Pelawak yang juga usahawan berjaya, Shuib Sepahtu meluahkan rasa gembiranya apabila berjaya merealisasikan hasrat isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin untuk membantu dua buah keluarga di Kelantan yang menjadi mangsa kebakaran.
Kediaman mangsa-mangsa tersebut yang bertempat di Bachok telah musnah sekitar Februari tahun lalu dan menurut Shuib, arwah isterinya adalah individu yang paling semangat untuk membantu mangsa-mangsa ini mendapatkan rumah baharu.
Memuat naik di instagram, Shuib telah berkongsi momen-momen sewaktu beliau dan Sarah menziarahi tapak kawasan tersebut selepas ia musnah terbakar.
Ads
Ads
13 Februari 2021 #ThrowBack Ibulah yang paling semangat nak sangat bantu 2 keluarga ni untuk ada rumah baru. Alhamdulillah harini Daddy dan team @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci.Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untuk melihat dua rumah ini dibangunkan. “Ibu,,,,Alhamdulillah,dah siap rumahnya sayang @sitisarahraissuddin “
Menjengah di ruangan komen, ramai yang terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh Shuib dan arwah isterinya serta turut merasa seolah-olah arwah masih ada di dunia ini setelah menonton klip tersebut.
Jika hijabi mencintai dunia solekan, pasti anda mengenali jurusolek Mua Bellaz ataupun nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini. Sentiasa mencuri tumpuan netizen dengan video tutorial solekannya yang menggunakan loghat utara, Bellaz juga gemar berkongsi aktiviti hariannya bersama pengikutnya.
Pada 7 April 2019 yang lalu, Bellaz telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27. Ternyata ramai yang sayangkan ibu kepada dua orang cahaya mata ini apabila Bellaz menerima pelbagai kejutan daripada keluarga dan kenalannya.
Dah masuk 07/04/2019 selamat hari lahir buat diri saya yg ke 27 tahun.. Syukur Alhmdulilah pelbagai liku2 pahit Dan manis sepnjang kehidupan…….terima kasih ya Allah ,terima kasih pda suami maa/abah keluarga serta rakan2 Ku… Tq hampa pada yg mendoakan saya…Amin Amin
Terima kasih pada semua yg datang .. Hmpa pandai no .. Prank bellaz… To suami /manager bellaz (AP) kak ipar farah abang art kakwan abg rizal zetty kucai kamal izy dan semua yg terlibat … Hampa mmg gila laaa.. Buat aku teriak sungguh2 … The best part bila abah mai suprisekan jugak ?….. Kpda suami terima kasih susah2 b bg kereta idaman mama yg mama idamkan ya amat… Hadiah bukan untk mama tapi untuk kita sekluarga mencari rezeki bersama2 .. Tak sangka b pandai surprise smpai mcm ni sekali.. Sampai ke lani masih dlm mimpi lagi betol ka itu kuda putih yg sy impikan..
Terima kasih bersush2 bersma mama suka duka kita tempuhi.. Ilove to somuch… Demi Allah tak sangka depa buat suprise sampai mcm ni. Inilah kali pertama seumur hidup bellaz di surprise kan smpai mcm ni….. Tq maaa azilah ayah dri jauh wish bufday kak ilove you.
Apa2 pon semuanya pinjaman dri Allah yg maha esa.. Jgn lupa padanya sentiasa kena igt kita bermula dri mana… Buat org2 disekeliling kita bahagia n senang dgn kita… Ya Allah bergitu besarnya manfaat berkongsi Ilmu dgn hampa semua … Ya Allah ramai yg mendoakan kita smua… Apa2 bellaz buat seikhlas hati bellaz.. Jutaan terima kasih pd tetamu yg hadir.. Dan jutaan terima kasih buat hampa yg selalu mengikuti perkmbagan bellaz dri dulu sampai skrg… Bukanya mudah untk capai semua ini… Memerlukan mental fizikal yg kuat… Berusha tanpa mengenal erti putus asa Sentiasa positive jgn ada negetive dlm diri ..
