Penyanyi veteran tanah air, Zaiton Sameon, kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Syukur tidak terhingga diucapkan kerana masalahnya mendapat perhatian.

Penantiannya untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi realiti. Status kad OKU itu boleh meringankan bebannya kelak.

Artikel berkaitan: Realiti Tak Seindah Dongeng, Gadis OKU Ini Berusaha Keras Tamatkan Pengajian

Syukur masalah saya dapat perhatian – Zaiton Sameon

Dilaporkan oleh mStar, Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh pula berkata, dia layak menerima status itu apabila doktor mengesahkan Zaiton alami masalah yang dipanggil traumatic brain injuries atau trauma kecederaan otak.

“Status OKU bukan hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kecacatan fizikal malah sesiapa yang mempunyai masalah ingatan juga boleh memohon,

“Seperti kes Zaiton, dia masuk dalam kategori OKU fizikal yang disahkan oleh doktor sebagai trauma kecederaan otak.” katanya.

IKLAN

Zaiton Sameon yang pernah terlibat dalam kemalangan ngeri pada 1990 sehingga menyebabkan anak lelakinya terkorban melalui insiden itu. Dari insiden itu, Zaiton alami gangguan emosi yang teruk selain masalah hilang ingatan.

Penerimaan kad OKU itu juga menjadi tanda syukur buat Zaiton yang berusia 66 tahun itu. Dengan ini, ia dapat membantunya memohon bagi mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Terdahulu, dia terpaksa mebayar sewa rumah yang berjumlah RM800 di Bukit Indah, Ampang. Dia juga memaklumkan kesukarannya untuk memohon kediaman PPR oleh kerana tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

IKLAN

“Sebelum ini saya ada mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap. Sedih orang lain dapat tapi saya tak,

“Mentang-mentanglah saya ‘cacat otak’ ada orang pandang serong sampai kata saya tak boleh menyanyi. Itu semua tak benar sebab lagu Inggeris punya saya boleh menyanyi dengan baik,

“Alhamdulillah, dengan adanya kad ini, saya berpeluang memohon PPR dan mempunyai rumah sendiri.” ujar Zaiton.

IKLAN

Artikel berkaitan: Fokus Dan Komited Terhadap Kerjaya, Penampilan Terkini Fathia Raih Perhatian

Pelantun suara lagu Menaruh Harapan itu juga menitipkan rasa syukur kerana dia dijaga dengan baok oleh anak angkatnya, Che Sikah Ismail, 50, sejak 11 tahun lalu.

Kehidupannya banyak diuruskan oleh Che Sikah sehinggakan urusan nyanyian juga. Zaiton akui tidak mahu menyusahkan adik-beradiknya. Dalam pada masa yang sama, Zaiton giat menjalankan perniagaan ‘Rendang Nasib’ untuk menjana pendapatan sampingan.

Sumber: mStar dan Harian Metro

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI