
Wanita berusia 34 tahun itu juga memuat naik beberapa keping foto berlangsungnya majlis pertunangannya bersama pasangan, Zul Roy. Dia yang kelihatan manis di pelamin bak seorang puteri dengan busana pengantin yang berwarna hijau muda.
“Alhamdulillah…selesai majlis pertunangan.” itulah kapsyen yang di tulis pada posting di Instagram memanjat rasa kesyukuran.
Foto yang dikongsi juga menunjukkan seorang wanita yang dipercayai bakal ibu mentuanya sedang memaikan gelang kaki padanya sebagai simbolik mengikat talian pertunangan.
Ada juga beberapa foto yang memperlihatkan Norfarrah Syahirah duduk bersama pasangannya di atas pelamin dan kelihatan manis bersama. Pemilihan warna busana hijau muda juga sangat kena bagi dua pasangan ini.
Ruangan komen penuh dengan doa dan kata-kata positif
Sudah tentu bagi siapa yang mengikuti perkembangan wanita ini, ramai yang akan memberikan sokongan padanya. Tambahan lagi, ini merupakan berita yang baik buat Norfarrah dan ramai yang mendoakan supaya dia peroleh kebahagiaan.
Ads
“Cantiknya sis…tahniah sis…doakan saya insan yang bergelar OKU bertemu jodoh jua…tahniah sis…selamat bertunang,
“Alhamdulillah. Tahniah sis dan semua pihak keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga bagagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, Aamiiin Ya Rabbal A’lamiiin. MasyaAllah, cantik sis.” berikut antara komen yang diberikan oleh pengikutnya.
Terdahulu, dia pernah tular di mana ramai yang ingin tahu cara bagaimana wanita tersebut membawa kereta meski ada serba kekurangan. Namun, dia tampil memberikan sebuah video khas untuk menjelaskan caranya.
Solat mengandungi falsafah atau hikmah tersendiri yang perlu kita hayati. Sangat daif pemikiran jika ada yang menganggap solat mengganggu rutin tugasan seharian.
Ini kerana solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya sentiasa menghargai dan menepati masa. Itu adalah falsafah ulung dalam solat.
Cukup masa, setiap Muslim wajib menunaikan perintah Allah itu tanpa melengahkannya. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman dan ditentukan waktunya.”
Namun dalam menunaikan solat lima kali sehari, mungkin tanpa kita sedari ada kesalahan-kesalahan yang kita lakukan ketika menunaikan solat. Berikut perkongsian yang dipetik daripada perkongsian Mohd Ibrahim di Facebooknya.
Kesalahan-Kesalahan Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” – HR Thobrani –
1. Tidak berdiri lurus
Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah
Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
3. Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud
Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” [HR Ahmad]
5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai
7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” [Muttafaqun ‘Alaih]
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah
Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat
Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal
Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
10. Dada berpaling dari kiblat.
HIJABISTA: Semoga solat kita sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
Sebagai seorang yang masih berstatus ‘single’ pelakon dan usahawan cantik, Wan Sharmila kelihatan sangat tenang dan bahagia menjalani kehidupan sehariannya. Baru-baru ini, pemilik nama penuh Wan Sharmila Wan Muhamed ini ada menitipkan kata-kata semangat di Instagramnya buat para wanita khususnya yang masih ‘single’. Wan Sharmila turut berkongsi ciri-ciri dimiliki wanita solehah.
Harapannya agar semua wanita (solehah) yang masih ‘single’ dikurniakan jodoh pada waktu yang tepat dan berkat.
“Dearest Wanita Soleha, Semoga siapa sahaja yang masih single akan Allah kurniakan jodoh pada waktu yang terdekat, waktu tepat dan waktu yang berkat.”
Dalam pada itu, Wan Sharmila turut berkongsi ciri-ciri wanita solehah seperti mana disebut oleh Nabi Muhammad SAW.
“Semoga bakal suami awak dapati ciri-ciri ini pada diri awak semua.
“Nabi (SAW) sebut Wanita Solehah itu: – 1) Apabila kamu memandangnya hati kamu tenang dan senang. 2) Taat kepada suami (yang tiada suami taat kepada kedua ibu-bapa). 3) Apabila suami tiada di rumah dia menjaga maruah dirinya, menjaga harta suaminya.
Wan Sharmila yang mesra dengan panggilan Lala turut menitipkan doa buat para isteri solehah yang taat kepada suami.
“Untuk para isteri, Semoga awak semua dapat masuk Syurga dari pintu syurga taat pada suami.”
Usia hampir mencecah 43 tahun namun Wan Sharmila yang kini aktif dengan program-program keagamaan dan majlis ilmu, Wan Sharmila masih kekal menawan.
Sejak bertudung lima tahun lalu, Wan Sharmila kekal istiqamah dengan hijrahnya.
