Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan warga Antarabangsa, hadir pada majlis rumah terbuka yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek baru-baru ini, tarik perhatian ramai!
Antara tetamu yang diundang seperti hijabi yang terkenal di aplikasi TikTok, Aisha Tan, pemilik akaun @soyabelacan, yang terkenal dengan masakan cina muslim dan Muhammad Mikhael Sathayah pemilik akaun @mukagangster yang menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrahnya.
Raya Dalam Budaya uniknya tradisi dan etnik masing-masing
Islam adalah agama yang bersifat universal (‘alamiyyah). Tidak membeza-
bezakan antara lelaki dan wanita, antara yang berkulit putih mahupun hitam. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.
Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan berkata,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Menariknya program ini ukhwah yang terbina bukan dipandang dari segi budaya tapi agama yang menyatukan mereka.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.
Ads
“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai
Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
Ads
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Aisya antara mualaf yang turut serta dalam program masakan yang dianjurkan
Aisya antara hijabi yang mempunyai pengikut ramai, berkongsi resepi masakan bangsanya buat ramai yang tertarik dengan perkongsiaan hijabi ini. Soya Belacan terkenal apabila Aisya sendiri menyakinkan orang ramai masakan cina boleh dihasilkan dengan bahan-bahan yang halal.
Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi. Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.
Ads
“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya yang dibesarkan oleh seorang ibu berstatus mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata
Tidak hanya penglibatan dilapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka. Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.
“Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam hidup manusia. Apabila kami mengkaji maka kami dapati bahawa orang zaman sekarang suka melancong dan suka perkara yang cepat dan segera. Sebab itu sambal ikan bilis yang dinamakan TERIaak diperkenalkan bagi menyokong pembangunan Kompleks Tahfiz Dakwah Anak-anak Mualaf yang memerlukan dana sebanyak RM25 juta.
“Bukan itu sahaja apabila siap nanti kos pengurusan dan jagaan kebajikan anak-anak mualaf juga perlu difikirkan dari sekarang bagi melahirkan daie mualaf pada masa akan datang supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/xCzxImHeyGc
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ketupat merupakan hidangan yang tidak boleh dilepaskan ketika hari raya. Tak lengkap kalau makan rendang tanpa ketupat kan? Ketupat sendiri adalah hidangan khas maritim Asia Tenggara yang diperbuat daripada nasi yang dibungkus dalam sarung yang diperbuat daripada daun kelapa muda.
Menjelang hari raya, ramai yang berpusu-pusu membeli ketupat, baik pada kulit mahupun sedia untuk digunakan. Itulah sebabnya Hijabista memberi anda petua tentang cara mengait ketupat dan cara menyimpannya supaya tahan lebih lama.
Buat tiga lagi gulungan pertama di tangan kanan pula.
Susun dan pegang kedua-dua belah gulungan.
Masukkan gulungan ketiga di tangan kanan ke dalam gulungan tangan kiri.
Anyam hingga ke hujung gulungan pertama di tangan kiri.
Anyam gulungan kedua dan ketiga di tangan kanan secara bertentangan.
Pastikan anda dapat bentuk yang betul seperti ini.
Ambil hujung gulungan pertama di tangan kanan.
Anyam sehingga bertemu gulungan pertama di tangan kiri.
Pegang keseluruhan anyaman dengan tangan kanan dan lepaskan pegangan di tangan kiri.
Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri dan anyam sehingga bertemu hujung gulungan di tangan kanan
Tarik kedua-dua hujung anyaman
Ketatkan anyaman dan SIAP!
Menganyam agak rumit, terutamanya jika anda baru belajar cara melakukannya. Tetapi itu tidak bermakna ia tidak boleh dipelajari. Jika anda sentiasa berguna, bagaimana anda tahu anda boleh menjadi “pro” seperti nenek moyang kita?
Masih tidak faham? Tonton video tutorial mudah menganyam ketupat ini.
Tips Menyimpan Ketupat
Untuk memastikan ketupat anda lebih lama dan tidak mudah rosak, anda boleh mengikuti petua penyimpanan ketupat ini.
Gantungkan ketupat anda. Menyimpan ketupat gantung boleh mengelakkan ia daripada menjadi basah, jadi ia tidak cepat tengik. Selain itu, kaedah ini juga memastikan ketupat terdedah kepada angin supaya ia kering di semua bahagian.
Anda boleh memanaskan semula ketupat jika ingin memakannya. Panaskan secara beransur-ansur bergantung pada jumlah yang anda mahu.
Selain gantung, boleh juga simpan ketupat dalam peti ais. Biasanya kaedah ini dilakukan selepas ketupat berada di luar (suhu bilik) selama lebih kurang tiga hari. Juga, pastikan peti sejuk berada pada suhu biasa, biasanya 2-5 darjah Celsius. Dengan cara ini, ketupat hari raya buatan sendiri anda akan bertahan sehingga enam hari.