Kalau org hina kita .. Fitnah kita tak suka kita.. Kita jgn berlawan .. Malah doakan baik2 untuknyaaa .. Insyallah Allah maha megetahui smua isi hati kita … Insyallah one day dia akan kenl n suka dkt kita
Video by @Adi muhaimin hakim
Allahuakbar syukur Alhamdulilah Terima kasih pada semua yg datang .. Hmpa pandai no .. Prank bellaz… To suami /manager bellaz (AP) kak ipar farah abang art kakwan abg rizal zetty kucai kamal izy dan semua yg terlibat … Hampa mmg gila laaa.. Buat aku teriak sungguh2 … The best part bila abah mai suprisekan jugak ?….. Kpda suami terima kasih susah2 b bg kereta idaman mama yg mama idamkan ya amat… Hadiah bukan untk mama tapi untuk kita sekluarga mencari rezeki bersama2 .. Tak sangka b pandai surprise smpai mcm ni sekali.. Sampai ke lani masih dlm mimpi lagi betol ka itu kuda putih yg sy impikan.. Terima kasih bersush2 bersma mama suka duka kita tempuhi.. Ilove to somuch… Demi Allah tak sangka depa buat suprise sampai mcm ni. Inilah kali pertama seumur hidup bellaz di surprise kan smpai mcm ni….. Tq maaa azilah ayah dri jauh wish bufday kak ilove you. Apa2 pon semuanya pinjaman dri Allah yg maha esa.. Jgn lupa padanya sentiasa kena igt kita bermula dri mana… Buat org2 disekeliling kita bahagia n senang dgn kita… Ya Allah bergitu besarnya manfaat berkongsi Ilmu dgn hampa semua … Ya Allah ramai yg mendoakan kita smua… Apa2 bellaz buat seikhlas hati bellaz.. Jutaan terima kasih pd tetamu yg hadir.. Dan jutaan terima kasih buat hampa yg selalu mengikuti perkmbagan bellaz dri dulu sampai skrg…Bukanya mudah untk capai semua ini… Memerlukan mental fizikal yg kuat… Berusha tanpa mengenal erti putus asaSentiasa positive jgn ada negetive dlm diri ..Kalau org hina kita .. Fitnah kita tak suka kita.. Kita jgn berlawan .. Malah doakan baik2 untuknyaaa .. Insyallah Allah maha megetahui smua isi hati kita … Insyallah one day dia akan kenl n suka dkt kitaVideo by @Adi muhaimin hakim
Kejutan demi kejutan .. Tapi kejutan saya tak akan lupa sampai bila2 sngt2 terkjut smpai ke tulang dlm…iaitu kejutan Abah bellaz …. Depa suprise bawak abah bellaz jauh dtg dri kampung depa p ambik ….. Memang satu dewan hbs menagis…. Bellaz jerit ya Allah abah….. Terkjut belllaz….xsangka Abah mai.. Tq Abah dtg suprisekan kak… Menagis gila semalam .. Gembira terharu semua ada… Sbb saya sahaja kenal abah saya mcm mna….. Your my hero dunia akhirat . ????? pic ni menagis sehabis hati sgt2
Abah saya seorang nelayan sahaja… Kerja siang malam cri rezeki .. Nk bahagiakn anak2 dia… Dia xmkn xpa asal anak dia dpt makan… ???? …abah habaq dia xpernah lupa doakan anak dia .. Walaupun berjauhan dia sentiasa doakan bellaz sentiasa dilindungi dan dimurhkan rezeki
Kita kan anak perempuan ..rapat dgn abah/ayah/papa/dady/bapak
Seronoknya diberi kejutan begini. Bertuah sungguh Bellaz apabila disayangi ramai! Patutlah ramai yang menyayanginya kerana dia sememangnya mempunyai hati yang baik dan sentiasa menghargai orang yang sentiasa bersamanya. Selamat Hari Jadi Bellaz! Moga terus sukses dan mencipta pelbagai lagi kejayaan selepas ini. Amin.
Apakah makanan ‘air tangan ibu’ yang menjadi kegemaran hijabi? Haa.. Pasti sukar untuk membuat pilihan kan? Kerana, apabila disebut sahaja hidangan paling sedap pernah dinikmati seumur hidup, pasti ramai yang bersetuju bahawa asakan yang dimasak ibu masing-masing adalah yang terbaik!
Walau ke mana juga kaki melangkah, masakan air tangan ibu sendiri sememangnya tiada tandingan. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng, namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.
Begitu juga dengan penyampai radio serta aktress jelita, Siti Elizad yang memuji masakan arwah ibu sememangnya super sedap, terutamanya apabila memasak menu gulai lemak cili padi dan rendang.
Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson, rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.
“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.
Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin yang banyak mengambil alih tugas arwah dalam mengelolakan keluarganya.
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
1cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 min bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.