Wan Sharmila sentiasa memilih pakaian longgar dan bertudung labuh mengikut syariat Islam. Wan Sharmila juga berada dalam circle yang baik-baik dan positif.
Hijabista mendoakan agar Wan Sharmila terus istiqamah, kekal anggun dan dikurniakan jodoh terbaik yang dapat sama-sama menuju ke syurga Allah SWT.
Untu info, Wan Sharmila mewarisi bakat lakonan ibu saudaranya yang merupakan pelakon veteran terkenal Wan Maimunah.
Antara drama popular lakonan Wan Sharmila ialah Tari Tirana sekitar tahun 2009.
Wan Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit pada 2007 namun mereka bercerai pada 2009.
Wan Sharmila kini mengusahakan bisnes busana Muslimah miliknya iaitu Sharkha by Wan Sharmila.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tanda stretch mark bukan hanya masalah orang dewasa lebih-lebih lagi wanita selepas bersalin, remaja juga berisiko menghadapinya. Ini adalah masa ketika remaja perlahan-lahan membangun identiti mereka dan mengembangkan keperibadian baru. Mereka juga mengalami transformasi fizikal kerana perubahan hormon, yang sering meninggalkan beberapa tanda. Salah satu tandanya stretch mark yang mungkin kendengaran pelik tetapi ia adalah benar.
Tetapi tidak ada yang perlu dirisaukan. Stretch mark adalah bahagian normal semasa akil baligh, dan dengan perlahan-lahan, ia boleh memudar. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Ya, adalah wajar bagi remaja stretch mark mengembangkan di bahagian-bahagian tertentu. Kira-kira 40% remaja lelaki, terutamanya mereka yang aktif dalam sukan, dan 70% wanita remaja mengalami stretch mark.
Ketika remaja mencapai usia baligh, terdapat perubahan hormon dalam badan. Selama ini, remaja mungkin mengalami lonjakan pertumbuhan secara tiba-tiba dan mungkin terdapat kesan stretch mark di bahagian badan mereka. Remaja biasanya dapat melihat kesan stretch mark di kawasan ini:
Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana remaja mengembangkan tanda stretch mark, berikut adalah jawapannya.
Stretch mark, juga dikenali sebagai striae, berkembang apabila kulit mengalami rengangan cepat melebihi hadnya. Ini menyebabkan kerosakan pada serat kolagen dan elastin dan membawa kepada pembentukan parut pada kawasan yang terjejas.
Selama bertahun-tahun remaja, lelaki mahupun perempuan mungkin mengalami lonjakan pertumbuhan, yang meregangkan kulit dan meninggalkan kesan stretch mark. Remaja juga Penambahan dan penurunan berat badan dengan cepat, juga boleh menyebabkan stretch mark. Beberapa faktor lain juga boleh menyebabkan stretch mark pada remaja. Ini adalah:
Tanda stretch mark tidak dapat dielakkan, dan tidak mungkin anda dapat menyingkirkannya. Walau bagaimanapun, jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang cukup, anda boleh memperbaikinya dan menjadikannya tidak kelihatan.
Sekiranya anda ingin menghilangkan kesan stretch mark, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengambil langkah pencegahan. Terdapat beberapa cara untuk menjadikan kulit anda tahan dan mencegah koyakan yang teruk dan kesan stretch mark yang teruk. Inilah perkara yang boleh anda lakukan:
Setiap individu, termasuk remaja, harus kerap bersenam. Selain mengencangkan badan, bersenam juga membantu mencegah kenaikan berat badan yang berlebihan. Ini menghalang kulit anda daripada meregang secara tidak perlu dan menghalang perkembangan stretch mark. Sekiranya anda mengalami apa-apa perubahan, stretch mark tidak akan menjadi teruk dan mungkin menjadi kurang ketara seiring berjalannya waktu.
Menjaga kesihatan diri sangat penting. Kulit kering meregang dengan mudah dan lebih terdedah kepada kerosakan. Ini menyebabkan perkembangan stretch mark. Tetap terhidrat dari dalam memastikan organ anda, termasuk kulit, kekal sihat dan berfungsi dengan baik.
Seiring dengan penghidratan dari dalam, kulit anda memerlukan pelembapan tambahan dari luar. Urut kulit anda dengan losyen badan dan krim untuk mengelakkan kekeringan kulit. Kulit yang dilembapkan dengan betul elastik dan mudah meregangkan. Ini mungkin membantu mengelakkan kesan stretch mark.
Kami memahami bahawa tidak mungkin sama sekali untuk menghindari cahaya matahari. Walau bagaimanapun, pendedahan UV boleh menyebabkan kerosakan kulit dan memburukkan lagi kesan stretch mark anda. Oleh itu, gunakan pelindung matahari dengan kerap sebelum melangkah keluar.
