Hip & happening! Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 dirancakkan melalui penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara. Kerjasama terbaharu ini dijangka akan memeriahkan dan menggegarkan lagi program tahunan ini.
UDA Holdings Berhad, yang memegang mandat daripada Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan golongan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), juga selari dengan misi Mari SeeNI.
Karnival untuk tahun ketiga penganjurannya itu membawa semangat dan aspirasi tinggi memperkasakan pemilikan hartanah serta pembabitan usahawan Bumiputera dalam landskap ekonomi bandar. Di bawah naungan UDA, karnival ini bukan sekadar acara, tetapi simbol keteguhan usaha dan komitmen memperkukuh ekonomi Bumiputera.
Sebagai tanda penghargaan buat Karnival UDA, Mari seeNI akan memberikan kemeriahan yang berganda melalui rangkaian aktiviti eksklusif yang direka mengikut zon-zon bertema, selaras dengan zon yang tersedia di Karnival UDA 2024.
Ads
Karnival UDA 2024 yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu, menampilkan kelainan dan konsep Baharu iaitu tujuh (7) Zon untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa & Ma, Jualan Pelbagai di mana Mari seeNI akan memeriahkan lima (5) Zon di Karnival UDA 2024 melalui penglibatan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.
Bakat nyanyian Maryam Younarae, isteri kepada pempengaruh YouTube ‘Durian Kimchi’ iaitu Ryzal Ibrahim kini makin meniti bibir ke bibir. Ramai netizen dakwa, suara Maryam persis Dayang Nurfaizah, amboi betul ke?
Percaya bahawa bakat yang baik mesti diasah dengan betul, Maryam yang juga usahawan khimar KHIMARYAM mula berlatih vokal dengan guru vokal terkenal Cikgu Shafi secara serius.
Kata wanita berusia 32 tahun itu, beliau mula belajar vokal sejak lima bulan lalu kerana minat menyanyi. Dalam waktu yang sama, beliau juga berusaha memperbaiki sebutan Bahasa Melayu yang dirasakan lebih sukar berbanding bahasa Korea.
Bukan saja mampu membawa cover lagu ini dengan baik, malah penghayatan Maryam juga patut dipuji. Jom tengok video ni…
Keyakinan Maryam untuk menyanyi terlahir apabila ramai yang memuji suaranya ketika membuat persembahan di beberapa tempat.
Mengakui masih mencari komposer yang sudi menghasilkan lagu buatnya, Maryam kini memilih untuk menyanyikan semula beberapa lagu popular kegemarannya dan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian jika berpeluang.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood
“Saya mahu arwah ibu, Allahyarham Rohana Jalil jadi saksi pembabitan saya dalam konsert epik dan bersejarah bersama legenda tersohor Bollywood, Udit Narayan. Jika arwah ibu masih hidup pasti beliau bangga,” ujar penyanyi Kilafairy. Ya, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan punya banyak sebab untuk berasa teruja dan berbangga selepas dipilih berkongsi satu panggung bersama ikon muzik Bollywood, Udit Narayan menerusi Konsert Udit Narayan In KL pada 28 Disember ini.
Salah satunya adalah anak kepada penyanyi Allahyarham Rohana Jalil ini menjadi penyanyi wanita Malaysia yang terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL di Mega Star Arena Kuala Lumpur. Nama Kilafairy dipilih oleh pihak penganjur, VVST Digital Creation kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi yang fasih menyanyikan lagu Bollywood. Kilafairy, 32, malah menyifatkan peluang emas yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Udit Narayan ada seorang figura yang sangat istimewa. Saya meminati Udit kerana merupakan peminat tegar Shah Rukh Khan dan kebanyakan lagu yang didendangkan SRK dalam filem adalah vokal Udit.
“Jadi apabila dilamar untuk terbabit dengan Konsert Udit Narayan In KL, saya terkejut, tidak percaya, gemuruh dan takut kerana akan berkongsi pentas dengan seorang ikon. “Saya juga bangga kerana ini merupakan penglibatan sulung saya dalam konsert Bollywood berskala besar, apa lagi membabitkan pesohor Udit Narayan. Ia umpamamimpi menjadi kenyataan,” katanya Kilafairy.
Bercerita lanjut, Kilafairy yang kini giat menjalani latihan vokal memberitahu akan membawakan sebuah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi Syamel. “Saya akan menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet dua buah lagu dengan Syamel pada malam 28 Disember 2024 nanti.
“Dan sekarang saya giat menjalani latihan vokal serta mendalami lenggok nyanyian Hindustan kerana penghayatan daripada segi lenggok Bollywood sangat berbeza dengan Melayu. Ia penting malah lagu Tamil dan Hindi juga punya lenggok berbeza,” katanya.
Ironi dunia Bollywood bukan sesuatu yang asing buat penyanyi dan pelakon ini.
Kilafairy mula menyanyi lagu-lagu Bollywood sejak berusia 8 tahun dan menonton karya-karyanya sejak kecil bersama keluarga. Bollywood akuinya lagi selalu membawa dirinya pulang ke masa silam, menikmati momen bersama keluarga terutama arwah ibu yang kembali ke Rahmatullah pada 2023.