Bukan sahaja di dalam peti sejuk, tetapi juga di dalam freezer. Kalau simpan Ketupat dalam peti ais, tahan lebih seminggu. Letakkan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan. Jika anda ingin memakannya lagi, keluarkan sejam sebelum memanaskan ketupat.
Jangka hayat ketupat juga dipengaruhi oleh kualiti pembungkusan, beras yang digunakan, dan cara penyediaannya. Ketupat yang berkualiti tinggi dan tahan lama perlu dimasak dengan kerap dan tanpa tergesa-gesa.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Peminat dunia hiburan Korea hari ini dikejutkan dengan berita kematian Kim Mi Soo yang merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri “Snowdrop” yang kini popular di laman penstriman Disney+.
Berita kematiannya mula tersebar apabila agensi Landscape Entertainment yang merupakan syarikat naungan pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan media kepada umum.
“Ini adalah agensi pelakon Kim Mi Soo, Landscape Entertainment. Kami mahu menyampaikan berita sedih dan menyayat hati. Kim Mi Soo secara tiba-tiba meninggal dunia pada 5 Januari. Keluarganya ketika ini sangat sedih dengan berita duka yang berlaku secara mengejut ini.
“Kami benar-benar meminta anda untuk mengelak daripada membuat khabar angin atau spekulasi supaya keluarga yang kehilangan, terkejut dan berduka, dapat memperingati mendiang.
“Tolong doakan Kim Mi Soo agar mendiang dapat berehat dengan aman, dan sekali lagi, kami mengucapkan takziah kepada mendiang,” kata kenyataan yang dikeluarkan agensi tersebut.
Pengkebumian pelakon yang dilahirkan pada tahun 1992 ini juga akan diadakan secara tertutup mengikut permintaan keluarganya, menurut kenyataan itu lagi. Walau bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan.
Kim Mi Soo muncul dalam banyak drama terkenal termasuk “Hi Bye Mama,” “The School Nurse Files,” dan “Yumi’s Cells.” Projek terbarunya ialah siri drama “Snowdrop”, yang ketika ini sedang disiarkan.
Menerusi siri tersebut, Kim Mi Soo Melakonkan watak aktivis pelajar yang berkongsi asrama wanita dengan watak protagonis Young-ro, yang dilakonkan oleh Jisoo dari kumpulan K-pop Blackpink.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bak lirik lagu Afgan, ‘jodoh pasti bertemu’, tidak kiralah di mana sekali jarak kita, jika sudah takdir pasti akan bersama jua.
Begitulah kisah buat wanita yang bernama Ayu Abdullah ini yang kisahnya tular di TikTok apabila dia memaklumkan bahawa bakal suaminya itu merupakan seorang warga Aceh dan mereka mula berkenalan ketika sesi siaran langsung Bigo ketika dia menjual pakaian di aplikasi tersebut.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Azhari itu kemudian meminta nombor telefon Ayu dan pada mulanya dia teragak-agak untuk memberinya kerana tak mahu terluka lagi angkara cinta.
“Saya ambil masa dua,tiga hari juga fikir sebelum beri nombor telefon. Tapi saya fikir positif dan anggap niatnya sekadar nak berkawan.”
Tambah Ayu, pada mulanya dia hanya menganggap Azhari sebagai teman biasa namun tanpa diduga pada bulan Disember lalu bakal suaminya itu bertanya soalan yang membuatkannya berdebar serta-merta.
“Dia tiba-tiba tanya ‘nak jadi bini aku tak?”
“Masa tu ragu-ragu juga niatnya. Bukan apa, sebab sebelum ini pernah lalui episod putus cinta, malah pernah putus tunang. Tak semua lelaki pandang plus size. Ada yang hanya pandang duit.
Sudah menjalankan bisnes pakaian sejak tiga tahun lalu, Ayu akhirnya terbuka hati menerima cinta lelaki dari seberang itu dan telah pun mengikat tali pertunangan pada 9 Januari lalu.
Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok menjadi tular, Ayu mengakui berasa terharu kerana menerima banyak komen positif yang mendoakan agar mereka selamat mendirikan rumah tangga dan mengucapkan tahniah di atas pertunangannya.
“Saya doakan bagi mereka yang masih mencari jodoh agar urusan mereka juga dipermudahkan. Jangan down, InsyaAllah jodoh pasti ada..sama ada lambat atau cepat saja,” kata Ayu yang khabarnya akan disatukan dengan cinta hati tidak lama lagi.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mendirikan rumahtangga pada April 2024, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kini bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelakinya.Terserlah seri di wajah...