Vitamin dan nutrien sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit dan kesihatan keseluruhan. Mereka juga membantu menjaga berat badan anda. Faktor-faktor ini dapat membantu mencegah stretch mark kulit yang tidak perlu dan tanda-tanda yang disebabkan olehnya.
Ambil buah-buahan segar, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, produk tenusu dan bijirin. Elakkan makanan yang diproses, soda, dan minuman manis dan makanan ringan.
Anda boleh menggunakan produk OTC anti tanda stretch mark untuk memudarkan tanda. Walau bagaimanapun, pastikan untuk menggunakannya secara beragam dan kerap.
Sekiranya tanda stretch mark anda teruk dan tidak pudar dengan langkah pencegahan dan pelembab biasa, berjumpa doktor untuk mendapatkan penilaian dan rawatan yang betul. Biasanya, doktor boleh menetapkan pilihan berikut untuk merawat stretch mark.
Walau bagaimanapun, doktor sering tidak mengesyorkan pilihan rawatan ini untuk remaja. Ini kerana remaja belum dewasa sepenuhnya. Tanda regangan yang mereka alami semasa remaja boleh pudar dari masa ke masa.
Oleh kerana hormone mereka masih berkembang, selalu ada ruang untuk mengembangkan stretch mark baru di kemudian hari semasa mereka dewasa. Oleh itu, doktor mungkin menetapkan krim dan salap topikal untuk remaja. Langkah pencegahan selalunya berfungsi paling baik dalam kes seperti ini.
Sekiranya anda seorang remaja dan tidak tahu bagaimana merawat stretch mark anda, ikuti petua yang diberikan di sini dan berbincang dengan doktor untuk mendapatkan pilihan rawatan yang sesuai.
Di bawah ini, senarai produk terbaik untuk mencegah kesan stretch mark, membantu menyembuhkannya setelah ia terbentuk, dan bahkan membantu untuk menyamarkannya buat sementara waktu.
Sapukan Bio-Oil setiap hari untuk meminimumkan kesan stretch mark dan parut – walaupun anda mengalami kessan luka selama beberapa tahun. Dalam satu kajian klinikal, lebih daripada separuh penguji melihat perubahan parut selepas dua minggu.
Hebat bukan, untuk seluruh badan dan wajah anda, menyerap dengan cepat dan juga membantu meratakan warna kulit anda. Ia dipenuhi dengan bahan-bahan tenaga seperti minyak semula jadi dan derivatif vitamin A untuk menghidrat kulit dan memperbaiki penampilannya.
Gantikan pelembap biasa anda dengan yang kaya dengan bahan penghidratan seperti minyak argan dan mentega shea, kedua-duanya terdapat dalam losyen klasik dan mesra bajet ini. “Apabila anda mengalami stretch mark, salah satu perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah mengurut urutan stretch mark secara menegak.
Produk ini telah menjadi perhatian wanita hamil selama beberapa dekad, dan ia mempunyai ulasan yang positif: 96% wanita yang menggunakan produk ini secara berkala sepanjang kehamilan mereka tidak mengalami stretch mark semasa kehamilan mereka, menurut percubaan klinikal yang dilakukan pada 26 orang wanita hamil.
Lindungi kulit anda dengan menggunakan SPF setiap hari, pelindung matahari melindungi kulit dari kerosakan yang berterusan. Kebanyakkan pengguna losyen Kiehl berpendapat, bahawa losyen ringan air ini “melembapkan” dan menyukai “bau neutralnya”. Atributnya yang dinilai terbaik kerana tidak membuat kulit terasa berminyak atau licin walaupun di bawah terik matahari.
Menjaga kulit sentiasa terhidrat adalah salah satu kaedah terbaik untuk mengelakkan kesan stretch mark muncul. Asid hyaluronik dalam krim gel badan ini membantu menghilangkan dahaga kulit dan menjadikannya sihat dan lembap, yang dapat menghentikan kesan stretch mark di trek mereka.
Berikan kulit anda penambah hidrasi dengan krim yang dibungkus dengan asid hyaluronik dan centenella asiatica (biasanya dikenali sebagai cica). Menurut tinjauan yang dilakukan oleh jenama tersebut, 76% wanita yang menggunakan produk ini selama 12 minggu menyaksikan penurunan tanda stretch mark dan berpuas hati dengan peningkatan tanda stretch mark mereka.
Oleh kerana tanda stretch mark pada dasarnya adalah parut, mereka tidak boleh menyala secara semula jadi, tetapi anda boleh menyamarkannya dengan menggunakan bronzer (atau penyamak sendiri) di atas garisan anda untuk menyembunyikannya sementara. Gunakan bronzer cair berisi vitamin ini untuk memberi tubuh anda cahaya yang sihat sambil memberi makan bahan-bahan yang menghidratnya.Terdapat juga dalam bentuk minyak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.