“Saya mula menyanyikan lagu-lagu Bollywood sejak usia 8 tahun dan menonton
karyanya sudah seperti menjadi satu tradisi dalam keluarga sejak saya kecil.
“Saya juga belajar ‘permainan’ emosi dalam dunia lakonan menerusi filem Bollywood. Saya suka bagaimana karakter diterjemahkan dan instrumen serta bunyi-bunyian dalam naskhah Bollywood.
“Maka apabila terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL, saya terasa pulang kembali ke masa silam saat menghabiskan momen menonton filem Bollywood.“Khabi Khushi Khabi Gham merupakan filem yang saya dan keluarga tonton sebanyak lima kali dan masih menangis. “Arwah ibu saya juga sangat meminati lagu Khushiyan Aur Gham Movie dari filem Mann.
“Dan saya sendiri meminati terlalu banyak karya Udit Narayan terutama daripada filem Devdas, Mann dan Taal. Semuanya menusuk jiwa,” tambah Kilafairy. Menaruh harapan agar Konsert Udit Narayan In KL berjalan lancar, Kilafairy juga mendedahkan akan tampil dengan kostum bertemakan Bollywood.
“Saya akan menyarung busana daripada pereka Shanell Harun. Tentu sahaja ia akan punya tema Bollywood namun tidak ada yang berlebihan.
“Saya akan tampil dengan gaya sederhana tapi elegan seperti penampilan selalu,”
dedahnya. Konsert Udit Narayan In KL akan menjadi saksi ikon legenda muzik Bollywood yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi dan memiliki lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang tiga dekad berkarier kembali ke Malaysia selepas 12 tahun. Cukup terkenal dengan lagu ikonik beliau, “Papa Kehte Hain,” dan persembahan beliau dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak”, Udit akan membawa para peminat lagu
Hindustan ke zaman kegemilangan industri filem dan lagu Bollywood iaitu era 90-ansehinggalah ke hari ini. Maka dengan itu jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Udit Narayan In KL yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024.
Sebarang pembelian tiket boleh layari https://myticket.asia/ atau hubungi VVST Digital Creation di vvstdigital@gmail.com. Untuk makluman, pembatalan konsert Udit Narayan di Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan penganjur konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur, iaitu VVST Digital Creation.
Pihak penganjur juga memberi jaminan bahawa konsert Udit Narayan di Kuala Lumpur akan berlangsung seperti yang dijanjikan tanpa sebarang masalah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.
Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur Liyana Abdul Rahman atau Yaana yang kini gigih mengusahakan bisnes terbaharunya iaitu tiramisu.
Bukan saja pandai mereka fesyen sehingga mendirikan empayar LEEYANARAHMAN serta terbaru, YNALEE, beliau kini mengembangkan bisnes makanan terbaharu di bawah sayap YNALEE Bakehouse.
Dalam perkongsian Yaana, ibu anak tiga itu tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan dan menjual manisan tiramisu yang diberi nama Tyaramisu di butiknya. Tengoklah, nampak sedap dan menyelerakan!
Laku keras dan cepat sold out, ramai yang puji kesedapan tiramisu buatan Yaana. Bukan saja di butik, Tyaramisu ni pun pernah dijual di event Havoc Food Festival serta dapat sambutan menggalakkan.
Kerajinan usahawan bertaraf jutawan ini jelas menjadi inspirasi wanita. Kagum dengan mindset Yaana yang berani meneroka peluang dalam bidang makanan meskipun sudah memiliki empayar fesyen yang terkenal di Malaysia.
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.
Anak Terengganu ini juga baru melancarkan koleksi baju kurung Aidiladha YNALEE sempena Hari Raya Haji tak lama lagi. Rambang mata tengok koleksi Yaana yang bakal dipasarkan tak lama lagi, cantik dan terletak elok, pandai sungguh Yaana membaca cita rasa fesyen wanita Malaysia.
Isteri kepada Muhamad Hafiz Abdul Hamid itu juga terkenal sebagai seorang yang dermawan serta kerap menyampaikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Antaranya sejumlah dana sekitar RM128,000 melalui Yayasan Nurjiwa buat saudara seislam di bumi Aqsa.
Inspirasi kerja keras Yaana turut meraih pujian banyak usahawan lain. Seorang individu di Threads turut meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan Yaana untuk menjual manisan tersebut meskipun sudah memiliki perniagaan pakaian yang stabil.
Tengok orang kaya, dia tamak. Yaana Lee rasanya sudah ada perniagaan dan untung juta-juta dari hasil jualan tapi dia masih buat perniagaan lain iaitu tiramisu.
Orang akan cakap, orang kata suka ambil kesempatan. Bagi saya inilah pemikiran orang kaya.
Mereka tetap berniaga walaupun sebenarnya boleh je selesa dengan satu jenis perniagaan yang sudah untung.
Sama macam Datuk Aliff Syukri. Saya harap saya pun ada pemikiran yang sentiasa ligat.
Pengguna media sosial lain turut bersetuju dengan perkongsian individu berkenaan. Sifat rajin yang ditonjolkan Yaana boleh dijadikan inspirasi kepada orang lain.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.